Okey.. sekarang sudah 6 hari aku berada di bumi kenyalang sejak tahun baru 2010. Setibanya aku di Kuching setelah bertolak dari terminal LCC di Kuala Lumpur, aku terus menginap di sebuah hotel yang cukup selesa tetapi harganya sangat murah. Perlukah aku promosikan hotel itu di sini? Mungkin! Akan tetapi, aku tidak mahu mempromosikannya terlebih-lebih, cukuplah sebagai informasi yang berguna untuk dikongsi bersama. Hotel yang aku maksudkan itu adalah Tune Hotel. Hotel yang menawarkan penginapan bertaraf 5-bintang dengan caj yang amat murah (apabila ada promosi dengan menempahnya secara online!). Jadi, aku telah menempah double-room (with 1 Queen size bed) secara online dengan harga sekitar rm25. Murah bukan? kebetulan ketika itu merupakan hari cuti tahun baru, banyak kedai tutup dan aku cuma sempat ke shopping kompleks di sekitar kawasan hotel tu.
Sempat juga aku menonton wayang di The Spring, Kuching. Mujur aku sempat menonton cerita yang sangat best dan teramat-amat menarik iaitu AVATAR. Jalan ceritanya menyebabkan kita ternanti-nanti babak seterusnya dan aku tidak sedar bahawa hampir-hampir 3 jam wayang telah ditayangkan. Terlalu leka menghayati plot-plotnya!
Tinggalkan kisah-kisah itu dahulu. Pada 4 hb Januari lalu, secara rasminya sesi persekolahan 2010 bermula di sarawak. Pada mulanya masih terasa malas-malas untuk bertugas pada hari pertama, namun setelah melihat murid-murid yang bersemangat menjadikan aku kembali segar. Tambahan pula, untuk tahun ini aku berpeluang mengajar subjek sains! Sangat dinanti-nantikan.. Hmmm, lain kali aku sambung semula kisah duniaku yang tak sudah-sudah ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan