5 OKT 2012
Setelah drive lebih kurang tiga jam ke Airport Sibu dan kemudiannya diterbangkan ke Kuala Lumpur selama 2 jam, membuatkan aku sedikit lenguh dan letih sebaik tiba di lcct.
Dah smpai lcct, aku pegi solat dulu, lepak sekejap kat surau dan buat final homework tentang tempat menarik kat bangkok.
InsyaAllah, kalau korang travel sorang-sorang macam aku kat bangkok takde problem. Pengangkutan awam agak efisyen. Banyak pilihan. Asalkan korang buat research la sket.
Pesawat FD 3574 jam 1530 berlepas tepat pada masanya. Penerbangan mengambil masa kira-kira 2 jam dan semua announcement dibuat dalam dwi-bahasa, siam dan inggeris. Pramugari/a nya memang orang thai dan segak lagi cun! hehe..
Waktu di bangkok lewat 1 jam dari kuala lumpur, maka aku mendarat di Airport Don Muaeng jam 4.30pm (waktu tempatan). Ketibaan di Airport Don Muaeng disambut dengan SkyBridge. Jadi, tak perlu guna tangga sebaik keluar dari perut pesawat. *tak dapat la aku nak melambai-lambai ala menteri ternama sebaik keluar dari pintu kapalterbang! hahaha*
Kaunter Imigresen hanya ada 4 shj bagi ASEAN lane. Tapi, ramai je yang beratur kat Priority Lane dan Premium Lane. Lama jugak aku berbaris kat sini. Maybe sebab aku lewat. Dah panjang barisan. Lebih setengah jam aku beratur! Fuhhh~
Oleh kerana AirAsia dah pindah airport dari Suvarnabhumi ke Don Muaeng mulai 1 oktober 2012, jadi aku merupakan antara perintis *chewaah, perintis la sangat* bagi customer AA menggunakan airport ni. Berikut aku boleh senaraikan pengangkutan nak keluar dari airport ni ke pusat bandar bangkok:
1) Keretapi. Stesen Keretapi Don Muaeng terletak setentang dengan airport. Keluar je dari balai berlepas, cari signboard railway station. Ikut lorong tu. Dah sampai, pergi kaunter tiket. harga tiket sekitar 5 hingga 10Baht je. Murah! tapi kelemahannya, waktu ketibaan tren sukar dijangka. Turun pada hentian terakhir, stesen keretapi Hua Lamphong. Ada MRT penghubung antarakota.
2) Teksi. Cari teksi bermeter. Kaunter teksi juga kat foyer hall ketibaan. Agak mahal jika mahu pusat bandar, sekitar 150 hingga 250 baht, bergantung pada jarak. Sekiranya naik teksi, bersiap sedialah menghadapi kesesakan pada waktu puncak.
3) Shuttle Bas. Free. Menghubungkan Don Muaeng - Suvarnabhumi Airport. Kena tunjukkan boarding pass AA. Keluar ajer dari balai ketibaan terus cari gate 8 yang terletak sebelah kiri paling hujung. Jadual keberangkatan ada ditampal sekali. Perjalanan ke Suvarnabhumi airport sekitar 50 minit (tanpa henti), dan tamat di level 2 gate 3, suvarnabhumi airport. Sila turun ke level B1 untuk dapatkan Airport link tren.
4) Bas. Baca yang aku cilok ni; There are also a number of public transport buses going by the airport, just follow the signs out toward the train station. Buses towards central Bangkok are at the airport's side of the road, so don't cross the highway. These are useful bus lines:
- Air-conditioned bus 504 will take you to CentralWorld at Ratchaprasong intersection (close to Siam Square), as well as to Lumphini Park and Silom, from where you can have access to the Skytrain.
- Ordinary and air-conditioned bus 29 will take you to Hualamphong Train Station passing by many places, including Victory Monument and Siam Square. You can also get off at the Chatuchak Weekend Market, where you can switch onto the metro or Skytrain.
- Air-conditioned bus 59 will take you to Sanam Luang in Rattanakosin. This route is time-consuming as Rattanakosin is far off from the airport.
Keep in mind that some of these buses don't complete the route. They are called "additional bus" (Thai: รถเสริม rot serm). These kind of buses have a red sign in front of them with the final destination written on it (in Thai script of course). Check this before taking the bus. You can ask the locals at the bus stop or a conductor on the bus.
Disebabkan hotel aku terletak berhampiran airport suvarnabhumi, jadi aku ambik free shuttle dan kemudian ambil airport tren terus ke hotel yang berada di Ramkhamhaeng. Jadi cuma bayar harga tren je untuk ke hotel iaitu 30Baht.
Bas dah tunggu kat sini. Gate 8. Kekerapan sekitar 20minit hingga 1 jam. Ikut pada waktu.
Shuttle Bas ni free. Dalamnya ada aircond.
Bas yang aku naik ni bertolak jam 5.20pm, aku dah terlepas bas jam 5.00 sebab lama sangat beratur for passport clearance. Cuma ada 3 penumpang je termasuk aku. hehe
Kat airport suvarnabhumi. Sengaja guna eskelator, kalau pakai lif tak merasa berjalan2 sekitar lapangan terbang yang besar ni.
Dalam tren menuju ke stesen Ramkhamhaeng.
Hotel yang aku diam namanya Nasa Vegas. Hotel 3 bintang. Tak mahal pun, aku sempat godek airasiago haritu time promosi.. dapat la rm35/nite. So, dua malam cuma rm70. Yang tak bestnya hotel ni, diorang mintak deposit 1500baht (rm150). Aku cuma bawak 3000baht je untuk travel di bangkok! * How, how?? cemana aku nak bermewah dengan duit yang ciput.*
So, dengan berbekalkan 1500baht tu, aku cuba survive di bangkok. Geram je bila terjumpa/tengok barangan yg dijual murah-murah *pejam mata aje la, anggap la aku sedang praktis window shopping*
kemudahan dalam bilik yang tersangat okey kalau nak dibandingkan dengan harganya..
Ada tv. Aku sempat laya citer the Son of Mask sebelum tido malam tu. Ada lebih kurang 30 channel.
Tandas okey. Bersih.
Room yang aku dapat. Aras paling tinggi!
the lift.. 3 semuanya di lobi..
Hotel ni ok jugak la. Sampai je kat stesen, turun tangga dan lintas jalan (agak busy jugak jalan ni) terus jumpa hotel ni. Depan (bertentangan) hotel ada family mart, kedai serbaneka.
Aku dapat bilik di aras 20. Gila tinggi. Lif cuma sampai tingkat 19 je. Terpaksa eksesais naik tangga pulak. sampai bilik, caj henset & tablet. mandi. solat dan keluar merayap!
Naik tren terus ke BTS Phaya Thai dan sambung ke BTS Siam. Ingat nak Pergi Patpong night bazaar tapi, bila sampai je kat BTS Siam, hujan turun selebat-lebatnya. So aku terpaksa round-round Siam Paragon. Shopping complex ni macam Pavilion kat KL tu. penuh dengan barangan branded. So, aku yang papa kedana ni, hanya mampu melukut aje la *Usung kotak tissue ke hulu hilir sambil lap air mata*
Kemudian, dekat sejam setengah mundar mandir tanpa pedoman, aku beredar dari Siam Paragon. Gambar tak ambik sebab kamera & henset sedang di-charge kat hotel.
Aku balik ke hotel kehampaan sambil diiringi hujan lebat. Sempat makan nasi prebook online AA yang ditapau sebelum tidor.
Aku tidur dengan rasa hampa. termimpi-mimpi pasal patpong.. *pasang niat tak elok, memang tak dapat pergi la.. itu yg aku pikir.* Korang tau tak yang night bazaar patpong tu bukan sekadar pasar malam biasa je tau, tapi tempat untuk ehem-ehem.. tapi aku bukannya nak berlaku sumbang, just ada curiosity untuk tau cemana keadaan kat situ je..haha
Takpe, aku ada satu lagi malam di bangkok.. (bersambung..)
teringin nak ke bangkok... hehe :P
BalasPadam