nuffnang

NUFF

Selasa, 16 Mac 2010

TURUN BERAT BADAN

Sebenarnya, aku malas nak tulis pasal kisah ni. Malu nak bagitau berat badan aku kepada umum. Hahaha.. Tapi lepas aku pikir balik, tak kisah pun.. Yang penting aku dah ada rekod peribadi yang akan menjadi rujukan pada masa hadapan. Hehehe..

Ok lah. Pada tahun lepas, aku dengan menggila melantak makanan menyebabkan aku menghampiri garisan obesiti. Berat aku sehingga akhir bulan januari tahun ini adalah..jeng,jeng,jeng.. Iaitu 87kilo! Masa kat U dulu around 75kilo je..

Jadi aku telah memulakan program diet selama sebulan (actually 25 hari je). Bermula awal bulan februari tahun ni.. Dan kesannya, aku turun 10 kilo! Berat aku sekarang 77 kilo. Sikit lagi nak capai berat badan ideal.. Korang nak tau cemana aku berjaya kurangkan berat badan 10kg dalam masa sebulan? Aku memang tak guna langsung pil diet atau pil pelangsing!

Kaedah yang aku guna; gabungan diet dan senaman! Di sini aku tulis rahsianya. First time aku berdiet tau!

DIET
*aku cuma kurangkan kuantiti nasi dan kurangkan makanan berkalori tinggi
*makan tengahari dan malam tetap aku ambil
*minum air masak banyak2 waktu awal pagi. Tak lapar pun kalau tak breakfast.
*aku tak makan benda yg mengarut macam cekedih (jajan) dan biskut pun aku makan sepanjang diet.
*banyakkan makan sayur dan buah. Bila lunch or dinner makan banyak2 sayur utk menggantikan nasi yg telah dikurangkan.

BERSENAM
*I love jogging! Aku jogging everyday almost 2kilometres!
*mula2 rasa letih sgt2 dan mcm nk surrender je.. Tapi mental mesti kuat utk lawan tu semua!
*minum air sejam lebih awal sebelum pegi jogging.
*jangan jogging sebaik sahaja lepas makan. Aku dah terkena skali. Semput weyyhh..
*aku jogging lebih kurang 15-20minit tanpa henti tiap2 hari tau!

tu je disiplin aku sepanjang program diet aku. Kalau masuk the biggest loser, ada potensi aku nak menang. Wakakaka. Aku malu nak masukkan gambar kat sini. Kalau aku tukar fikiran, mungkin korang dapat lihat gambar comparison saiz aku..hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...