nuffnang

NUFF

Selasa, 20 September 2011

TRAVEL: VIENTIANE, LAOS (PART 1)

Sempena cuti Hari Malaysia (16sept) yang lalu, alhamdulillah percutian aku ke vientiane, laos akhirnya termakbul.. sebenarnya terdapat beberapa aral sepanjang percutian ni. Baiklah, aku mulakan dengan rentetan di mana bermula dari persiapan sampailah aku selamat pulang ke tanah air.

15 Sept, Khamis
- Aku dah siap-siap mintak cuti terlebih dahulu. Awal pagi lagi aku dah bertolak ke airport sibu.
- Flite yang sepatutnya pukul 10.20 pagi, delay.. masa ni aku berharap sangat supaya sempat connecting flite ke vientiane(pukul 3.05 pm!).
- Akhirnya tepat jam 12.35 baru flite sibu-kl berlepas. Mujur aku dah buat web check-in. Setibanya di Lcct (dalam 2.30 pm), aku berlari-lari anak untuk sampai ke pemeriksaan imigresen/kastam. Dah la jauh nak sampai situ & fuhh..ramai pulak orang beratur!
- Setibanya aku di waiting hall, terus aku beratur.. ketika tu tinggal 15 minit sebelum boarding.
- Tengah beratur, rupa-rupanya aku beratur bersama-sama penumpang yang akan ke Bandung. Aku pelik, sebab gate T9 ni sepatutnya ke Laos..
-Actually, flite ke Vientiane delay daaa.. aku tak tengok kat skrin. Dijangka kul 4.20 pm baru berlepas. So, tunggu lagi la..
- Akhirnya jam 5 lebih baru flite tiba dan hati aku rasa sedikit tenang.
- Penerbangan itu mengambil masa lebih kurang 2 jam 40 minit. Pendaratan aku di Vientiane disambut dengan cuaca hujan renyai-renyai.
-Setibanya di Airport Wattay(VTE) aku terus tukar USD 100, dapat 800,000 kip dan kemudian ke kaunter teksi membeli kupon sejumlah USD 7 untuk ke hotel.
- Pukul 7.05(waktu tempatan) ~Waktu M'sia=8.05pm tiba di depan hotel. Di sapa oleh penyambut tetamu dengan kata 'Sabaidee..' maksudnya hello/hai. Request bilik yang ada tingkap, tapi tak dapat..
- Kat luar hotel masih hujan, jadi aku bukak tv dan mandi dulu, then solat, kemudian.. zzzZZ zZZzz!

Hotel Princess Lane Xang ni bercirikan modern kontemporari. Kat lobby ada internet free via PC. Ada 3 PC disediakan di lobby. Bilik aku aras 3. Lif disediakan.

Bilik dilengkapi tv lcd, meja kopi, peti ais, hair dryer, cerek letrik, safety box, almari, pyjamas & wifi free.

16 Sept, Jumaat (Selamat Hari Malaysia!)
- Aku bangun awal, sempat masak air & buat air kopi. Hujan masih renyai-renyai kat luar.
- Pukul 7.00am baru aku turun ke lobby untuk sarapan (memang disediakan oleh hotel). Aku tengok menu. Ada menu western, local dan continental. Sarapan kat sini memang tak halal. Siap ada menu fried rice with pork! yekkss..
- Jadi aku terpaksa minta 2 biji telur ayam rebus dan jus oren sebagai sarapan. kira sebagai alas perut je..
- Selepas breakfast ringkas itu, kaki aku terus melangkah keluar hotel. Hujan masih rintik-rintik. Aku redah juga. Takkan nak berkurung dalam bilik kan?
- Aku menuju ke Patuxay, sebuah gerbang mercu tanda kemerdekaan bagi Laos. Hujan terus membasahi baju ku. Walaupun jaraknya lebih kurang 400m dari tempat menginapku, terasa agak jauh kerana hujan masih renyai-renyai menimpa si pejalan kaki cekal itu!
-Trafik agak lengang. Cuma agak sibuk di bulatan sekitar Arca Patuxay. Di situ aku bergambar sepuas-puasnya.
Patuxay disimbahi kerenyaian hujan

Patuxay terletak di penghujung(bhgn utara) Avenue Lane Xang

Kadang kala hujan lebat seketika. Terpaksa aku berteduh di bawah pondok hentian bas

Pemandangan dari sudut sebagai pejalan kaki (menuju ke Patuxay)

See. Tak sesak pun jalan raya kat sini.

Bergambar depan Patuxay. Patuxay ni adalah gabungan seni bina tempatan (buddha + hindu) dan perancis.

Terletak dalam roundabout yang besar. Patuxay tersergam indah.

Dihiasi taman, dan ada semacam gerai makan kat sini. Aku tak masuk pun.

Ada juga kolam pancuran air dalam taman di Patuxay tu.

Bendera Laos berkibar di hujung taman ini.

Gong perdamaian dunia disumbangkan oleh republik Indonesia. Tak sangka ada juga benda cenggini kat Laos.

Penggunaan Bahasa Melayu untuk terjemahan World Peace Gong!

Walaupun hujan. Masih ramai pengunjungnya.

Keindahan Patuxay. Walaupun warna agak luntur, namun menambahkan ciri-ciri 'kelihatan berusia'

Baca sendiri la. Jangan baca yg bahasa Loa, pasti korang tak faham..

Kenapa senget aku amik gambar ni?? hehe..

Kesinambungan unsur buddha dan hindu..

Usang sungguh tangga ni untuk naik ke atas gerbang Patuxay ni. Kena bayar tau. Kalau tak silap 2,000 kip.

Seni ukir & bina pada perabung gerbang itu.. meriah!

Intai dari lubang di celah-celah tangga.

Aras satu. Ada orang jual cenderhati. Harga standard. Sila tawar-menawar dulu sblm beli.

Tingkat 2. Hujan dah stop kejap masa ni..

Pemandangan dari tingkat atas Patuxay.

Uishh.. buruknya. Bila la kerajaan diorang ni nak renovate balik ni..

Tangga turun, tapi masih ada satu tingkat lagi..

Pandangan belakang Patuxay dari atas..

Ada lagi orang berjual pada aras ni..

Dah berlumut Patuxay ni. Anyway, cantik juga..

Tangga pusing ke aras paling tinggi!

Pemandangan dari aras tertinggi. Aku zoom ni..

Ni kalau aku tak zoom.. ada penghalang/jeriji besi.

Banyak juga pilihan kalau nak beli servenir kat sini. Rugi aku tak beli kat sini..
Part 2- Aku ke That Luang dan lain-lain tempat. That Laung - Simbol kerajaan Lao PDR. Sila klik part 2

(bersambung part 2..)


3 ulasan:

  1. Salam,sy nk btanya, utk msk ke laos perlu kan visa x? If perlu, brp caj nya ya? Thankss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, saya bukan empunya blog, namun ada pengetahuan nak jawab. Tiada visa untuk 30 hari untuk memasuki Laos.

      Padam
  2. Terima kasih atas posting tuan, insya Allah kami (saya dan beberapa sahabat) akan ke Vientiane pada 30 Ogos 2014 dengan menaiki penerbangan AirAsia dan pulang ke Malaysia dengan menaiki bas melalui Bangkok dan Hat Yai. Jika berminat boleh hubungi saya... (mencari seorang lagi pengembara wanita pasal ada peserta tunggal wanita, kesian pula dia).

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...