nuffnang

NUFF

Selasa, 26 Januari 2010

BUAH PAKAN

Korang pernah dengar tak buah pakan? Kalau kat sarawak, memang glamor buah ni..orang sarawak kalau tak tau, taktau apa nak kata. Hehehe..

Buah pakan ni, rupanya macam buah durian. Biasanya datang dari hutan. Isinya berwarna jingga kemerahan dan isinya juga kurang lembut(agak keras sikit) berbanding buah durian biasa. Kat semenanjung aku tak pernah jumpa. Susah nak describe cemana rasa buah ni, rasa durian tetap ada sikit-sikit..


Aku pun sebenarnya, baru makan buah ni.. tahun lepas tak pernah cuba. Kawan aku beli buah itu di market/pasar dengan harga enam ringgit hujung minggu baru ni. Hmmm.. sebenarnya, aku boleh je mintak anak-anak murid ku bawa kan buah pakan dari kebun diorang, tapi agak segan nak mintak, takut membazir(manalah tau, tekak tak dapat telan rasa buah tu..hehehe).

Bagi aku, rasa buah pakan biasa saja.. not bad! Datang la sini kalau nak merasa buah tu. Perlu diingatkan juga, buah ni bermusim jadi pandai-pandailah pilih waktu seswai jika mahu merasa buah tersebut.

1 ulasan:

  1. assalamualaikum, saya mau tanya,. bahasa resmi atau bahasa latin buah pakan ini apa ya?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...