nuffnang

NUFF

Khamis, 26 Januari 2012

MINGGU PERTAMA SEKOLAH 2012

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat merasa gak duk kat kampung selama seminggu. Kalau tak, cuti tahun baru cina ni sampai kemarin je. Apepun cuti berganti bakal dibuat pada hari sabtu. Sabtu pun kena gi sekolah. Tak kisah la.

Memang malas sangat aku nak tulis kat blog lately. Punca utama, setelah 2 minggu persekolahan baru la internet kat skolah (schoolnet) beroperasi seperti biasa. Sepanjang 2 minggu tu, sangat bosan! Mood pun ilang.

Minggu pertama persekolahan seperti biasa. Murid-murid tahun satu cuma ada 9 orang je yang daftar. Dan jangan ingat kuantiti yang sedikit tu membolehkan kami bersenang lenang. Tahap keupayaan menguasai pelajaran bagi murid-murid tersebut kurang memberangsangkan. Ke semuanya pernah masuk prasekolah, tapi segelintirnya cuma muncul pada pendaftaran dan majlis konvo prasekolah je. Paham-paham aje la..

Gambar hiasan & dicilok dari mr.google. Anembiak iban sedang mandi.

Tugas aku pada tahun ini hampir sama aje seperti tahun sebelum ni. Yang pasti, aku akan mengajar murid-murid tahun 6 subjek matematik. Dah tiga tahun berturut-turut aku ajar sedangkan aku bukannya opsyen matematik pun. Demi tugas, aku menerima seadanya. Terdetik juga rasa tertekan menerima beban ini tapi ianya tak dapat menandingi kesungguhan aku menerima cabaran.

Selain tugas mengajar, beberapa jawatan lain turut disandang dan bagi aku ianya tidak terlalu melampau. Sekolah kecik, guru sedikit, murid-murid tak ramai dan memikul beberapa jawatan tidak begitu sukar setakat ni. Perlu ke aku menyenaraikannya? Tak perlulah. Macam nak menunjuk-nunjuk pulak jawatan yang dipegang.

Yang pasti, aku kena ajar murid-murid tahun satu! Bukan tak dapat ajar mereka, tapi cabaran utama mengajar mereka adalah halangan komunikasi. Mereka bercakap iban. Arahan diberi pun kurang paham. Kalau paham, sukar memberi respons. Takut-takut bersuara. Susah juga nak layan kerenah mereka.

Selamat menyambut tahun naga 2012 bagi kaum tionghua dan semoga tahun ini membuatkan aku lebih bersemangat dlm tugas dengan aura naga. hehe..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...