nuffnang

NUFF

Ahad, 29 Disember 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 26 (SEOUL - SEHARI SUNTUK BERSAMA CITY BUS TOUR)

Day 4 - Memaksimumkan kudrat dalam satu hari [8 Jun]

Okey, dah lama aku tak menaip. Jadi aku nak settle citer yang tergendala, tergendala, dan sangat tergendala ni.. Dah nak masuk tahun baru.. walaupun aku takde mood, paksa diri jugak. *still malas*


**Entry kali ni aku tak mau letak gambar lagi. Lenkali aku taruk okey..

Hari keempat aku di Seoul boleh dikatakan sebagai hari terakhir di korea. Esoknya, awal-awal pagi lagi aku dah kena check-out dan bergerak ke airport. Jadi hari kelima memang tak dapat nak jalan-jalan.

Bermula sejak subuh, aku dah mempersiapkan diri dan tak sambung tidur (walaupun mata nak sangat tido!). Lepas solat dalam bilik yang kecik dan mandi serta bersiap-siap, aku keluar ke bilik untuk breakfast. Kat Kimchee Dongdaemun ada sediakan breakfast. Kat tingkat paling atas sekali. Menunya toast dan fresh oren serta sebiji pisang (ada pilihan lain rasanya). Tapi bagitau, taknak roti (sebab aku dah ada bekal roti gardenia yg sah-sah halal - bebas bahan berunsur haram) jadi aku mintak dua biji pisang dan air oren tu je.

Dalam pukul 7.15 pagi aku dah gerak ke Namdaemun Market, guna subway. Sampai je kat Namdaemun market, ada lagi beberapa kedai yang belum bukak. Masa ni rasa kurang happening lagi sebab tak ramai orang. Aku tawaf pasar Namdaemun tu sepuasnya. Masuk bangunan-bangunan kedai. Banyak jual pakaian kat sini berbanding barangan lain. Gerai-gerai jual brooch bersepah dalam bangunan apa-ntah. lupa namanya. Aku tak ambil tau. Tak minat.

Di Namdaemun market, aku just cari buah tangan untuk di bawa pulang. Dalam sejam jugak kot aku kat sana. Pastu, aku bukak map sebab nak cari laluan berjalan kaki ke Donghwa duty-free building. Aku nak ambil bas Seoul City Tour kat situ. Dalam perjalanan ke sana, aku aku akan melalui City Hall punya bangunan. Bergambar depan City hall dulu.

Sebenarnya boleh je aku tunggu bas tu kat bus stop Seoul city tour di Namdaemun market. Tapi, perasaan nak explore tu sangat memuncak ketika tu. Mungkin energy level awal pagi masih tinggi kot. Excited terlebih kot..

Bagus jugak menapak jauh-jauh ni. Meningkatkan skill membaca peta. Aku tak sesat pun. Seronok berjalan kaki sebenarnya di tempat asing tau.. tak jemu mata memandang.

Dah sampai kat tempat yang dituju, terus je aku naik bas seoul city tour tu. Bayar 10,000won pada driver je. Ok la. Tak ramai sangat masa aku naik. Kekerapan bas yang berhenti di setiap hentian yang ditetapkan adalah 20min. Boleh turun dan naik sesuka hati kalau mahu di setiap hentian yang bas lalu tu.

Perkhidmatan bas ni sangat berbaloi bagi aku. Bas ni akan lalu hampir semua tempat menarik di sekitar Seoul. Tapi korang kena pandai manage masa la..

Bila dah naik bas, tempat pertama aku tuju adalah National Museum of Korea. Muzium ni sangatlah besar, Aku memang tak puas sebenarnya pusing-pusing dalam muzium ni. Aku suka je baca & lihat info-info kat situ. Walaupun aku tak minat mana sejarah, tapi aku sangat suka menghadam maklumat terutamanya sesuatu yang menarik perhatian aku.

Ada juga tempat/ruangan yang aku skip kat muzium tu. Pastu aku singgah jap kat Korean War Memorial Park. Kat sini aku tak lama. Macam touch and go je. Pergi, pusing-pusing dan patah semula. Bagi aku tak menarik mana. Bukan sasaran aku actually.

Next, tempat yang aku nak sangat pergi iaitu Itaewon. Tapi masih awal lagi untuk lunch atau nak bersolat kat masjid di situ. Jadi aku ambil keputusan ambil lunch agak awal dan akan kembali semula untuk dinner dan solat maghrib di sana. Lunch yang aku yang jadi pilihan aku adalah kebab. Mahal tau. Kalau tak silap 11,500won untuk satu set ditambah dengan kentang goreng. Sangat kenyang ok!

Aku rasa waktu tu, baru pukul 11 lebih. Tapi dah lunch siap-siap. Pastu, aku tunggu bas dan menuju ke Changdokgung Palace. Bayaran masuk kalau tak silap 3,000won. Cantik tempat ni. Tapi aku tak masuk secret garden nya. Mahal sikit bayarannya. Cukup la aku tengok kat blog orang-orang yang dah pergi. *kedekut kan?*

Next, aku turun kat Insadong. Sinonim dengan culture korea kekdahnya.. tapi aku tak terasa sangat kot. Biasa-biasa je. Aku tak beli apa-apa pun kat sini. Just cuci mata jer. Tapi street kat insadong memang attractive la untuk pelancong.

Kemudian sekali lagi aku naik bas dan turun kat Gyeongbokgung palace pulak. Tapi bas tak berenti kat hentian seperti dalam map. Memula aku dah risau. Sebenarnya bas tu berhenti kat hentian lain, bukan depan pintu depan Gyeongbokgung palace tapi kat  sebelah sisi istananya. Anyway, hentian tu sebenarnya memudahkan aku ke National Folk Museum.

Maka, aku mengeksplorasi Muzium tu dulu. Menarik bagi aku sebab aku tau macam mana background masyarakat korea dari dulu sampailah sekarang.

Seterusnya aku melangkah ke Gyeongbokgung palace yang teramat lah luas kawasannya. Jenuh wei nak tawaf! Sebaik saja aku sampai jer kat depan Pintu gerbang Gyengbokgung, upacara changing ceremony baru nak bermula. Jadi terpaksalah lepak lelama kat situ.

Letih sangat-sangat bila dah sampai sini. Baru aku terasa sangat perit di kaki bila naik bas selepas round-round di gyeongbokgung palace tu.

Kali ni aku naik bas turun kat donghwa duty-free dan naik semula untuk ke Myeongdang. Kat Myeongdang aku just jalan-jalan je. Tak singgah langsung mana-mana kedai kat situ. Dari myeongdang, aku ke itaewon dan sterusnya naik cable-car ke Namsam tower.

Namsan tower aku lihat malam tadi, tapi dari jauh.. kali ni aku benar-benar berada sangat dekat. Next aku turun semula ke Itaewon untuk menikmati dinner, tapi sebelum tu aku ke Masjid Itaewon untuk solat Maghrib. Usai menunaikan kewajipan kepada Ilahi, aku ke Restoren Muree. Restoren yang menyediakan masakan korea yang halal.

Hari mulai gelap. Perut sudah diisi. Masa untuk kembali ke GH. Oleh kerana perkhidmatan bas seoul city tour itu sehingga jam 7.40 malam (last bas) jadi aku kena pulang menaiki tren.

Ok. done! hari keempat diakhiri dengan rasa perit di bahagian tapak kaki. Esoknya aku ambil limosin bas tak jauh dari GH menuju ke airport Incheon.

Tamat sudah citer seoul-jeju-seoul ni. Alhamdulillah, selamat semuanya. Tak ada perkara buruk yang berlaku..

TQ kepada yang sudi membaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...