nuffnang

NUFF

Isnin, 18 Januari 2010

ULANG TAHUN KELAHIRAN-KU

Sebenarnya aku malas sesangat nak update blog ni. Kalau aku update, selalunya aku akan upload gambar, tapi disebabkan internet kat sekolah terlalu lembap utk meng-upload gambar, maka aku batalkan aje niat tu.. jadi, entri kali ini takde gambar.

Mula-mula sekali aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada sesiapa yang wish hepi besday kat aku! tak kiralah melalui emel, SMS, YM, fb atau fs. Aduh, dah makin meningkat dah umur aku.. cepat benar masa berlalu.

Apa aktiviti aku sepanjang hari berbahagia tu? (eh,besday pun kena berbahagia gak! heheh). Awal pagi tu, aku cuba call menggunakan panggilan percuma(hotlink punya reward sempena besday)kepada beberapa geng, tetapi malangnya diorang mesti tengah buat taik mata di pagi ahad! Haahahaha.. nyesal aku try call diorang! Pastu aku gi pasar beli ayam, sotong dan sayur ditemani Zek untuk lauk tengahari (biasanya kitorang makan kat kedai je). Sebelum tu aku pegi pulun makan kat SugarBun sambil belanja orang! hehehehe..

Bila dah petang, aku kena masuk ke sekolah yang takde coverage telefon tu. Sempat lagi belanja orang yang aku tumpang ke sekolah tu. Hmmm, Ijan..tahun depan aku belanja lagi dan trimas kasi tumpang naik kereta ke grenjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...