nuffnang

NUFF

Rabu, 10 Oktober 2012

TRAVEL: BANGKOK (PROLOG)



“Jadi, tak jadi..jadi, tak jadi…”
“Arghh, pergi aje lah!”

Finally, aku pergi juga ke Bangkok  sebab tiket dan hotel dah dibooking awal. Lagipun bukan senang nak grab tiket murah dari AirAsia. *tiket AA sekarang ni pun dah mahal walaupun diorang buat Big Sale*

Perkara yang pertama membuatkan aku berat hati nak pergi sebab waktu travel yang singkat dan pemindahan flite AA dari Airport Suvarnabhumi ke Airport Don Muaeng. Hotel yang aku tempah memang dekat je ngan Airport Suvarnabhumi tu. Yang jadi masalah utama, flite aku berlepas awal pagi. Susah la nak cari transport untuk ke Airport Don Muaeng tu. Takut terkinja-kinja mengejar waktu check-in.

Korang tau, aku ada isi online-form untuk tukar waktu penerbangan.. tapi lambat nak mampus diorang reply.

Bila diorang reply, orang AirAsia suruh live chat atau call terus kepada AA thailand. Aku pun cuba lah live chat dengan diorang, tapi diorang mintak aku isi semula online-form dan nyatakan waktu yang aku nak switch tu. Ok, aku ikut.

Lama juga aku nantikan diorang balas. Dan seminggu sebelum tarikh berlepas, datang satu e-mel. Gembiranya hati. Sekali bukak emel tu, diorang reply menda yang sama; suruh contact AA melalui Live Chat atau call terus AA thai! *Huh, rasa nak tumbuk je skrin laptop masa tu! dan aku tak tumbuk pun.. takmau la beli laptop baru. Hehe*

Akhirnya, aku call hotline AA thai. Biarlah habis kredit henset aku, asalkan dapat tukar waktu penerbangan! Memula call, aku macam blur, dan sampai terlanjur dengar auto-operator cakap siam. Pastu aku cuba lagi. Kali ni aku dengar betul-betul.

“Please press 9 for English, khap tha wai..bla,bla,bla..”
Yang first call, aku tekan 1. Kurang jelas aku dengar, jadi terlanjur la dengar repekan dalam bahasa thai! Bengong kan? Haha..

Akhirnya berjaya la aku hubungi operator AA thai tu, walaupun slang english-thai operator pompuan tu sangat ketara, aku mampu berkomunikasi dengan baik. Maka, aku berjaya tukar waktu penerbangan pada awal pagi kepada tengahari.

Dia maklumkan bahawa perubahan tersebut akan di-update dalam masa sehari dan minta aku tunggu confirmation email dari AA. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai emel tersebut. Aku check dalam manage my booking pun takde. Cis, bedebah! Geram je rasa hati!

Aku berprasangka baik, mungkin sistem lambat update kot?? Lagipun aku berurusan dengannya hari ahad. Tunggu esok pagi aje lah!

Tapi… sungguh kecewa bila aku check akaun emel. Takde jugak. So, aku pasrah aje la.. tinggal 3 hari lagi aku sebelum tiba waktu berlepas. *Aku kempunan..aku kempunan.. sambil berlari ke batu belah batu bertangkup..*

Rasa berat aje nak teruskan kembara singkat ini.. rasa macam nak batalkan terus hasrat murni lagi suciku ke tanah siam. Kerana tuhan mendengar rintihanku, maka keesokannya emel yang aku nanti-nantikan kunjung tiba! Hoorey.. Syukur pada-Mu ya Allah! *ingat nak menari ala-ala gangnam style, tapi tak reti..haha* p/s- Bengong kau Fahmi, dah elok-elok tadah tangan kesyukuran, pastu nak joget gangnam style pulak!

Ringkasan kembara Bangkok aku:
5 Okt- Berlepas pukul 3.30 pm, Siam Paragon
6 Okt- Ayuthaya (kota lama), Chao Phraya Express boat, dll
7 Okt- Chatucak market, 12.05pm berangkat pulang.

Macam 3D2N, tapi aku rasa sangat sekejap je sebab first day dan last day tu sebenarnya masanya pendek. Pada 6 Okt je full day! Tapi aku puashati la dengan kembara low-cost budget ni. Hahaha..

Bersambung…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...