nuffnang

NUFF

Jumaat, 27 Januari 2012

BUKAN OPSYEN MATEMATIK?

Untuk pengetahuan semua, aku bukannya guru opsyen matematik mahupun memiliki opsyen minor matematik. Opsyen sebenar aku adalah sains.

Aku boleh ajar math sebab aku dapat selesaikan masalah yg 'remeh' ni. Hehe.. cubalah


Aku tulis ni bukannya untuk meluahkan rasa tak puashati tetapi sekadar berkongsi luahan hati. Aku memang tidak kisah kerana diberi kepercayaan untuk mengajar subjek tersebut dan bagi aku ianya satu cabaran serta pengalaman berharga!

Pernah aku sebut sebelum ini bahawa aku telah mengajar subjek matematik kepada murid-murid tahun 6 selama tiga tahun berturut-turut. sebenarnya aku cukup seronok mengajar matematik. Motif? Mengajar matematik bukanlah sesuatu yang amat rumit seperti mengajar Sains. Bagi aku mengajar sains memerlukan perhatian khas terhadap bahagian yang berkaitan dengan ujikaji/eksperimen. Oleh kerana aku merupakan opsyen sains, macam banyak perkara perlu dititikberatkan dlm pembelajaran sains! Kalau aku ulas kat sini, berjela-jela la jawabnya.

Tapi,akhir-akhir ni agak bosan mengajar matematik. Mungkin ini bukan minat aku dan ditambah pula, sudah beberapa tahun aku bergelumang dengan dunia pengajaran-pembelajaran subjek tu tanpa bimbingan yg betul. Kadang kala tertekan juga mengajar tahun 6 bila diorang tak dapat hadam pelajaran matematik yang aku ajar. Aku tak pandai ajar ke?

Keadaan di sekolah yang tiada guru opsyen matematik memburukkan lagi situasi. Sejak aku muncul di sekolah ini, stakat ini tiada lagi kemasukan guru beropsyen tersebut. Jadi tiada tempat rujukan & bimbingan dlm hal matematik ni!

Pernah aku terpikir, alangkah bagusnya mengenakan sistem giliran kepada guru yg mengajar matematik tahun 6 sekiranya keadaan ini terus belaku. Apabila lebih dari seorang guru yang pernah mengajar tahun 6 bagi subjek itu (sebab tiada guru opsyen math), maka boleh la kami saling berbincang dan bertukar pendapat. Rasanya perkara seperti ni agak sukar berlaku kerana tak ramai yang sanggup mengajar matematik tahap 2 terutamanya dan masing-masing memiliki alasan tersendiri. Lagipun bertukar-tukar guru menyebabkan wujudnya 'guru kurang pengalaman' lalu menggugat kestabilan peratus lulus matematik.

Positifnya, meskipun aku berterusan mengajar matematik tahun 6 tapi aku merasakan ianya memnuatkan aku lebih mudah mengajar subjek ini dan menjadikan aku lebih arif dengan 'strategi' menghadapi UPSR bagi subjek matematik.

Wallahu'alam.. semoga diberkati setiap apa yg aku ajar.

2 ulasan:

  1. SALAM...
    macam tau jawapan, tapi nak terangkan tak pandai. Apa ya jawapan soalan tu?

    BalasPadam
  2. Salam kembali..
    jawapannya mudah, mereka silap deduksi.. mana boleh buat anggapan rm10 terus ditolak rm1, sedangkan dlm rm10 tu atau rm 30 (hasil gabungan 3 orang) telah dikeluarkan rm5.

    dlm matematik, turutan operasi (kurungan,darab,bahagi,tambah,tolak) sangat berperanan dan boleh mempengaruhi hasil pengiraan.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...