nuffnang

NUFF

Khamis, 8 September 2011

SALAM EID UL-FITR

Salam aidilfitri buat semua pembaca. Dalam kemalasan, aku update juga blog ni. Sebenarnya dah lama aku nak update..sebelum cuti hari raya baru ni. Jadi cerita kali ni tentang peristiwa sebelum raya la. hehe..

Sebelum aku mulakan citer ni, aku nak mengeluh sikit; kenapalah cuti hari raya sekali ngan cuti penggal persekolahan? sikit aje la cuti maknanya!

Seperti biasa, aku dah tempah tiket flite awal-awal kalau nak balik bercuti ni. Aku amik flite Firefly pergi-balik. Sebelum aku meninggalkan bumi kenyalang untuk cuti berhari raya, sempat lagi mengadap buffet ramadhan kat Merdeka Palace. Fuhhh.. banyak pilihan makanan! Rasa macam nak rembat semua. Nasib baik puasa masa tuh. Tapi masih menggila juga bila time ambil hidangan tu. hahaha.

Cuba lihat pinggan aku ni, penuh dengan bermacam-macam lauk. Semua aku nak rasa, so ambik sikit-sikit setiap juadah. Nasib baik habis jugak dibedal oleh aku!

Rakan kongsi gelap yang turut serta men-join buffet buka puasa ni.. meja memang full la masa ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...