nuffnang

NUFF

Ahad, 27 Disember 2015

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -6- Limpahan Makanan Laut di Jagalchi Market

Balik dari Gamcheon Cultural Village tu, kami asalnya mahu ke Jagalchi Fish Market tapi rancangan diubah sebab masih terlalu awal untuk ke sana.

Apa salahnya kami melencong ke Busan International Film Festival (BIFF) area? Kat sini sebenarnya antara laluan membawa pengunjung ke Bupyeong Market, Gukje Market dan beberapa shop-lot serta street market.

Kami cuci mata telebih dahulu kat area ni. Tak beli apa-apa pun. Tak jauh dari pintu gerbang BIFF nia da bangunan BIFF Square. Kami tak berminat nak meninjaunya. kaki kami melangkah lebih jauh ke Bupyeong market yang letaknya di timur gerbang BIFF tersebut.



Gambar kat bawah ni adalah pintu gerbang BIFF. Kiri dan kanan lorong dipenuhi oleh para penjual dan peniaga.



Ke timur adalah menuju ke Bupyeong Market dan ke sebelah barat (kanan) boleh sampai ke Busan Tower!



Kalau takut sesat, ada map kat tepi jalan. Rasanya map ni aku snap kat exit keluar Jagalchi station berdekatan gerbang BIFF tu.



Jom, kita menelusuri pula Jagalchi fish market ni. Jagalchi Fish Market boleh diakses paling mudah melalui exit 8 atau 10. Cari bangunan yang paling tinggi yang menghadap laut dari exit tersebut.

Apa yang menarik di sini? Pelbagai hasil laut boleh didapati di sini. Semuanya segar-segar dan boleh dikatakan agak murah berbanding tempat-tempat lain. Kita boleh menjumpai hasil tangkapan laut yang jarang kita temui di tempat sendiri.

Ikut kami. Nah, kami tunjukkan beberapa keadaan di sekitar Jagalchi Market. Sama ada di luar bangunan atau dalam bangunan, suasana hiruk-pikuk peniaga menjual pasti menggamit mata memandang.




Seterusnya, ikut kami masuk ke dalam market tertutup ni pula. Keadaan pasar sangat bersih. Dan di lantainya pula jarang digenangi air.




Antara tujuan lain kami ke sini adalah untuk makan malam dengan seafood yang segar ni. Kedai makan boleh di cari dengan mudah di tingkat atas pasar tertutup Jagalchi market ni.

Aku dah lupa nama kedai yang kami masuk tu. Buangkan rasa ragu-ragu untuk menyantap makan malam di sini kerana hampir semua kedai menjual makanan berasaskan makanan laut semata-mata. Boleh juga kita beli seafood yang di jual di pasar dan bawanya ke sini untuk dimasak.

Ada banyak kedai makan kat tingkat atas ni. Kami tertarik satu kedai makan ni kerana keramahannya dengan pelanggan. Lupa nama kedai ni.


Kami memilih menu yang disyorkan oleh owner kedai yang mesra pelanggan tu. Seafood yang dimasak seperti sup. Tapi kuahnya lain sikit rasanya berbanding sup kita. Dia juga ajar kepada kami cara makan dan beberapa tips.

Aku ni jenis suka mencuba sesuatu yang pelik. Jadi aku telah order Sannak-ji iaitu berupa sotong kurita yang dipotong kakinya. Dimakan dengan mencicah sos dalam keadaan kakinya masih bergerak-gerak. Makan hidup-hidup kawww!

inilah dia sannak-ji tu!
cuba teka reaksi wajah sebenar aku disebalik gambar ni?
Aku sorang je yang menikmati makan eksotik ni. Jiji tak sanggup! Bila masuk ke dalam mulut, terasa masih meliang-liuk. Hati-hati makan ya, kerana kalau terus ditelan tanpa dikunyah, mungkin tentakel pada kakinya akan melekap pada kerongkong.

Rasanya? Chewy dan liat. Tapi teksturnya rasa macam sedap dikunyah. Lebih sedap daripada sotong (biasa) mentah. Kemanisandan kesegarannya berada di hujung lidah. Mild je, tak kuat sangat. itu yang aku rasa. selainnya, sosnya yang berkacang itu menambah perisa sannakji ni.

inilah sup yang aku maksudkan tu. sedap jugak..
kami tambah nasi dan seperti biasa, kami akan dihidangkan beberapa sayuran lain beserta kimchi. Amacam jiji? Ok tak rasa kimchi?
penghujung dinner kami.. licin
Dan sebelah malamnya, kami berpakat tidak terus pulang ke bilik. Kami sekali lagi ke tempat yang sama petang tadi, harapannya mahu cari cenderahati. Tapi seluar trek yang aku beli sebab aku rasa harganya berpatutan.




Kami pulang ke bilik rasaa=nya jam hampir 11 malam. Balik bilik bukannya reti tidur. Aku buka wifi dan meng-onlinekan diri sementara menunggu Jiji sudah mandi. Sambil tu bukak tv. Tak layan mana pun ceritanya.

Lepas mandi dan salin pakaian, aku baring-baring atas tilam empuk. tanpa sedar aku tertidur! Letih kot. Dan aku tersedar sekitar jam 2 pagi. Terkial-kial bangun solat jamak kemudian sambung tidur balik. Esok, ada misi penting.

Ke mana? kami akan bergerak keluar dari Busan dan akan ke Gyeongju. Ada apa di sana? Tunggu lah entri seterusnya.. hihihi..

3 ulasan:

  1. Bentuk bulat di laluan yang ada perkataan BIFF tu adalah pentas yang boleh dinaikkan bila ada sesuatu acara... mula2 macam tak percaya...

    Boleh masuk program Fear Factor ni... boleh telan sotong hidup... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo ye ke? baru tau pasal info bentuk bulat BIFF tu! kalau tak, sampai sudah tak tau

      Padam
  2. wei.. cam sedap je sotong gerak2.. haha..camne ek nk choose kedai makan kat area jalgachi tu..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...