Sambutan hari guru tahun ini disambut agak meriah jugak la. Sambutan ini ditunda pada 23 Mei kerana pada 16 Mei yang lalu, peperiksaan pertengahan tahun peringkat sekolah berjalan dengan rancaknya. Rancak? hehee..
Tahun ni, kami buat sambutannya dalam bentuk sukaneka. Sukaneka ini dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan sokongan sekolah seperti PPM, penyelia asrama dan lain-lain. Kutipan dibuat sempena menyambut hari yg meriah ini. Rm10 utk para guru & rm5 utk kakitangan sokongan. Dan hasilnya..
Persembahan poco-poco sebagai pembuka tirai. Kemudian cikgu-cikgu pulak kena ikut serta!
selepas ucapan & protokol rasmi, majlis dihangatkan dengan acara sukaneka. ada 10 acara semuanya.
oh, tidak kami didera.. oh my english! tetiba je kan..
Untuk menambah perisa, kami dikelaskan kepada 4 kumpulan bersama-sama tukang kebun, jaga sekolah & murid-murid terpilih(pengawas sekolah) sebagai rakan sekumpulan. Kumpulan diberi nama unik iaitu Angsa Ganas, Beruang Comel, Cimpanzee Miang dan Dugong Gatal. hahaha...
Acara di atas adalah acara paling meletihkan & menyeksakan kaki. Apepun acara yang dipertandingan pasti mengundang hilai tawa.
eh, aku ada gak. time ni kusyuk isi air dalam botol. Yang pasti, kumpulan aku tetap dapat tempat terakhir! haha..
Walaupun disambut agak lewat iaitu pada 23hb Mei, best la jugak..
err, ada lagi sambungan citer pasal hari guru ni sebab ianya disambut sekali dengan majlis perpisahan rakan seperjuangan ku, sila baca seterusnya di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan