Walaupun entri ini agak lambat diupdate, aku kena masukkan juga kerana percutian ke langkawi ini merupakan percutian pertama kali yang menggunakan semua bajet daripada aku! Aku dan tiga orang lagi adik-adik yang lain telah bertolak ke Langkawi daripad LCCT pada selasa minggu lepas sempena cuti sekolah baru ni.
Aku dah booking tiket flight dan hotel awal-awal lagi untuk mendapatkan bajet yg murah.. nasib baik dapat hotel pada separuh harga! Aku sengaja memilih Hotel Helang kerana berdekatan dengan airport langkawi dan masa tu diorg tengah wat promosi.. Kami menginap di sana selama 3hari 2malam. Hotelnya sangat okey. Walaupun bersebelahan dengan airport, tapi tak dengar bunyi pesawat kerana setiap bilik dilengkapi dengan tingkap kalis bunyi.
Meskipun kami tak lama berada di sana, banyak jugak aktiviti yang telah dibuat. Mula-mula pegi ATMA batik centre, tak beli ape-apepun kat sana dan dapat lihat macamana batik dibuat. Lebih kurang batik terengganu je cuma motifnya je berunsur tempatan(corak habitat dasar laut & kepulauan mostly).
Yang ini, kami kat Underwater World. Banyak jenis ikan kat situ. Letih jugak round-round kat situ.
Ni pulak, kat Bird Paradise Park. Sikit je amik gambar, dah letih sangat.. Bukan sahaja ada burung kat sini, haiwan lain pun ada. Ada buaya, kancil, donkey dan lain-lain..
Pastu naik bot gi hutan paya bakau, package macam baru diperkenalkan kepada umum. Lama jugak kat sini, sempat pegi gua kelawar, sangkar ikan dan beri makan burung helang. Malas nak taip untuk cerikan aktiviti tu semua, korang tengok gambar dah ler.
Aaaa.. yang ni tempat wajib bila sampai Langkawi, Dataran Helang! Mesti bergambar kat sini. Takde ape-apepun, cuma sebagai mercu tanda je.. sempat juga gi beli cenderamata kat kedai ujung dataran tu.
Banyak lagi nak cerita, tapi..MALAS pulak. Dah ler lama nak mampos tunggu gambar di-upload. fuhhhh... hilang selera nak berblogging!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan