nuffnang

NUFF

Jumaat, 21 Jun 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 6 (MANJANGGUL CAVE)

Day 2 - Manjanggul Cave / Lava Tube [6 jun]

Selepas puas aku berseronok mencari jalan keluar dari Gimnyeong Maze Parktu, aku kembali ke teksi sewa dan langsung dibawa ke Manjanggul Cave. Oleh kerana ianya telah diwartakan sebagai salah satu daripada Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, maka aku terasa terpanggil untuk ke sini.

Driver teksi tu ada juga bagi sedikit info pasal tempat ni. Katanya, di bawah jalan raya menuju ke sini sebenarnya terdapat tiub lava tanpa kita sedari. Ye la, kat bawah.. macam mana nak tahu dok?

Dikatakan juga penemuan tiub lava yang panjang ni ini sebenarnya lama dijumpai oleh warga tempatan tanpa menggunakan peralatan canggih.

Sedikit fakta dari UNESCO site:
Jeju Volcanic Island and Lava Tubes adalah sebuah hartanah koheren siri yang terdiri daripada tiga komponen. Kualiti tolok bandingan daripada Geomunoreum lava sistem tiub dan pameran pelbagai dan boleh diakses ciri gunung berapi di dua komponen lain menunjukkan sumbangan yang tersendiri dan penting kepada pemahaman volcanism global.
Kriteria (vii): The Geomunoreum sistem tiub lava, yang dianggap sebagai sistem gua itu yang terbaik di dunia, mempunyai kesan visual yang cemerlang walaupun bagi mereka yang berpengalaman dengan fenomena tersebut. Ia memaparkan pemandangan yang unik hiasan karbonat berwarna-warni menghiasi bumbung dan lantai, dan dinding lava berwarna gelap, sebahagiannya dilindungi oleh mural deposit karbonat.

Fakta berikut daripada web rasmi Korea Tourism:
Gua Manjanggul adalah salah satu terowong lava terbaik di dunia, dan merupakan monumen semula jadi yang ditetapkan. Sebuah terowong lava terbentuk apabila lava yang mendalam dalam spouts tanah dari puncak dan mengalir ke permukaan. Gua Manjanggul mempunyai pelbagai struktur yang menarik dalam termasuk stalagmit lava 70cm dan terowong tiub lava. 


Hanya 1 km dari m Gua Manjanggul 13,422 dibuka kepada pelancong. Bahagian dalam terowong mengekalkan pada suhu 11 ~ 21 darjah celcius, mewujudkan suasana yang selesa. Terdapat haiwan yang jarang berlaku seperti kelawar yang tinggal di dalam terowong, yang membuat terowong ini berharga untuk penyelidik juga. Tiang-tiang batu dan stalaktit yang meluas dan terowong menunjukkan off ciri-ciri topografi gua.Penyu Batu amat menarik perhatian kerana ia berbentuk seperti Pulau Jeju-do.

Baiklah, mari kita sama-sama menghayati keagungan ciptaan Allah ni. Lets follow me..

Memula sampai kat parkingnya, agak luas juga kawasannya. Itu yang terlintas dalam fikiran aku. Kemudian pakcik driver bawak aku terus ke kaunter masuk. Kena bayar juga, tak mahal cuma 2,000won je.

Layan gambar kat bawah. Malas nak tulis caption. Nanti kalau rajin aku edit balik..





































Kalau dah sampai sini wajib masuk kat mini museum Manjangul Lava Tube ni. Tak besar mana pun dewan pameran ni. At least kita tahu la serba sedikit pasal lava tube ni.. Jom masuk!



tak banyak gambar aku ambik dalam dewan pameran tu. Secara keseluruhannya aku ambil masa sejam kat sini (lava tube + bilik pameran ). Itu pun jalan dengan agak pantas sket. Kalau berjalan ala-ala melenggang, konfirm sampai 2 jam. 

Hentian seterusnya adalah... Sangumburi Crater!



Khamis, 20 Jun 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 5 (GIMNYEONG MAZE PARK)

Day 2 - Gimnyeong Maze Park [6 jun]

Tepat jam 9 pagi, aku terus masukkan semua beg ke dalam teksi. Dah siap check-out, owner hotel suruh aku berbincang dengan pemandu teksi pasal tempat-tempat menarik yang aku mahu tuju.

Aku memang dah planning awal-awal lagi pasal semua ni. Aku dah print siap-siap tempat menarik yang aku nak kunjungi kat jeju ni. Hanya tunggu untuk tunjuk kat driver je. Target aku aku lebih kepada nature visit. Jadi kebanyakan tempat yang aku akan terjah semuanya alam semulajadi gitieuw! hahaha..

Aku terpaksa check-out hotel kerana aku sudah book satu bilik kat guesthouse di Jeju-si (bandar jeju). Nama driver teksi tu aku tak ingat dan bayaran untuk catar teksi satu hari adalah 110,000won, dari 9 pagi sampai 5 petang (8 jam). Dia ni bukan setakat driver je, tapi turut merangkap sebagai guide dan jurufoto aku. Maklumlah, aku kan pergi sorang-sorang, siapa lagi yang nak tolong ambik gambar untuk aku. hehe..

Cuaca pada hari ini boleh dikatakan cerah, cuma pagi tadi je agak berkabus. Perjalanan ke Gimnyeong Maze park ni cuma mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja dari Seongsan Ilchulbong.



Fakta sedikit pasal Gimnyeong Maze Park:

Gimnyeong Maze Park terletak di antara kedua-dua destinasi pelancongan utama Gua Manjanggul dan Gua Gimnyeongsagul. Ia telah direka oleh dunia syarikat Adrian Fisher Minotaur Bentuk Maze terkenal dan dibiayai oleh wang simpanan masa Profesor Amerika di Cheju National University, Frederic H. Dustin, yang cintakan Jeju telah disimpan beliau di pulau itu selama 27 tahun. Ini taman maze unik ini mengandungi dedaun dari seluruh Asia dan telah secara peribadi dikekalkan oleh Dr Dunstan sejak 1987. Gimnyeong Maze Park mengandungi maze yang mempunyai tujuh imej yang diperbadankan di dalamnya. Maze adalah dalam bentuk Pulau Jeju, dan imej yang yang dapat dilihat dengan jelas dari atas termasuk yang berikut: ular, yang merupakan objek penyembahan di pulau itu sehingga pertengahan tahun 70-an; kuda berasal dari Pulau Jeju, yang telah dibawa ke sana oleh Mongol seawal 1276; kapal, Sparrowhawk, yang terdampar di pulau itu pada 1653 membawa Hendrick Hamel dan syarikatnya pelayar Dutch ke United Joseon dan kuburan yang peninggalan dari Zaman Gangsa. Semua imej-imej ini adalah simbol atau tanda tempat Pulau Jeju yang terkenal.Terdapat tiga skywalks dipanggil 'gureum Masjid' dan pemerhatian, yang adalah laman web foto popular untuk pelancong. Mereka menawarkan pemandangan panorama maze keseluruhan. Terdapat empat cara untuk mendapatkan melalui maze daripada pintu masuk. Jika anda menggunakan peta, ia akan mengambil masa hanya 5 minit, tetapi tanpa peta ia agak lebih sukar dan boleh mengambil masa sehingga 20 minit. Beberapa pengunjung telah dikenali untuk menghabiskan sehingga 50 minit hilang dalam maze sebelum memberi dan memanggil bantuan! 

Aku sampai kat sana dalam pukul 9.30pagi. Aku memilih untuk datang ke sini kerana ianya terletak bersebelahan (kira-kira 500m) dengan Manjanggul Cave. Rugi la tak singgah. Satu laluan lagi pun.

Sampai je kat sini, driver teksi parking kereta dan bawak aku ke kaunter pembayaran, yuran masuk adalah 3,300 won. Driver cuma tunggu kat luar aje. Sebelum masuk aku diberi map bagi maze yang akan aku tempuh. Mapnya agak-agak seperti ini:



Jom kita terjah apa yang ada kat dalam taman tu.



ada taman hiasan mini kat dalam tu


Jom kita bermula! ikut lalaun berkayu ni..





korang kena sampai kat loceng ni dan dikira berjaya menghabiskan maze ni




kat belakang tu ada orang vending mesin minuman. berbayar.

dah siap, boleh lepak kat buaian ni

jom keluar sambil menikmati taman hiasan ni..




Keluar ikut pintu yang sama yang first time aku tiba tu

Overall, aku just spend dalam 15 minit je untuk menghabiskan maze ni dan ambil kira-kira 5 minit sebagai  menikmati suasan dalam maze park ni. Kalau sesat, mesti banyak terbuang masa tau.. hati-hati!

okey.. next stop adalah Manjanggul Cave..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...