nuffnang

NUFF

Isnin, 8 Februari 2010

KISAH 2 MINGGU LALU

Sudah lama aku ingin ceritakan kisah ni, dan kemudiannya tertangguh sehingga 2 minggu.. Begini kisahnya; Pada 2 minggu lepas, aku dan 2 orang lagi rakan telah melakukan medical check up di Hospital Betong. Asalnya kami mahu menyudahkan misi itu di Hospital Saratok aje, tapi terlalu lewat temujanji yang disyaratkan oleh pihak hospital itu. Kami perlu menyegerakan tindakan itu kerana laporan medical check up beserta beberapa borang lain hendaklah dihantar tidak terlalu lewat kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)Sarawak sebagai tanda kami menerima tawaran pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

Selepas membuat medical check up yang tak sampai sejam setengah tu, kami terus betolak ke Kuching. Macam makan angin je ke sana. Tak banyak tempat yang aku pergi, tempat yang biasa kami pergi menjadi hala tuju kami seperti Waterfront,Pasar Satok,dan beberapa Supermarket di Kuching. Dan di Sarawak Plaza kami telah mencuba fast-food shop yang bernama Hartz Chicken Buffet. Setiap daripada kami perlu membayar rm17 lebih untuk menjamah segala makanan yang tersedia di situ. Apa lagi, kami pulun makan puas-puas. Sampai licin pinggan! Pastu menambah lagi..duduk kat dalam Hartz tu sehingga cukup 2jam! hahaha...

Pada minggu lepas pulak, aku terpaksa berdiet sebab nak singkirkan lemak-lemak yang hasil daripada pemakanan yang terlampau tu! Huhuhuh..

4 ulasan:

  1. Laaa..ingat kan kisah ape tadi..rupanya pasal makanan...hahaha..lawak2..hmm mesti kenyang makan kan... best kan dapat makan..tadi wat cekodok pisang kat Bayan..murid jual pisang...mayoh amat....hihi..

    BalasPadam
  2. hmmm.. mmg best makan kat situ (maklumlah..buffet, amik je ikut suka hati..) tapi rasanya masakannya kurang menyengat! kisah yg saya nak diceritakan diataskan sebenarnya pasal medical check up & surat pelantikan SPP tu, tapi dah melalut masuk bab makan..dah jadi macam topik utama sbb ada gambar tu.hehehe

    BalasPadam
  3. tu la pasal..hihi..berita utama pendek sangat..berita sampingan yang lebih top.. hihi

    BalasPadam
  4. semangat tol ko makan time nih..mmg lawak la ko ni fahmi..mmg sesuai jd penulis blog...ade je crita ko...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...