nuffnang

NUFF

Ahad, 20 Disember 2015

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -1- Pengalaman Berbackpack Secara Duet

Trip ni sebenarnya dah lama. Dan trip ni juga adalah pertama kalinya aku bersama seorang buddy (secara berduet) berkelana di Busan dan Gyeongju.

pengalaman bercuti ke Busan musim bunga

Biasanya aku kalau pergi melancong biasanya seorang diri je. Dan paling tak pun pergi dengan ahli keluarga sendiri atau pun rombongan dengan kawan-kawan lama. Biasanya dengan adik-adik aku la.. Siapa teman istimewa yang ikut aku kali ni? Yang pasti bukan girlfriend atau bakal isteri atau bini (aku belum kawin lagi).

Diperkenalkan watak baru utuk kisah kembara aku ke Korea Selatan kali ini iaitu Jiji. Dia adalah kawan sekerja aku kat SK Ng Grenjang dulu. Dan trip ni merupakan trip terakhir aku sewaktu bertugas di Sarawak sebelum aku berpindah ke Terengganu. Rindu pulak dengan geng-geng Grenjang! I miss u-ols..

Baiklah, diperkenalkan... partner in da crime, eh silap.. partner in my travel, Jiji..
Asalnya, aku planning nak pergi sorang-sorang je, tapi rancangan aku ini telah dihidu oleh Jiji dan dia pulak berminat nak join sekali. Tiket aku beli time promo memang sangat murah iaitu tak sampai rm400 tiket pergi-balik. Tambah makanan semua, jadi empat ratus lebih juga. Tiket jiji pun agak murah jugak walapun tinggal beberapa bulan lagi nak terbang. Kira nasib dia jugak lah.. rasanya tiket dia 2 kali harga tiket aku. Bagi aku masih murah sebab tak sampai 8 ratus ringgit lagi.

Kami pergi bulan 4 dan cuma 4 hari je. Bermula 18 april sehingga 21 april. Itu pun ketika cuti Good Friday. Tapi, macam biasalah, aku akan susun aktiviti-aktiviti yang agak padat untuk memaksimakan penggunaan masa seperti trip aku ke Seoul & Jeju sebelum ni. Kesian Jiji kena ikut rancangan aku. Dia ok je, dia tak kisah sangat sebab dia memang harapkan aku planning tu semua.

Flight kami berlepas tengah malam. Dalam pukul 1 pagi. Sampai kat airport Busan, Gimhae Airport dah pagi sekitar jam 8.45 waktu tempatan. Sepanjang penerbangan, aku tidur je.

Nak berlepas ke Busan, naik AirAsiaX yang berlepas dari Lcct. gambar blur.. tangan gegar sebab menahan dingin pagi
Dan seat aku dengan Jiji bukan bersebelahan. Agak jauh. Aku kat quiet zone dan Jiji pula kat area toilet hujung pesawat sana. Dia memang tak kisah pun.

Oleh kerana aku duduk kat dengan pintu keluar, aku dengan mudah dan cepat keluar pesawat serta melepasi laluan imigresen dengan lebih awal. Risau juga aku dengan Jiji takut tersangkut kat imigresen. Akhirnya dia lepas juga walaupun terkial-kial mengisi departure card semasa berbaris. Dia ingat mahu tanya aku dulu tapi aku pulak dah meepasi checkpoint, Akhirnya berjaya juga dia dilengkapkan tanpa bantuan.

kiri: busan tourist information counter, kanan: melepasi cop passport di imigresen Gimhae Airport
Sebelum keluar dari airport, kami akan kutip pemplet dan peta dahulu. Kemudian baru gerak mencari tren ke destinasi yang dituju. Keluar je dari pintu ketibaan, udara sejuk mula menyelubungi diri. Maklum la ketika adalah penghujung musim bunga. Hawa sejuk masih lagi terasa.

Oleh kerana kurang informasi, puas kami cari mesin yang jual one-day pass kat stesen tren Gimhae Airport. Rupanya tiket tren dari situ ke Sasang adalah berlainan. Laluan Airport tak boleh guna one-day pass tu. Nasib ada abang korea yang membantu menerangkan semua tu.

Ada 4 line Metro kat busan ni. Line warna purple tu Light Rail yang menghubungkan Gimhae Airport ke Sasang  Oneday pass hanya boleh diguna untuk 4 lines sahaja. Maka dari airport ke Sasang kena beli tiket berasingan. Metro/tren/subway di Busan ni tak kompleks macam di Seoul. mudah je..
Sasaran kami yang pertama adalah menuju dan melawat Beomeosa Temple. Dengan backpack masih digalas atas belakang masing-masing terus ke sana dulu. Betul-betul mahu jimatkan masa. Penginapan kami pada hari tersebut adalah berhampiran Jagalchi Market. 

Dari Gimhae, kami terus ke Sasang. Di sana baru dapat kami beli one-day pass di mana kami dapat guna sehari suntuk khidmat tren yang tersedia di Busan.

Berdasarkan peta subway/metro/tren kat atas tu, kami terus ke Beomeosa Temple melalui Gimhae Airport > Sasang > Seomyeon > Beomeosa(line warna oren). Kalau aku terus ke tempat penginapan di Jagalchi (line warna oren), nanti terpaksa patah semula. Nampak tak akan bazir masa di situ.

Aku ringkaskan perjalanan kami di sini:

Hari pertama - Keluar airport Gimhae terus ke Beomeosa Tample, makan tengahari dan solat jumaat di Dusil, check-in hotel di Jagalchi (letak barang/beg), melawat ke Gamcheon Cultural Village, jalan-jalan di Jagalchi market  & dinner kat sana. malamnya bersiar-siar sekitar Nampo.

Hari kedua - Check-out hotel, naik bas ke Gyeongju, melawat tempat-tempat menarik di Gyeongju dan pulang semula ke Busan lewat petang. Menginap di hostel yang terletak di Haeundae Beach. Bersiar-siar menikmati suasana malam.

Hari ketiga - Awal pagi bersantai di Haeundae beach, dan Dongdaek park. Bersiar-siar sekitar Haeundae. Check-out hostel. Pergi check-in hotel di Seomyeon. Lunch di area Dusil. Melawat Busan National Univercity dan cuci mata di Lotte Department Store. Sebelah petang, shopping sikit-sikit di Gukje Market dan naik menara Busan. Malamnya, ke lepak-lepak di Busan Station dan nikmati makan malam terakhir.

Hari keempat - Check-out hotel dan terus gerak ke Gimhae airport untuk pulang ke Malaysia.

p/s - Maaf la kalau entri ni tak berapa nak lengkap sebab aku pun just tulis catatan sangat ringkas je. Ikuti entri seterusnya untuk mengetahui kembara kami di Busan dan Gyeongju!

bersambung..

4 ulasan:

  1. Pergi jauh-jauh cuma 4H3M memang tak cukup tu en Zul. Tak sempat nak ke Taejongdae dan Gamcheon...

    BalasPadam
  2. Actually, sebenarnya sempat je pergi ke taejongdae tu pada hari ketiga. Tapi kami tukar rancangan. Nak lebih santai, kami pergi cuci mata di shopping area kat Busan Universiti dan Lotte Mall. Kalau ke Taejongdae (scenary yg wow tu), kena banyak menapak dan habis banyak masa sikit. Gamcheon Cultural Village memang kami pergi pada hari pertama..

    Kalau nak ikutkan 4H3M memang tak cukup, tapi kalau pandai manage masa, sempat aje.. cuma kena rush sikit la. Buktinya, dalam masa yang singkat tu, kami berjaya jejak banyak tempat menarik sehinggakan Gyeongju pun termasuk dalam itinerary!

    BalasPadam
  3. alhamdulillah akhirnya tuan blog telah kembali. semoga akan terus aktif berblog (silent readers)

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat bagi mereka yang bercadang ke sana...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...