nuffnang

NUFF

Sabtu, 1 Mac 2014

[TRAVEL] Short Trip Ke Krabi (Part 1) - 2H1M Di Ao Nang

Owhh.. dah sebulan aku tak menulis apa-apa entry. Dulu berazam nak tulis tetiap hari! Hampeh.. bertahan selama sebulan jer. Tapi memang terseksa hoccay nak taip entry hari-hari sebab aku bukannya hantu blogging *kemain bagi alasan.. err, baca blog orang lain suka je, hehe..

Straight to the point aje la.. membebel tak sudah-sudah nanti entry ni tak siap-siap jugak. Minggu lepas aku makan angin kat Krabi, Thailand. Pergi sensorang je. Ala-ala backpacker, tapi sebenarnya dah macam bugdet traveller kalau nak diikutkannya.

Aku pergi kejap je, 2 hari 1 malam tapi dah puashati sangat sebab weekend-trip ni buatkan aku rasa santai dan tenang walaupun aku takde pun sebarang kekusutan @ masalah.

22 FEB 2014 (Sabtu)
Penerbangan AirAsia seawal 7.10 pagi berlepas seperti dijadualkan dan mengambil masa kira-kira sejam suku. Dalam perut pesawat, aku melantak Ayam Panggang dengan Sos Berkrim yang ditempah online. Seat aku tepi tingkap dan di sebelah aku pula ada seat kosong.

Lcct masih belum menerima terik mentari semasa aku boarding
Isi borang arrival/departure siap-siap. Pen jangan lupa bawak kalau ke luar negara tau. 
Sarapan pagi aku, boleh tahan juga rasa Roast Chicken with Cream Sauce ni
Rupa bentuk muka bumi sebelum sampai Krabi
Sedia untuk mendarat, sempat snap dua, tiga gambar juga. Kat hujung sana banyak bukit batu kapur dan laut.
Selamat tiba di Airport Krabi
 Bila sampai je kat airport krabi, penumpang AirAsia disediakan aerobridge jadi tak perlu turun-naik tangga secara konvensional tu.

Kaunter Imigresen pula dibuka hanya dua, dan pagi tu kira-kira jam 7.35pagi aku dah siap-siap beratur. Mujur seat aku dalam pesawat agak ke depan, Seat 6A (dapat keluar awal) jadi pendek je barisan sewaktu aku  beratur.

Tak sampai 10 minit, aku berjaya melepasi imigresen dan berjalan lenggang-kangkung sebab tak de check-in luggage.
Aku ingat, airport ni ada 2 terminal yang berbeza rupanya Terminal 1 mewakili Arrival Terminal dan Terminal 2 pula Departure Terminal
Sila cari kaunter ni kalau nak naik bas ke Krabi Town atau ke Ao Nang. Keluar jer daripada tempat ambik baggage, terus nampak kaunter ni, di sebelah kanan lorong ke pintu keluar airport.
Tambang bas ke Ao Nang adalah 150Baht (rm15). Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam. Aku beli tiket dalam pukul 7.45am dan bas mula bergerak sekitar pukul 8.15am.

Kalau korang datang beramai-ramai, boleh naik teksi dengan tambang sejumlah 600Baht (rm60) atau naik Van yang berharga sekitar 1200Baht (rm120).

Nampak bas ni macam buruk, tapi aircondnya masih tip-top. Aku pergi-balik aiport naik bas. Setakat ni, kondisi bas adalah okey.
Pemandu bas akan tanya di mana tempat korang menginap kerana bas akan berhenti depan hotel korang tu (selagi bas boleh akses masuk ke laluan hotel)
Pemandu bas bagi aku pemplet ni. Bagus! Aku terus atur rencana baru untuk aktiviti di Ao Nang nanti.
Asalnya aku rasa takde peluang nak pergi island hopping sebab semua pakej yang aku baca melalui internet bermula awal pagi dan berakhir selewat 5pm. Jadi agak mustahil kalau aku nak join mana-mana island hopping dalam waktu keberadaan aku yang singkat di Krabi.
 Lepas dapat brochure di atas, planning asal aku telah berubah. (planning asal - ambik pakej naik gajah/ ke emerald pool at afternoon, next morning pergi Rai Lay Beach sebelum bertolak ke airport pada tengahari).

Dapat juga merasai island hopping. Masa aku pergi Phuket dulu dah pergi Phi Phi Island, Maya bay, James Bond island tu semua. Jadi island hopping kali ni cuma sekitar perairan Krabi je. Menarik juga. Nanti aku cerita kenapa menarik island hopping ni..

Beg akan dilonggok kat belakang seat driver bas.
Sesiapa yang mahu berhenti di Krabi Town bakal turun di sini, akan ada shuttle van lain yang bakal menghantar korang ke hotel masing-masing kalau tak silap aku 
Akan lihat bukit batu kapur sepanjang jalan ke Ao Nang
Bila aku sampai je kat hotel, masih belum dapat check-in kerana ketika itu baru jam 9.20 pagi kalau tak silap aku. Aku beramah mesra sikit dengan receptionist dulu.

Oh, ya.. aku dah book siap-siap hotel ni melalui Booking.com dan harganya adalah RM90 semalaman (peak season). Hotel tu namanya Ruen Mayura. Lain kali aku citer sikit pasal hotel tu. Lokasi hotel yang agak strategik juga kerana berdekatan dengan McDonald (landmark yg terkenal di Ao Nang) dan tak sampai 10 minit berjalan kaki ke pantai.

Ao Nang Beach. Dari sini boleh ambik long tail boat untuk ke Rai Lay.
Sampai je kat Ao Nang, aku terus mencari pakej yang aku baca dalam bas tadi. Tak jauh dari hotel aku, aku jumpa satu pondok tour agent, seorang kakak bertudung di kaunternya. Aku terus jer tanya pasal pakej yang aku nak tu dan Alhamdulillah masih ada kosong.

Jangan lupa bargain harga tau! Aku dapat 750baht (rm75) selepas tawar-menawar. Harga asal adalah 1000baht (rm100). Aku rasa dah murah sewaktu peak season ni dan terus terima harga yang ditawarkan tu.

Selepas tu aku pergi ushar pantai Ao Nang. On the way ke pantai, sempat menyinggah kat kedai jual fruit shake. Aku beli Dragon fruit shake berharga 40Baht (rm4). Nikmat sungguh minum air buah yang sejuk sewaktu panas terik sambil menghirup udara pantai.

Bersambung... (Short Trip Krabi Part 2 - Pakej 7 islands)

9 ulasan:

  1. Saya ke Krabi pun cuma 2H1M. Sampai dari Hatyai dengan van pun dah tengah hari. Jadi cuma dapat pergi ke pulau yg dekat-dekat je. Tak sempat nak ke Emerald pool bagai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah sampai krabi, rasanya tak sah kalau tak buat island hopping kan? tambahan pula kita ni berada sekejap je kat krabi, kena pilih laut ler berbanding yang lain..

      Anyway, buat short trip macam ni ada potensi untuk repeat balik..hehe

      Padam
  2. Balasan
    1. MKL, Krabi memang menarik, banyak tempat tak sempat nak explore.. dari krabi bleh ke phuket dan phi phi island.. best tengok pulau dan lautnya.

      Padam
  3. En zul, jm dapat rega rm80 kira murah klau dpt rm75 time peak season tu cuma island je berbeza coz ada island yg jm x pegi spt en zul nye pskej sbb tu mrah kot :-)

    BalasPadam
  4. cikgu, ada tips tak utk solo traveller lagi2 utk wanita..

    BalasPadam
  5. saya akan pergi drive dari kl ke krabi melalui hatyai dan bermalam di krabi 3 malam. langsung plan nak ke phuket. Ada cara tak mana nak pergi dulu

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum encik boleh berkongsi sedikit berapa jumlah baget maximum yang perlu dibawa sekiranya selama 1h 2m disana Krabi? Terima kasih.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum encik boleh berkongsi sedikit berapa jumlah baget maximum yang perlu dibawa sekiranya selama 1h 2m disana Krabi? Terima kasih.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...