Sebelum aku meneruskan cerita tentang trip ke Semarang ni, izinkan aku
membebel dahulu. *Matilah kena dengar bebelan dulu!*
Meh sini aku nak luah kan
perasaan sikit. Trip asal sebenarnya mahu ke karimunjawa. Aku keciwa, sungguh
keciwa.. 5 hari sebelum berlepas ke semarang ,
aku baru terperasan ada satu emel yang dikirimkan oleh pihak penganjur tour
karimunjawa (sebenarnya dah dihantar 2 minggu awal emel tu). Akhir-akhir ni,
aku jarang check emel, dan bila check aje emel mesti ada berpuluh-puluh yang
belum dibaca! So pepaham la. Maka, emel tersebut menyatakan semua trip/tour ke
karimunjawa terpaksa dibatalkan pada bulan januari hingga penghujung februari kerana
keadaan laut yang sangat bergelora!
*hati aku pun bergelora juga lepas baca emel tu..
So, aku kena tukar planning. Aku mula study tempat-tempat
yang menarik di Semarang , tapi baru aku tahu kat
Semarang cuma
sedikit sahaja tempat wisatanya untuk dicover selama 3 hari! So, aku kena
keluar juga dari Semarang
sekurang-kurangnya sehari. Maka termaktublah kisah yang aku akan garapkan
berikut,
*hoi, jangan lari! baca dulu kisah ni, letih aku taip tau..
# # #
Kota Semarang punya motto: Semarang Kota ATLAS (Aman, Tertib, Lancar, Asri dan Sehat)
8 Februari
Pesawat jam 7.10 pagi berlepas lewat 5 minit. Perjalanan
selama kira-kira 2 jam 20 minit itu aku isikan dengan makan pre-book meal, nasi
bryani dan tengok movie kat tablet. Setibanya aku di Bandara Ahcmad Yani yang
agak kecil tu, terus sahaja aku berbaris. Ruang berbaris ke sangat sempit dan
cuma ada 3 kaunter imigresen yang
dibuka. Oleh kerana aku keluar agak terkemudian, maka aku berbaris jauh di
belakang. Tempoh berbaris adalah lebih 1 jam! Lenguh berdiri.
Orang ramai, tapi kaunter imigresennya cuma ada 3 sahaja, so lama la kena beratur!
Barang diingat, waktu di sana
lewat sejam daripada waktu malaysia .
Jadi pesawat Air Asia mendarat jam 8.35 pagi. Setelah pemeriksaan imigresen
& kastam beres, aku melangkah keluar dari pintu ketibaan hampir jam 10
pagi. Aku terus ke kaunter teksi dan beli kupon. Tambang teksi ke hotel yang
terletak di Jalan Imam Bonjol ialah 35k rupiah. Perjalanan ke hotel mengambil
waktu hampir 20 minit.
on the way ke hotel, tambang teksinya 35k rupiah
Hotel tu aku dah tempah lima hari lalu, tapi cuma untuk satu malam
saja. Aku booking tu pun macam kelam kabut, so tak tau kondisinya macamana tapi
harganya murah termasuk breakfast, jadi cukup la untuk sehari je. Nama hotel tu
Hotel Olympic. Ratenya 150k rupiah satu malam untuk bilik twin-single. Ok jugak
la hotel ni. Ada
aircond, meja kopi, tv dan hot shower. Yang tak bestnya, bilik tu takde tingkap
dan takde selimut. Mujur la kulit aku tebal macam badak *sambil nanges meraung
dalam zoo*
Sampai je kat hotel dah nak pukul 10.30 pagi. Beruntung la
aku sebab pihak hotel kasi check-in awal, sebelum pukul 2 petang (waktu normal
check-in) tanpa sebarang bayaran tambahan. Tapi sebelum tu aku sempat mintak
pihak hotel uruskan untuk dapatkan kereta sewa sekali dengan pemandunya.
Akhirnya, selepasa perbincangan dibuat, aku berjaya mendapatkannya dengan caj
350k rupiah (tidak termasuk minyak & makan supir). Half day tour. Supir
datang sejam kemudian. Namanya Asep.
Rencana aku, dengan menyewa separuh hari, dapatlah melawat
sekitar kota semarang .
Destinasi pertama aku adalah ke Demak. Menarik kah?
Demak terkenal dengan penapakan islam di nusantara ini. Jadi ada beberapa kesan
sejarahnya. Di sini terdapat masjid tertua yang di bina di Semarang . Masjid itu masih utuh dan masih
dikekal ciri-ciri asalnya meskipun dibuat sedikit renovasi. *macam ayat buku
pulak*
solat jumaatku di masjid tertua, semarang
senibina masjid
Demak terletak kira-kira 25km daripada kota semarang. Perjalanan ke sini agak lancar dan setibanya aku di sini, azan mula berkumandang. Aku dan supir segera ke tempat mengambil wudhu' yang terletak di sebelah kanan Masjid Agung Demak ni. Supir menyarankan aku supaya menyimpan kasut menggunakan khidmat kupon. Kasut akan diikat dengan gelang getah serta ditandai dengan sistem kupon bernombor. Jika kita mahu dapatkan semula kasut/selipar, sila tunjuk kembali kupon yang diberi pada penjaga kupon dan berikan sedikit sedekah kepadanya (masukkan sahaja wang dalam kotak/tabung yg disediakan).
Khutbah jumaat pastinya dibaca dalam bahasa indonesia, tetapi masih bercampur-campur sedikit dengan bahasa jawa. Sesudah bersolat, wirid yang dibaca amat lah panjang. Surah alfatihah sahaja dibaca sebanyak tujuh kali. Itu tidak termasuk surah lain sebagai wirid.
Oh, ya.. baru aku perasan bahawa terdapat solat jenazah berjemaah dibuat antara azan dan khutbah sama seperti di mekah. Aku masih ingat, ketika di mekah dulu, setiap kali sebelum solat wajib pastinya akan dijalankan solat mayat berjemaah terlebih dahulu. menarik bukan?
Masjid Agung Demak
Setelah solat, aku menuju ke arah museumnya. Tapi masih terkatup rapat pintunya, yang ada cuma papan pameran di sebelah luarnya. Aku mula menyibukkan diri membaca fakta demi fakta tentang masjid ini. Meskipun tak dapat menghadam kesemua informasinya, namun masih dapat tahu sedikit sebanyak sejarah Masjid Agung Demak ini. Yang nyata, aku gagal memahami susur galur pemerintahan raja islam di sini. Banyak sangat nama yang panjang-panjang untuk diingat & dihubungkait dalam masa yang singkat!
Usai solat, aku terus ke bahagian kanan masjid. Ada papan informasi tentang masjid di situ
maka, aku tau sikit-sikit tentang sejarah masjid agung ini
Ada makam juga di sebelah papan pameran itu
Antara info yang ada
Actually, kat sini ada museum tapi masih berkunci. Lambat sikit dibuka.
Lagi gambar makam. Aku tak kenal, tapi mereka ni kalau tak silap raja & kerabatnya
Jom masuk ke museum. Museumnya tak ada la besar mana pun. Tiada bayaran dikenakan tetapi terdapat kotak sumbangan di bahagian pintu masuknya. Sedekah la sedikit demi memakmurkan lagi ketuanan islam di nusantara. *Perghh..ayat tak boleh blah..haha
Model miniature Masjid Agung Demak yang terdapat dalam museum
Ziarah ke makam
Peninggalan beberapa bahagian pada masjid yang sudah usang
Makam lagi
Bekas Soko iaitu antara tiang utama dalam masjid. Sangat besar.
Ada juga bedug dalam museum ni
Pelan masjid
Naskhah Quran lama juga dipamerkan di muzium
Sebelah muzium ada kolam ini
Museum dibuka agak lewat sedikit selepas solat jumaat
Segala jenis makam tu berada di luar museum, bersebelahan museum sahaja. Aku tak lama kat makam ni, ada yang datang ziarah ke makam sambil mensedekahkan surah yassin.
Masjid agung diambil gambarnya dari penjuru museum
Lihat bumbung masjid tu, ada tiga lapisan. Ianya melambangkan Iman, Islam dan Ihsan
Sebelum beredar, sempat lagi snap gambar masjid..
Masjid Agung Demak dari kejauhan
Supir tak ikut aku masuk ke museum tu, dia cuma tunggu di keretanya saja. Puas aku melilau dalam museum dan sekitar kawasan masjid, aku menapak ke tempat parkir kereta. Perut sudah terasa lapar, jadi aku suruh aja pak supir bawa ke restoren yang terdekat. Supir membawa aku ke sebuah rumah makan yang terletak tidak jauh dari destinasi lawatan aku seterusnya.
Lunch dulu sebelum bergerak ke Makam Sunan Kalijaga. Lauk di atas namanya adalah garang asem.
Aku mencuba nasik putih dan berlaukkan garang asem, serta es teh. Garang asem adalah masakan yang agak terkenal di sana. Ayam kampung dipotong kecil-kecil dimasak bersama santan, belimbing buluh, tomato, bawang besar, cabai dan beberapa bahan lain dengan cara dikukus dalam bungkusan daun pisang. Rasanya seperti gulai putih asam tapi aroma daun pisangnya cukup membangkitkan selera.
Setelah perut kenyang, kaki terus di bawa melangkah ke Makam Sunan Kalijaga. Banyak sekali pengunjung yang datang ke sini untuk 'ziarah'. Beberapa buah bas yang membawa pengunjung turut memenuhi kawasan parkir.
Kata supir, sudah menjadi kebiasaan penduduk jawa datang ziarah ke makam ini. Mereka datang dari setiap pelusok indonesia. Makam ini dianggap suci. Aku mula rasa sangsi. Dah macam kurafat pulak aku rasa. Jom kita tengok apa yang dikatakan 'ziarah' tu..
Lorong menuju ke Makam Sunan Kalijaga
Kiri kanan penuh dengan gerai jualan sebelum tiba ke Makam Sunan Kalijaga.
Jubah, kopiah, kain sembahyang dan banyak lagi item berunsur religi-islamik dijual di sini
Jumpa kubur dulu sebelum sampai ke makam
Lagi gambar perkuburan
dan kubur lagi..
Nak masuk ke makam ni, ke bukak kasut/alas kaki. kemudian kena menapak dulu. Sepanjang perjalanan ke makam tu, aku lalu kawasan kubur. Oleh kerana memasuki kawasan kubur, aku hanya mampu bersedekah alfatihah saja.
Sampai je kat makam tu, memang penuh dengan umat manusia. Ada pula pakcik yang sedang membakar setanggi kat situ. Pastu kat sebelah kanan makam, ada pakcik yang sibuk menuangkan air yang dicedok dari telaga dan dimasukkannya ke dalam botol.
Air telaga yang dianggap suci, dibotolkan..
Makam tu dikatakan terletak dalam kamar tertutup. Aku cuba juga mahu intai melalui sebuah pintu yang dibuka tetapi tak berpeluang kerana terlalu sesak.
Pengunjung yang datang ziarah kelihatan membaca yassin. Ada juga membaca sesuatu yang aku kurang jelas sebutannya. Yang pasti bukannya surah yassin atau al-mathurat. Pelik bacaannya. Puas aku pasang telinga, tapi masih tak dapat mengerti apa dibaca oleh segelintir mereka.
Makam Sunan Kalijaga terletak disebalik bangunan tu
Tak lama aku kat situ. Sampai je di kereta, pak supir terus menyapa aku.
"Bapak nggak mohon apa-apa?"
"Minta aja ditemukan jodoh segera", dia tersenyum
Aku terdiam seketika. Dalam hati, diam-diam aku bermonolog, kalau mahu mohon hajat..lakukan saja solat hajat dan berdoa kepada Allah. Tak perlu datang ke makam ini. Kemudian aku berseloroh;
"Jangan dimohon, jika termakbul, dikhuwatiri jodohnya bukan 1, tapi langsung dapat 4"
trip bercuti / percutian ke semarang bersambung lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan