nuffnang

NUFF

Sabtu, 27 Mac 2010

LANGKAWI

Walaupun entri ini agak lambat diupdate, aku kena masukkan juga kerana percutian ke langkawi ini merupakan percutian pertama kali yang menggunakan semua bajet daripada aku! Aku dan tiga orang lagi adik-adik yang lain telah bertolak ke Langkawi daripad LCCT pada selasa minggu lepas sempena cuti sekolah baru ni.

Aku dah booking tiket flight dan hotel awal-awal lagi untuk mendapatkan bajet yg murah.. nasib baik dapat hotel pada separuh harga! Aku sengaja memilih Hotel Helang kerana berdekatan dengan airport langkawi dan masa tu diorg tengah wat promosi.. Kami menginap di sana selama 3hari 2malam. Hotelnya sangat okey. Walaupun bersebelahan dengan airport, tapi tak dengar bunyi pesawat kerana setiap bilik dilengkapi dengan tingkap kalis bunyi.

Meskipun kami tak lama berada di sana, banyak jugak aktiviti yang telah dibuat. Mula-mula pegi ATMA batik centre, tak beli ape-apepun kat sana dan dapat lihat macamana batik dibuat. Lebih kurang batik terengganu je cuma motifnya je berunsur tempatan(corak habitat dasar laut & kepulauan mostly).

Yang ini, kami kat Underwater World. Banyak jenis ikan kat situ. Letih jugak round-round kat situ.


Ni pulak, kat Bird Paradise Park. Sikit je amik gambar, dah letih sangat.. Bukan sahaja ada burung kat sini, haiwan lain pun ada. Ada buaya, kancil, donkey dan lain-lain..

Pastu naik bot gi hutan paya bakau, package macam baru diperkenalkan kepada umum. Lama jugak kat sini, sempat pegi gua kelawar, sangkar ikan dan beri makan burung helang. Malas nak taip untuk cerikan aktiviti tu semua, korang tengok gambar dah ler.


Aaaa.. yang ni tempat wajib bila sampai Langkawi, Dataran Helang! Mesti bergambar kat sini. Takde ape-apepun, cuma sebagai mercu tanda je.. sempat juga gi beli cenderamata kat kedai ujung dataran tu.

Banyak lagi nak cerita, tapi..MALAS pulak. Dah ler lama nak mampos tunggu gambar di-upload. fuhhhh... hilang selera nak berblogging!

Selasa, 16 Mac 2010

TURUN BERAT BADAN

Sebenarnya, aku malas nak tulis pasal kisah ni. Malu nak bagitau berat badan aku kepada umum. Hahaha.. Tapi lepas aku pikir balik, tak kisah pun.. Yang penting aku dah ada rekod peribadi yang akan menjadi rujukan pada masa hadapan. Hehehe..

Ok lah. Pada tahun lepas, aku dengan menggila melantak makanan menyebabkan aku menghampiri garisan obesiti. Berat aku sehingga akhir bulan januari tahun ini adalah..jeng,jeng,jeng.. Iaitu 87kilo! Masa kat U dulu around 75kilo je..

Jadi aku telah memulakan program diet selama sebulan (actually 25 hari je). Bermula awal bulan februari tahun ni.. Dan kesannya, aku turun 10 kilo! Berat aku sekarang 77 kilo. Sikit lagi nak capai berat badan ideal.. Korang nak tau cemana aku berjaya kurangkan berat badan 10kg dalam masa sebulan? Aku memang tak guna langsung pil diet atau pil pelangsing!

Kaedah yang aku guna; gabungan diet dan senaman! Di sini aku tulis rahsianya. First time aku berdiet tau!

DIET
*aku cuma kurangkan kuantiti nasi dan kurangkan makanan berkalori tinggi
*makan tengahari dan malam tetap aku ambil
*minum air masak banyak2 waktu awal pagi. Tak lapar pun kalau tak breakfast.
*aku tak makan benda yg mengarut macam cekedih (jajan) dan biskut pun aku makan sepanjang diet.
*banyakkan makan sayur dan buah. Bila lunch or dinner makan banyak2 sayur utk menggantikan nasi yg telah dikurangkan.

BERSENAM
*I love jogging! Aku jogging everyday almost 2kilometres!
*mula2 rasa letih sgt2 dan mcm nk surrender je.. Tapi mental mesti kuat utk lawan tu semua!
*minum air sejam lebih awal sebelum pegi jogging.
*jangan jogging sebaik sahaja lepas makan. Aku dah terkena skali. Semput weyyhh..
*aku jogging lebih kurang 15-20minit tanpa henti tiap2 hari tau!

tu je disiplin aku sepanjang program diet aku. Kalau masuk the biggest loser, ada potensi aku nak menang. Wakakaka. Aku malu nak masukkan gambar kat sini. Kalau aku tukar fikiran, mungkin korang dapat lihat gambar comparison saiz aku..hehehe

Rabu, 10 Mac 2010

PATIENT!

Itulah tajuk entri kali ini.. patient ada dua maksud, iaitu; pesakit dan maksud yang satu lagi adalah; bersabar.. jadi cuba korang translate ayat ringkas ni.. "I take care the patient patient". Jadi "saya menjaga pesakit yang sabar itu". Wakakaka..

hmmm..lupakan pasal ayat merapu tu. Go to the point! Sehari sebelum maulidur rasul, kawan sekerja aku telah terlibat dalam kemalangan. Sebuah four-wheel (iaitu Hilux) telah melanggar kawan aku secara bertentangan. Hancur remuk motorsikal kawan aku dan paling parah, kedua-dua tulang(radius & ulna) pada lengan tangannya patah! Dan aku telah menemaninya dari hospital saratok ke hospital sibu (kes orthopedik ni..) dengan menaiki sebuah ambulans. ni lah first time aku naik ambulans!


Ambulans yang membawa pesakit termasuk juga aku itu mengambil masa kira-kira 2 jam dan sungguh menyeksakan pesakit. Dah ler bawak laju, pastu siap terumbang-ambing kami berada di dalamnya.. Hahahaha. Nasib baik pesakit itu penyabar..berkerut muka tahan sakit!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...