Alamak, baru nak tulis entry ke? Haha. Walaupun banyak cerita nak dikongsi, tapi jemariku tersangat lah malas nak menaip. *matila..salahkan jari*
Okey, pameran Raja Kita yang berlaku di Istana Lama, Kuala Lumpur sebenarnya telah berlangsung sejak 16 April yang lalu dan akan berakhir 15 Jun nanti (maap kalau silap info).
Aku mengambil kesempatan ke sana dengan menggunakan tiket penerbangan promo Air Asia yang telah dibeli sejak tahun lepas. Murah. Cuma RM41 pegi-balik Sibu ke Kuala Lumpur. Meskipun tiket dibeli awal, perancangan ke pameran ini adalah 'kebetulan'. Mudah kalau ke Kuala Lumpur, sebab ada rumah kakak aku sebagai tempat menginap. hehe..
Pagi-pagi lagi, kami bergerak ke tapak pameran. Kami datang bertiga, kakak & anaknya serta aku la.. Parking memang takde problem, sebab kami sampai awal. Hampir-hampir pukul 9pagi kami dah terpacak di situ. Nah, sedikit gambar sebagai tatapan korang. *sambil berlagu...RAHMAT BAHGIA, TUHAN KURNIAKAN, RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA..*
Seterusnya, kami ke rumah sedara yang berada di segambut untuk meraikan hari perkahwinannya yang jatuh pada cuti hari wesak. Tak sia-sia aku beli tiket flite ni. Adios!
Okey, pameran Raja Kita yang berlaku di Istana Lama, Kuala Lumpur sebenarnya telah berlangsung sejak 16 April yang lalu dan akan berakhir 15 Jun nanti (
Aku mengambil kesempatan ke sana dengan menggunakan tiket penerbangan promo Air Asia yang telah dibeli sejak tahun lepas. Murah. Cuma RM41 pegi-balik Sibu ke Kuala Lumpur. Meskipun tiket dibeli awal, perancangan ke pameran ini adalah 'kebetulan'. Mudah kalau ke Kuala Lumpur, sebab ada rumah kakak aku sebagai tempat menginap. hehe..
Pagi-pagi lagi, kami bergerak ke tapak pameran. Kami datang bertiga, kakak & anaknya serta aku la.. Parking memang takde problem, sebab kami sampai awal. Hampir-hampir pukul 9pagi kami dah terpacak di situ. Nah, sedikit gambar sebagai tatapan korang. *sambil berlagu...RAHMAT BAHGIA, TUHAN KURNIAKAN, RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA..*
Akan ketemu bahagian ini dulu sebelum melangkah ke tapak pameran
sebelah kiri roundbout tu, tempat parkir kereta raja. (tiada dlm gambar)
Banting & banner bertaburan di perkarangan masuk istana
Kat bahagian dalam bilik pameran. Semuanya tentang raja & pasal YDP Agung
Kat dinding pula ada terpampang gambar YDP Agong sejak dulu sampai sekarang
Pakaian ketika perlantikan YDP Agong
Barangan koleksi YDP Agong sekarang turut dipamerkan
Barang kebesaran Di-Raja
Koleksi jam yang pernah dipakai oleh YDP Agong
Baca lebih lanjut tentang koleksi jam di sini
Walaupun masih awal pagi, pengunjung tetap ramai!
Pakaian permaisuri
Cuba teka, gerangan siapa empunya passport?
Ini juga..
err.. lupa dah. apakah ini?
pertanyaan ku berterusan..???
Bunga Emas. masih ingat pasal ufti dalam sejarah buku sejarah melayu?
ruang pameran tentang negeri2 & institusi beraja
wajah-wajah YDP agong kita..
Apakah ini? Bersaiz melebihi satu hasta panjangnya. Inilah cop mohor!
jubah konvo pun ditayangkan jugak!
Singgahsana. daulat tuanku..
Barang kebesaran Di-Raja
tulen tau semua ni..
Cokmar. tau tak apekah fungsinya?
Singgahsana difokus lebih dekat..
Korang tengok tak pertabalan YDP Agong tempoh hari? aku tak.. ceh, sibuk tanya orang lain kan?
Pingat kebesaran
Lagi..
Ketika majlis pertabalan (baca kat ruang pameran aje)
layan aje la.. letih nak tulis caption..
Finally, hampir sejam mengumpul maklumat dalam kepala & mundar mandir dalam bilik pameran, akhirnya aku pun keluar. Oppss..lupa nak bagitau, kena bayar rm3 sekiranya korang amik gambar dengan kamera henpon & rm5 dengan kamera biasa kat dlm bilik pameran. Apepun, memang santai la..
Seterusnya, kami ke rumah sedara yang berada di segambut untuk meraikan hari perkahwinannya yang jatuh pada cuti hari wesak. Tak sia-sia aku beli tiket flite ni. Adios!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan