Sambungan dari kisah Short Trip Ke Krabi (Part 1) - 2H1M Di Ao Nang
Lepas aku jenjalan sekitar pantai Ao Nang, aku menuju pula ke arah masjid. Sengaja mahu explore kawasan sekitar Ao Nang ni.
Area masjid ni memang banyak kedai makan atau restoren halal. Sempat juga aku menyinggah di gerai menjual pancake. Ramai orang sarankan untuk mencuba pancake buatan orang sana.
Aku beli pancake banana + nutella seharga 40Baht (rm4) satu. Rasanya memang marbeles!
Dah puas ke hulu ke hilir, aku kembali semula ke kawasan pantai dan waktu ketika itu hampir 11pagi waktu tempatan. Kalau waktu Malaysia sepatutnya sudah pukul 12 tengahari.
Aku ke kawasan pantai sebab kat situ banyak kedai jual cenderamata. Aku mahu servey je dulu sebab pagi esok baru nak beli.. Selepas puas mencongak-congak harga selama setengah jam, baru terasa perut lapar.
Tak jauh dari simpang T di Pantai Ao Nang, ada sebuah kedai makan kat situ. Jamai Restaurant, restoren muslim. Aku melantak Nasi Putih bersama Tom Yam Kung. Mahal juga, 90Baht (rm9) harga ke semuanya. Mungkin lokasinya membuatkan harganya sedikit mahal kot.
Kemudian, aku pulang ke hotel dan kali bilik sudah ready serta proses check-in berjalan lancar. Jam masih 12.15 tghari jadi aku lepak-lepak dalam bilik dan mandi. Lepas mandi, aku salin pakaian sesuai untuk island hopping.
Pukul 1 aku dah siap menunggu di lobby hotel. Tak lama pastu, datang la van (semacam tuk-tuk) ambil aku. Dalam tu dah ada 7 orang dan kami dibawa menuju ke pier/pengkalan long-tail boat. Tunggu kat situ kejap dan tak lama kemudian datang lagi beberapa van membawa penumpang seperti kami - mahu island hopping ke 7 pulau!
Long-tail boat yang aku naik agak besar, kira-kira 23 penumpang termasuk aku dalam bot tu. Bot bergerak menuju ke Pantai Tonsai untuk ambil beberapa lagi penumpang dan seterusnya bergerak ke Pantai Railay untuk ambil dua lagi pasangan sejoli di situ.
Di Railay, kitorang dibenarkan berada di situ selama 20 minit. Ada yang turun mandi. Oleh kerana cuaca panas *terik gila hari sbb baru pukul 2 lebih, aku hanya lepak di bawah pokok dan memasuki walking street (dipenuhi kedai dan gerai makan) kat situ.
Aku rasa untung jugak ambik pakej ni sebab berpeluang ke Railay beach walaupun sekejap. Kalau aku tak ikut tour ni, terpaksalah aku pergi sendiri pada keesokkan harinya. Kena naik boat juga, beli tiket kat kaunter Ao Nang beach tu, kemudian naik bot datang ke sini, kalau tak silap tambangnya sekitar 150Baht.
Pantai Railay tak ada la cantik mana bagi aku tetapi surroundingnya menyebabkan nampak segar & indah. Kalau tak silap, area Railay ni ada lagi pantai yang lagi cantik. Tapi kat celah mana aku pun tak tau..
Lepas singgah sekejap di Railay, bot membawa ke destinasi pertama iaitu ke Poda Island, salah satu daripada 7 gugusan pulau utama di situ.
see.. crystal clear kau! |
Perjalanan ke sana dari Railay mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit. Sepanjang perjalanan tourist guide sibuk menceritakan gugusan pulau yang ada. Tapi aku ni lambat sikit nak paham sebab dia bertutur english dalam dialek siam. Perkataan yang disebut sangat sangsi kedengaran di tambah pula dengan angin yang bertiup kuat.
Poda Island pantainya memang cantik. Crystal clear kata orang omputih. Tapi awas, arusnya agak kuat dan aku cuma mandi di pinggir sahaja. Memula, malas juga aku nak mandi sebab cuaca terlalu panas tapi tergoda juga akhirnya. Lagipun masa diberi kira-kira 30minit di situ, dan pulau ni kecik je, kejap je habis ronda-ronda..
Lepas tu, kami di bawa ke Tang Ming Island yang mengambil masa agak lama juga. Yang ni kami tak singgah kerana kami mahu bersnorkelling di Mae Urai Island yang terletak tak jauh dari pandangan mata.
Pulau ni yang tak ada pantai tapi di situ ada semacam terumbu. Kat situ, kitorang dibenarkan bersnorkelling. Katanya sekitar pulau kecil semacam terumbu tu, ada banyak coral. Cantik katanya, ada warna oren dan beberapa campuran warna lagi.
Aku terlupa snap gambar terumbu tu. Excited nak snorkelling kot? hehe.. tapi bila aku snorkel, tak nampak mana coral tu ditambah pula mata aku yang rabun ni. Ada nasihat aku di sini, berhati-hati pada dinding-dinding terumbu tu kerana banyak teritip.
Jari aku luka gara-gara arus yang kuat menolak aku ke dinding terumbu tu walaupun aku dah sedaya upaya menjauhinya (sebab aku dah ada pengalaman ketika bersnokelling di pulau redang dulu; tiang jeti dipenuhi teritip yang tajam!)
Dalam 30 minit bersnorkel, aku dibawa ke Si Island pula. Kat sini, tourist guide suruh kami snorkel keliling pulau tu sambil melihat pelbagai spesis ikan. Gila kau.. dah la besar jugak pulau tu, siap arus macam kuat juga.. tapi ada gak mat saleh yang sahut cabaran tu. Aku cuma snorkel dekat-dekat bot je..
Pastu sebelum beredar, tourist guide aku buat aksi stunt, dia panjat dinding berbatu kat pulau tu dan terjun ke dalam air. Dan dalam boat kami diberi potongan buah tembikai yang manis!
Next kami melalui Door Island yang kelihatan agak lucah. Memula aku tak perasan, pastu bila tourist guide tu asyik gelak-gelak bila tunjuk pulau tu, baru aku dapat imaginenya.. haha.
Seterusnya adalah Chicken Island. Kenapa namanya begitu? Cuba perhatikan struktur seperti kepala ayam dan sebelahnya pula Turtle Island.
Kat Chicken Island kitorang snorkelling lagi. Tapi aku lebih suka snorkel kat sini sebab airnya lebih jernih dan jelas kelihatan ikan-ikan kat situ. Banyak tigerfish kat sini. Aku ambik kesempatan join satu grup omputih ni bila ada sorang tu kasi ikan makan roti guna botol.
Dah senja, baru kitorang gerak ke Tup Island untuk buffet dinner. Aku tak risau status halalnya sebab awal-awal lagi aku dah request masa beli pakej ni. Katanya makanan dijamin halal. Lama jugak la lepak kat sini. Makan sambil menyaksikan sunset.
Sebelum berangkat pulang, ada pertunjukkan api. Meriah pulak aku rasa. Boleh tahan juga tourist guide aku ni beraksi. Tourist guide lain juga turut perform kat situ.
Okey, part balik time malam-malam agak mencabar kerana ombak sangat bergelora. Melambung-lambung aku dibuatnya, siap percikan air lagi. Terketar-ketar kesejukan ditambah pula dengan dingin angin malam!
Sebelum kami dihantar pulang, ada satu lagi siri snorkelling. Apa, snorkel waktu malam? Nak tengok apa? Nampak ke ikan atau coral gelap-gelap macam ni? *begitu aku berfikir..
Sebenarnya bukan ikan yang dicari. Bukan juga coral tapi adalah plankton yang bercahaya! Setiap kali kita gelodakan air, berkilau-kilau warna biru bercahaya muncul. Seronok tau. Bila berenang seolah-olah kita mengeluarkan aura bercahaya. Nice sangat-sangat!
So, kesimpulannya aku sangat puashati dengan pakej ni! Taktau la pengalaman orang lain cemana..
Semua pic cantik2..macam poskad
BalasPadamGuna kamera digital je pun ambik pic tu semua..takde cantik sangat. Maybe tempat tu memang dah cantik kot
Padammenarik betul yang bikini pink tu.. hahahaha
BalasPadamMemang sengaja tunggu awek tu lalu depan signboard Tup Island tu.. haha. Kekononnya nak ambik gambar signboard tu..*haha..idea jahat!
Padam2 hr pon ok aje kan...krabi pon x bsr mna... sedap tol nmpk pancake nutella tu... jodoh saya dngn krabi/ao nang ni berat sikitla..hehe..dh berkali2 plan tp x juga smpai2 lg....:)
BalasPadamTakpe, aku doakan satu hari nanti kau dapat jejak juga ke situ.. banyak cara dapat ke Krabi ni. Ikut jalan darat pun boleh.
PadamPancake tu seriously sedap. Ke aku yang kebulur time tu? hehe..
Jm pun ambil pakej 7 island ni 800baht tapi pulau yg kami ssgah berbeza sikit la dari en zul nyer
BalasPadamen ambik pakej ni area mane?boleh rekomen..sebab cambest je.
BalasPadam