nuffnang

NUFF

Isnin, 7 Februari 2011

EXPRESS BOAT: KCH-SARIKEI

Inilah pertama kali aku naik bot ekspress yang merentasi perairan laut kuching menuju ke sarikei. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 3 jam itu perlu melalui muara sungai sebelum memasuki laut lepas dan kemudian memasuki semula muara sungai berbakau sekali lagi. Bagi sesetengah penduduk Sarawak, mungkin biasa sahaja menaiki bot ekspress ini, tapi bagi aku ianya cukup memberi sedikit pengalaman baru dalam hidup.

Bot Ekspress Bahagia membawa penumpang dari Kuching ke Sibu. Ada TV. Biasanya mereka memainkan DVD. Waktu aku naik, diorang pasang citer James Bond (yang lama).

Aku meninggalkan pusat bandar Kuching kira-kira pukul 7.30 pagi menaiki teksi ke Terminal Bot Ekspress di Pending. Sebanyak rm20 sbg kos pengangkutan menggunakan teksi ke situ. terdapat juga perkhidmatan bas, tapi aku belum pernah cuba lagi. Lebih kurang pukul 8.30pagi, bot mula bergerak ke arah destinasinya, iaitu ke Sibu di mana Tanjung Manis dan Sarikei merupakan transit/persinggahan pengambil-menurukan penumpang.

Seat first class menjadi pilihan aku. Rm40, manakala rm35 bagi busness class. Gelombang laut mula terasa sebaik sahaja bot memasuki perairan laut china selatan. Terumbang-ambing bot dipukul ombak ke kiri dan ke kanan. Maklumlah ketika itu, cuaca agak mendung diikuti hujan rintik-rintik sebaik tiba di kawasan laut.

First class (gambar atas), seat lebih luas, ada rest-arm(lapik lengan) dan move-back seat (kerusi boleh-baring). Ianya terletak di deck atas. Namun, Business class(gambar bawah) pun sudah cukup selesa.

P/s- Jangan lupa pakai baju yang tebal-tebal sikit bila naik bot ekspress ni, sebab air-cond nya cukup sejuk. Korang boleh juga cuba merasakan hembusan angin (agak kuat/kencang juga) di bahagian terbuka atas deck.

1 ulasan:

  1. Masih beroperasi tak terminal bot Express di pending kucing tobsibu?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...