Sambungan dari kisah - Misi Mencari Sarapan Murah Di Ao Nang
Mula-mula memang aku terfikir nak pergi ke Krabi Town naik tuk-tuk, tapi aku rasa macam buang masa pulak semata-mata nak cari cenderamata kat sana pada pagi ahad (23 Feb) tu.
Jadi aku batalkan hasrat tambahan pula aku dah servey harga beberapa cenderamata kat Ao Nang. Lagi pun aku belum habis teroka Ao Nang ni terutamanya pantai di sebelah Utara Ao Nang.
|
Lagi gambar di Pantai Ao Nang |
|
Bot jenis Long-tail di Pantai Ao Nang |
|
Speed-bot.. lain kali nak cuba naik bot ni pulak. Harap ada 'lain kali' tu.. |
Makanya, selepas bersarapan dan mandi siap-siap, aku meneruskan langkah ke Pantai Ao Nang. Kedai-kedai masih lagi tutup. Aku melangkah menghala ke Pantai Nopparathara. Jauh aku kena menapak. Memula aku fikir nak naik tuk-tuk, tapi rugi juga kalau tak menghayati pemandangan sambil berjalan santai.
So, aku ambil keputusan brjalan kaki. Jauh memang jauh. Lagipun aku ada banyak masa. Matahari masih belum berbahang lagi.
Tapi selepas aku melepasi satu jambatan kecil (dibuat laluan pejalan kaki di sebelah jambatan tu) kaki aku terasa lenguh-lenguh. Mula-mula akan jumpa pantai yang agak tak menarik ketika air surut. Lupa pulak nama pantai tu.. Lana Beach kot?
|
Pantai Ao Nang dan Pantai Nopparathara dipisahkan oleh bukit batu kapur dalam gambar ini. Jadi, kalau nak ke sini kena melalui jambatan kecil yang menghubungkan kedua-dua tempat ini. |
|
Kat sini juga boleh tunggu bot untuk ke Railay atau tempat-tempat lain. |
Aku cuba berjalan di sepanjang pantai menuju ke Pantai Nopparathara tetapi sampai je sekerat jalan aku dah rasa bosan. Tak banyak benda yang menarik kat situ. Sepanjang perjalanan di penuhi hotel-hotel mewah dan kurang manusia. So, rasa happenning tu tak timbul sangat untuk membuatkan aku rasa teruja nak sambung berjalan lagi.
|
Bila surut, timbul batu kat pantai ni |
|
Panjang juga pantai ni tapi kurang pengunjung |
|
Kaki aku lenguh dah nak menapak. Rasanya tak jauh selepas aku jumpa Holiday Inn Resort, aku berpatah balik... kemudian terus bergerak ke Pantai Aonang. |
Then, aku patah semula ke Pantai Ao Nang dan mencari kedai cenderamata yang aku dah target semalam. Hampir semua kedai dah buka sewaktu aku sampai ke situ. Walaupun aku dah aim barang yang aku nak beli, masih lagi cuba tawar-menawar di kedai lain.
Puas belek-membelek dan bargain, akhirnya aku cuma beli keychain sahaja. Aku tak minat sangat nak beli fridge magnet. T-shirt kat sini memang susah nak cari yang murah. Paling murah aku dapat rm11. Itu pun kualiti macam ntah apa-apa..
Enatah kenapa, selepas membeli barang, aku cepat-cepat pulang ke hotel sebab masih belum packing apa-apa. *actually, nak packing apa pun tak tahu sebab aku cuma bawak beg galas kecik je.. haha bengong kan?
Sampai kat hotel aku tak tau nak buat apa. Sumbat baju dalam beg dah.. kemas barang-barang yang dibeli dah.. last-last aku buka henset, on wifi dan main internet sambil tengok tv.
Sedar-sedar dah pukul 11 pagi. Jadi aku pun check out dan pegi tapau nasi goreng nanas kat kedai makan Fareeda yang terletak disebelah hotel aku menginap.
Oh, lupa nak citer pasal hotel yang aku menginap tu. Hotel aku namanya Ruen Mayura. Letaknya tak jauh dari McDonalds dan betul-betul bertentangan dengan Siam Bank.
|
gambar ehsan mr.google |
Hotel ini sebenarnya bercantum sekali dengan restaurant tetapi makanannya adalah tidak halal. Tapi ramai mat saleh yang suka lepak kat sini. Sedap kot bagi dorang menu kat sini?
Oleh kerana aku datang Krabi ketika peak season, maka hampir semua hotel harganya agak mahal ratenya. Aku book hotel ni melalui Booking.com ketika harga promo iaitu rm90 untuk katil twin. Not bad. Aku bayar pakai kredit kad. Bayar tunai pun boleh sebenarnya.
|
gambar ehsan mr.google |
Lokasi hotel ini okey. Katilnya agak keras dan tekanan air kat billik mandi tak berapa kuat sangat. Bilik yang aku dapat bersih dan aircondnya tak dapat nak di-adjust. Channel tv banyak tapi boleh dikatakan semuanya berbahasa siam!
Overall, aku selesa dengan layanan yang diberikan dan sebenarnya, banyak lagi hotel yang berbaloi kalau korang pandai cari. Maksud aku, hotel yang aku diam tu takde la teruk sangat cuma masih banyak hotel yang bagus nilainya di Ao Nang ni.
Baiklah, aku tak dapat nak kasi tips banyak pasal penginapan sebab aku cuma sempat bermalam satu malam je.
Selepas makanan/lunch ditapau aku segera ke bus stand depan McDonalds tunggu bas. Kira-kira jam 11.30am, bas datang dan aku bayar 150baht untuk ke Airport.
Sampai airport dalam sejam kemudian dan aku melantak dulu nasi goreng yang ditapau tu dulu. Sedap juga rasa nasi goreng tu.
|
Nasi goreng nanas yang ditapau dari kedai makan Fareeda agak sedap. Kat sana, mereka kasi sos ikan bercili ni sebagai pengganti kicap! |
Pastu, seperti biasalah, check-in dan masuk boarding hall. Boarding hallnya agak panas jadi aku ambik port kat belakang sebab terasa hawa aircond sikit berbanding yang di depan.
Best jugak la pergi Krabi walaupun tanpa teman dan dalam waktu yang singkat ni. Ingatkan tak dapat buat Island Hopping tapi telah ditakdirkan aku masih ada peluang melakukannya. Alhamdulillah..
Semoga catatan tak seberapa memberi sedikit idea kepada pembaca yang nak ke Krabi. Mungkin boleh digunapakai semula kepada aku kalau ke Ao Nang lagi!
En zul, jm pun baru balik dari krabi rasa cam x cukup je 2 hsri kt sana dan dah aim nk repeat lg. Murah bilik tu jm tdo d j hotel hanya 5min walk to aonang beach rm110 per night bilik besar mmg puas hati. Jauh benar jln nya sampai noppatharat beach tu biasa aonang beach je ramai org tp tima jm lepak pg tu kosong je maybe semua g island
BalasPadamgood info,plan to go there next march i cant wait!! hehehehe
BalasPadamYeahh.. nice info.... also plan to go there on Jan.. cant wait..!!! xcited!
BalasPadam