Ape hal pulak ni? pelik jer bunyi tajuk entri kali ni.. sebenarnya aku nak bagitau yang air-cond keter aku dah kebocoran. Ianya berlaku dua minggu sebelum cuti hari raya mula baru-baru ni. Mujur bukannya compressor yang rosak, cuma bahagian cooling coil nya saje yang bocor. Mungkin ada batu atau something yang keras terlekat pada pada saluran/coil tu serta bergesel-gesel sehingga menyebabkan ianya bocor. Maklumlah, jalan ke sekolah aku bukannya berturap. Berbatu-batu. Ada yang bersaiz kecil dan besar.
Lama jugak la tunggu diorang ni welding cooling coil aku yang bocor tu. Lebih 2 jam sebab dia terpaksa hantar ke kedai lain utk welding!
Pada mulanya, aku nak bawak aje pegi pusat servis proton, tapi jauh.. kat sibu dan paling membebankan, nak cari waktu yang sesuai. Bukan sekejap nak repair ni.
Akhirnya aku pegi Sarikei, terus cari kedai yang specialist dlm air-cond & cooler keter. Ada, kat area Nyelong berhadapan dengan wisma jubli emas. Aku cuma mintak bahagian yang bocor itu di-welding-kan sahaja & diisikan semula gas yang hilang tu. Ka-chingg!! RM 95 ku melayang. Anyway, secara relatifnya masih murah la.. kalau habis RM 500 ke, kering la aku..hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan