nuffnang

NUFF

Selasa, 15 Disember 2015

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 12) - Mabuhay & Selamat Tinggal..

Entri yang ini, aku nak gabungkan semua kisah percutian aku di Boracay yang tertunggak dan pengakhiran siri jelajah Cebu-Boracay-Manila. Aku sumbat dalam satu entri, aci tak?


Hari tu aku berhenti bercerita kat point B iaitu Crystal Cove Island. Kalau korang baca entri tu memang banyak gambar yang aku rakam sepanjang di pulau yang indah tu. Sehinggakan tanpa aku sedar, bateri kamera dah teramat low.

Point seterusnya adalah di titik C, di mana aku boleh berseronok bersnorkeling di situ. Lokasinya tidak jauh dari pulau Crystal Cove.

Gambar memang tak sempat nak ambil sebab terlalu excited dan kamera memang bateri nak habis. Aku ada terfikir nak ambil guna henset, tapi bila dah basah-basah terjun ke dalam laut yang super jernih tu, jadi malas nak bergambar pula.

Jangan terkejut pula tiba-tiba melihat ada penumpang satu bot dengan kita makan aiskrim. Datang dari mana pula aiskrim tu dari tengah-tengah laut? Sebenarnya, akan datang seorang pakcik atau penduduk tempatan yang bawak perahu kecil jual aiskrim kat bot kita di tengah-tengah laut tu.

Aku tak kisah sangat pasal aiskrim tu. Lebih seronok bersnorkel lagi! Omputih yang naik bot sekali dengan aku ni overexcited bila abang bot bawak naik landak laut dan giant starfish.

Usai bersnorkel, kami dibawa singgah di tanah besar yang tak jauh dari tempat bersnorkel tu untuk makan tengahari. Oleh kerana lunch yang disediakan dijamin halal, aku tak segan silu makan sepuasnya lagipun lauk yang menjadi buffet itu adalah makanan laut, Iols love seafood!

Lepas tu kami di bawa ke point D, untuk snorkel jugak. Tapi kat sini tak best sebab tak nampak dasar laut. Airnya dalam. Ikan pun tak banyak. Aku pulak tak berniat nak bersnorkel sangat, cukuplah berendam dan mandi-mandi saja sebab matahari tengah terik uols!


gambar ni aku ambil (guna henset) sebelum sampai kat point D tu. nampak macam bot nelayan dari jauh. Agak-agaknya apa ya?
Sepanjang perjalanan ke point E iaitu Puka Beach, aku dapat lihat banyak hotel/resort mewah dibina dan tersergam indah di gigi air serta ada juga di lereng berbatu. Bila agaknya aku dapat menginap di hotel/resort mewah seperti itu.




Perjalanan ke Puka Beach lebih kurang 20 minit. Sampai je situ, tak ada bot lain lagi.. jadi seolah-olah pantai tu milik ahli-ahli bot yang aku naik. Perasaan happy tu sekejap je sebab dalam 5 minit lepas tu, satu demi satu bot lain sampai!

Pantai Puka ni paling cantik bagi aku. Pasirnya putih dan lembut. Yang penting jauh dari resort/hotel/penginapan dan sangat tidak bersesak-sesak dengan umat manusia. Tenang!

turun je bot, mamat korea dua orang ni terus snap gambar
semua macam takjub bila sampai Puka Beach

Bot-bot lain yang baru tiba..
Puka Beach - pantainya landai, luas dan lebar, pasir putih dan lembut, pemandangannya cantik, laut membiru segar!
ada semacam gua kat puka beach ni.. kecik je
indah nian bukan?
coretanku dengan cop tapak kaki..huhu
tulis dengan karangan laut.. pantai Puka ni best cuba banyak karang laut yang mati di gigi pantai (dalam air)
seronaknya usha minah saleh berjemur.. haha, waktu ni aku duduk lepak bawah pokok sebab cuaca panas sangat!
Kat sini pun ada orang approach iols, uols, weols, sheols dan bla,bla.. beli aiskrim
Selain daripadsa naik bot, boleh juga ke sini melalui jalan darat. Sewa aja tricycle untuk datang ke sini. Kalau nak mencabar keupayaan diri, cubalah berjalan kaki ke sini. Tapi aku tak syor berbuat demikian. Naik basikal lebih baik rasanya.

Lebih kurang sejam di sini, bot terus bergerak ke point A semula. Bot akan lalu depan hotel/resort mewah tu semua dan juga depan white beach yang glamor tu..



Sampai je kat boat station 3 tu, aku terus menuju ke hotel (aku dah check out paginya) untuk ambik beg backpack aku tu. Dengan beg kat belakang, aku berjalan cari penginapan malam kedua aku pula iaitu di Area Boat Station 2.

Aku cari ikut peta yang aku print melalui booking confirmation Agoda. Hotel yang aku inap tu namanya Grand Barocay Resort. Entri pasal hotel ni aku tulis kemudian ya.

Pintu masuk belah tepi agak sempit berbanding pintu utama. Pintu ni letaknya satu lorong dengan deretan kedai yang sediakan permainan basketball shooter kat D'Mall tu..
Tak susah nak cari hotel ni sebab sangat dekat dan bersebelahan dengan D'Mall. Sempat juga tanya penjual di situ lokasi hotel ini. Lepas check-in, letak beg, salin baju, solat dan regangan di atas katil kejap, aku bergegas ke pantai. Bergerak ke bahagian boat station 1 yang masih terletak di White Beach.

Apa yang aku sangat nantikan adalah terbenamnya matahari. Kat situ juga ada Willy's Rock iaitu semacam pulau kecil berbatu yang tidak jauh dari pantai. Kalau air surut, rasanya boleh ke sana tanpa membasahkan seluar.

Willy rock - batu besar ni tak jauh dari pantai White beach. gambar ni diambil ketika pulang dari island hopping
Sebelum matahari terbenam, aku pergi menghilangkan dahaga dengan mencari kedai tersohor tentang Juice Shakenya iaitu Jonah's.

Kedai Jonah's di Boat Station 1, ada beberapa cawangannya kat Boracay ni..
agak pricey sikit kan?
aku order mango banana.. rasanya agak sedap juga
Lepas membelinya, aku bawa botol tu sambil menikmatinya ke arah willy's rock. Ramai orang sebenarnya kat pantai ketika itu. Suasana agak meriah.

menuju ke arah willy rock
ini lah willy rock
semacam pura kat atas tu, aku tak pergi pun
sebelum sunset terbenam, aku bergerak ke depan lagi dan tengok budak-budak bina istana pasir ni..
Sebenarnya, kalu nak bergambar kat menara yang diorang buat ni, sila la hulur sikit kat mereka.. aku? tak pun. Hahaha
Sunset
yang mandi manda pun ramai..
Puas melihat sunset, aku bergerak pulang ke hotel. Rasa lapar pulak bila tengok orang mula pakat ber-dinner. Kedai makan start dipenuhi orang.. Makan kat kedai sembarangan menempah dosa tau! Kebanyakan kedai makan/restoren kat Boracay ni tak halal.

ramainya umat manusia kat D'Talipapa Market ni
Apa yang dalam besen tu? Landak laut? Kat sini korang boleh cari seafood yang korang suka..

Kali ni aku nak makan kat mana pulak? Apapun, aku balik dulu ke hotel untuk mandi. Badan pun dah kurang selesa. Melekit-lekit rasanya. Peluh jangan cakap la..

Sampai hotel, usai mandi dan bersolat, aku bukak wifi cari kedai makan halal yang terdekat. Yes! Jumpa. Tapi taktau kat mana lokasi tepat kedai tu. Kalau ikutkan panduan/info dari internet tu macam lengkap mana maklumat lokasinya.

Jadi, aku pergi ke D'Talipapa dulu mencuba nasib mencari makanan halal di situ. Katanya di situ ada seafood segar. Beli di wet market D'Talipapa tu, dan bawa ke mana-mana kedai makan disekitarnya untuk dimasak. Mudahkan? Tapi, sesampai je aku kat situ, semua kedai makan agak penuh dan crowded dengan umat manusia.

Tak boleh jadi, aku mesti berusaha cari kedai makan atau restoren halal yang aku dah search tadi. Nama restoren itu The Kingdom. Letaknya, ermm susah nak bagitau. Bukannya di lorong utama. *Nanti, kalau aku jumpa peta yang aku dah tanda tu, aku uploadkan kat blog ni*

Alhamdulillah, mudah pula nak jumpa walaupun dua tiga kali masuk lorong salah *mudah ke tu?* haha..

menonong je aku lalu tepi restoren ni pastu terhenti tiba-tiba sebab perasan warna kedai ni. sama macam aku lihat dalam internet tu. pastu gelabah ingat kedai tutup, rupa-rupanya pintu dia aku dah terlepas lalu..
masa aku sampai ni, takde orang langsung.. lama jugak aku tunggu kat kaunter depan pintu masuk tu. Puas aku bagi salam, tapi dekat lima minit baru ada orang keluar. Diorang sembahyang kot?
interior halal restaurant The Kingdom, Boracay
makanan kat sini arab dan indian punya menu, western pun ada gak.. aku tak sure apa menu yang special kat sini
Aku order carbonara dan mineral water je.. rasanya agak muak sikit, mungkin sebab aku dah kenyang makan biskut waktu kat hotel tadi ketika surf internet.
Lepas makan, aku berkelana kat dalam D'Mall. Puas berjalan, aku duduk lepak sambil lihat gelagat orang. Tak tau nak buat apa sebenarnya. Ada jugak masuk convienience store beli sedikit jajan dan air. Pastu balik bilik. Esok dah nak tinggalkan Boracay.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun kemas barang apa yang patut dan yang paling gemilang, aku pergi mandi laut sorang-sorang! Mandi sebelum matahari terbit. Sejuk dan nyaman mandi ketika tu, tenang je suasana. Pantai dengan hotel aku ni tak jauh pun.

Lepas mandi laut, aku bergegas ke bilik dan bilas badan dengan air panas pulak. Kemudian cepat-cepat ke kaunter untuk check out. Pihak Southwest akan ambil aku kat lobby hotel pagi tu. Urusan perjalanan pulang dari hotel ke Airport Kalibo aku serah ikut aturan pihak Southwest. Senang.

lobby hotel
Hotel yang aku book sekali dengan breakfast. Tapi breakfastnya pastinya tak dijamin halal. Breakfast disediakan secara buffet. Tempat makan letaknya cuma tingkat atas, kat bawahnya kaunter receptionist. Aku makan mana yang boleh di makan macam buah-buahan dan roti sahaja.

tepi lobby ada swimming pool, kat atingkat atas ada cafe/tempat sarapan pagi. Hotel ni sedang di-renovateketika aku menginap, patut lah harga bilik yanng aku tempah agak murah !
Agak lama juga aku menunggu pekerja berbaju oren dari Southwest ni datang ambil. Aku siap mintak receptionist call, mana tahu takut diorang terlupa. Nanti terlepas flight pulak.. akhirnya muncul juga. Aku naik van dan dah ramai penumpang dalam tu.

lega bila van datang ambik..
tricycle ada di mana-mana kat Boracay
lalu depan office Southwest
Abam baju oren bagi tunjuk jalan
langit gelap, daratan besar kehujanan agaknya..
kali ini, pulang naik speed boat yang agak selesa. sepanjang perjalanan gerimis mula turun diikuti hujan renyai sekali sekala

sampai dah kat jeti caticlan. ikut aje abang baju oren tu.. nanti dia tunjuk bas mana satu yang kena naik. bukan semua mahu ke airport kalibo tau!
Sampai kat airport Kalibo masih tersisa sejam lebih rasanya sebelum berlepas. Memah penuh sesak dengan manusia bila masuk balai pelepasan.

menunggu flite airasia ke manila pula. ramai juga manusaia menunggu kat dalam ruang pelepasan ni
aku bosan dan mulut ni rasa nak kunyah sesuatu.. aku pun beli lah jajan vegetarian ni sambil menunggu flite yang bakal tiba. sedap juga rasa keropok ni..
Penerbangan dari Kalibo ke Manila smooth je. cuaca pun cerah. Aku duduk tepi tingkap melayan perasaan. Aku juga dah siap pre-book meal sebagai santapan tengahari.

flight AirAsia Zest. bermula perjalanan pulang..
aku order pasta ni. Dah siap book awal-awal lagi.. rasanya ok juga.  

Akhirnya aku selamat tiba di terminal 4 (domestik) iaitu salah satu terminal di Manila Ninoy Aquino International Airport. Untuk ke terminal 3, aku kena tunggu bas yang akan angkut aku ke sana. Bas tersebut tidak perlu tunggu diluar terminal. Sampai je kat balai ketibaan, cari kaunter/pondok kecil untuk bas ini. Jangan terus keluar terminal tau!

Kenapa aku kena pergi ke terminal 3? kat situ lah pusat flight Cebu Pacific beroperasi. Dari situ aku akan naik flight Cebu Pacific terus ke Kuala Lumpur.

flight aku lambat lagi, sebelah malam punya waktu..
Kaunter Check-in Cebu Pacific Air.
Sebenarnya, aku ada berniat nak keluar dari airport ke Metropolitan Manila tu. Tapi terasa malas dan lagi pun aku ingat mahu hilangkan letih dulu. Sudahnya, aku tak jadi ke mana-mana. Hanya memerapkan diri di Airport.

Kat Terminal 3 ni ada musolla. Bagus kan. Boleh la aku solat jamak kat situ, sambil rehatkan diri kat situ. Solat Maghrib pun kat sini jugak.






Sementara nak tunggu ketibaan flight kat airport. Perut terasa lapar. Aku malas nak cari kedai makan halal kat situ. Entah ada, entah tidak? Mujur aku ada saki baki lebihan makanan dari Malaysia. Biskut oreo tu ada dalam 2 keping lagi kot dan secawan maggi cup.

Aku belasah je letak air mineral dalam maggi cup dan setengah jam kemudian maggi tu lembut dan kembang juga. Rasanya memang tak best tapi itu lah yang dapat menahan rasa lapar. Nak pergi cari air panas pun malas aku ni. Mungkin badan dah letih sangat kot?



Naik pesawat aku terus terbungkang. Tidur sejak dari awal sampai la ke Malaysia. Bila flight landing, baru aku terkocoh-kocoh bangun. Aku tidur tanpa jatuhkan seat kebelakang rupanya! Letih sangat gamaknya.. Hahaha. Esoknya aku tunggu flight ke kuching pula..

Tamatlah siri jelajah ke Cebu-Manila-Boracay ni.. Terima kasih kerana membaca kisah tak seberapa dan yang dah lapuk ni. Hiks!

10 ulasan:

  1. Baca pun penat... hehe. Tapi rasanya Pulau Redang lagi cantik dari Borakai ni...

    BalasPadam
  2. Betul tu, kalau nak bandingkan pantai kat redang sebenar lagi cantik terutamanya bila kita snorkeling.. coral dekat je dengan pantai dan cantik-cantik pulak tu. Rasanya Redang tewas dengan Boracay dari segi lebih happenning (banyak shops lot, restoren, hotel, etc), nightlife meriah, banyak aktiviti boleh buat selain dive & snorkel.

    BalasPadam
  3. While I may not understand what you wrote here, but based on the title, it seems like you had a good time here in Boracay. Cheers!

    BalasPadam
  4. Hmmm.. mmg klu nk snorkelling ikan kite lg lawa2kan... hehe bila bca lndak laut, teringt bad experience terpijak lndak laut.. mmg x blh lupa pedihnya...hehe

    BalasPadam
  5. Hmmm.. mmg klu nk snorkelling ikan kite lg lawa2kan... hehe bila bca lndak laut, teringt bad experience terpijak lndak laut.. mmg x blh lupa pedihnya...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, dunia bawah laut Boracay tak memang leh lawan tempat kita punya.. Macamana Farikica ubatkan kaki yg terpijak landak laut tu? Kata orang, sebaik sahaja terpijak landak laut, cepat-cepat pukul dengan kayu atau batang snorkelling gear sebab dapat keluarkan bisa sengatnya. Jadi rasa sakit kurang sikit..

      Padam
    2. Haha...mmg mcm2 saya dpt petua.. ketok dngn slipar, curah jus limau nipis, pukul ngan slipar dn mcm2lah... tp sya biar aja, berbulan titik2 kt tpak kaki kiri knan ade... seminggu jugak jln terdengkot2... sakit wooo...haha

      Padam
    3. kuat juga bisa landak laut tu.. sampai seminggu masih terasa sakit

      Padam
  6. Nice place. Memang plan hendak ke sana pada tahun ini anyway thanks for the info.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...