nuffnang

NUFF

Khamis, 26 April 2012

REVIEW: HOTEL BAHAGIA, KUAH LANGKAWI

Hotel ni bukan lah hotel mewah tapi memadailah kalu sekadar nak bermalam. Kalu untuk honeymoon, better ambik hotel lain kerana lokasi hotel ni tak beri kesan romantik langsung! Tapi kalau korang nak buat bajet honeymoon, dipersilakan..

Front desk - Bagi aku macam kurang mesra sikit hotel ni sebab akak yang jaga kaunter tu mencuka aje muka. Tak tau la kenapa macam tu, may be aku kasi muka kalut kot. Iye la, sampai aje kat kaunter aku sibuk cari kertas print-out booking tu. Tapi dia buat kerja lancar jugak la..

Kemudahan - Hotel ni ada sediakan lif. Tapi cuma satu je, apepun aku tak perlu lelah utk panjat tangga. Dobi? aku tak pasti.. tapi ada kaunter travel agen sebelah front desknya. senang la korang nak pergi pulau payar, tak perlu susah cari travel ejen luar. meeting room ada kat tingkat atas.

Hotel Bahagia Langkawi
78 Persiaran Bunga Raya
Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
04-9698899

klik peta utk lihat saiz besar


Bilik - Aku memang booking katil twin ni. Biliknya agak sempit. satu aku guna untuk tidor dan satu lagi sebagai tempat solat. Penunjuk arah kiblat memang dah diletak dlm bilik. Baca caption kat setiap gambar sebagai rujukan. Overall, katilnya tak terlalu keras, bantal empuk dan agak terhad ruangnya.

Bilik ni kecik, cepat aje aircond menyejukkannya..

nampak tak tingkap fogged tu. kalau diintai, sebelahnya tu bilik mandi.. so, seronokkah kalau nak mandi walaupun cerminnya dikaburkan sedikit?

Ada tv. tapi macam tak berapa clear aje..














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...