nuffnang

NUFF

Selasa, 26 Januari 2010

BUAH PAKAN

Korang pernah dengar tak buah pakan? Kalau kat sarawak, memang glamor buah ni..orang sarawak kalau tak tau, taktau apa nak kata. Hehehe..

Buah pakan ni, rupanya macam buah durian. Biasanya datang dari hutan. Isinya berwarna jingga kemerahan dan isinya juga kurang lembut(agak keras sikit) berbanding buah durian biasa. Kat semenanjung aku tak pernah jumpa. Susah nak describe cemana rasa buah ni, rasa durian tetap ada sikit-sikit..


Aku pun sebenarnya, baru makan buah ni.. tahun lepas tak pernah cuba. Kawan aku beli buah itu di market/pasar dengan harga enam ringgit hujung minggu baru ni. Hmmm.. sebenarnya, aku boleh je mintak anak-anak murid ku bawa kan buah pakan dari kebun diorang, tapi agak segan nak mintak, takut membazir(manalah tau, tekak tak dapat telan rasa buah tu..hehehe).

Bagi aku, rasa buah pakan biasa saja.. not bad! Datang la sini kalau nak merasa buah tu. Perlu diingatkan juga, buah ni bermusim jadi pandai-pandailah pilih waktu seswai jika mahu merasa buah tersebut.

Isnin, 18 Januari 2010

ULANG TAHUN KELAHIRAN-KU

Sebenarnya aku malas sesangat nak update blog ni. Kalau aku update, selalunya aku akan upload gambar, tapi disebabkan internet kat sekolah terlalu lembap utk meng-upload gambar, maka aku batalkan aje niat tu.. jadi, entri kali ini takde gambar.

Mula-mula sekali aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada sesiapa yang wish hepi besday kat aku! tak kiralah melalui emel, SMS, YM, fb atau fs. Aduh, dah makin meningkat dah umur aku.. cepat benar masa berlalu.

Apa aktiviti aku sepanjang hari berbahagia tu? (eh,besday pun kena berbahagia gak! heheh). Awal pagi tu, aku cuba call menggunakan panggilan percuma(hotlink punya reward sempena besday)kepada beberapa geng, tetapi malangnya diorang mesti tengah buat taik mata di pagi ahad! Haahahaha.. nyesal aku try call diorang! Pastu aku gi pasar beli ayam, sotong dan sayur ditemani Zek untuk lauk tengahari (biasanya kitorang makan kat kedai je). Sebelum tu aku pegi pulun makan kat SugarBun sambil belanja orang! hehehehe..

Bila dah petang, aku kena masuk ke sekolah yang takde coverage telefon tu. Sempat lagi belanja orang yang aku tumpang ke sekolah tu. Hmmm, Ijan..tahun depan aku belanja lagi dan trimas kasi tumpang naik kereta ke grenjang.

Rabu, 6 Januari 2010

2010: SEMANGAT BARU!

Okey.. sekarang sudah 6 hari aku berada di bumi kenyalang sejak tahun baru 2010. Setibanya aku di Kuching setelah bertolak dari terminal LCC di Kuala Lumpur, aku terus menginap di sebuah hotel yang cukup selesa tetapi harganya sangat murah. Perlukah aku promosikan hotel itu di sini? Mungkin! Akan tetapi, aku tidak mahu mempromosikannya terlebih-lebih, cukuplah sebagai informasi yang berguna untuk dikongsi bersama. Hotel yang aku maksudkan itu adalah Tune Hotel. Hotel yang menawarkan penginapan bertaraf 5-bintang dengan caj yang amat murah (apabila ada promosi dengan menempahnya secara online!). Jadi, aku telah menempah double-room (with 1 Queen size bed) secara online dengan harga sekitar rm25. Murah bukan? kebetulan ketika itu merupakan hari cuti tahun baru, banyak kedai tutup dan aku cuma sempat ke shopping kompleks di sekitar kawasan hotel tu.

Sempat juga aku menonton wayang di The Spring, Kuching. Mujur aku sempat menonton cerita yang sangat best dan teramat-amat menarik iaitu AVATAR. Jalan ceritanya menyebabkan kita ternanti-nanti babak seterusnya dan aku tidak sedar bahawa hampir-hampir 3 jam wayang telah ditayangkan. Terlalu leka menghayati plot-plotnya!

Tinggalkan kisah-kisah itu dahulu. Pada 4 hb Januari lalu, secara rasminya sesi persekolahan 2010 bermula di sarawak. Pada mulanya masih terasa malas-malas untuk bertugas pada hari pertama, namun setelah melihat murid-murid yang bersemangat menjadikan aku kembali segar. Tambahan pula, untuk tahun ini aku berpeluang mengajar subjek sains! Sangat dinanti-nantikan.. Hmmm, lain kali aku sambung semula kisah duniaku yang tak sudah-sudah ni..

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TINGGAL 2009

Selamat tahun baru! Yeay..2010 dah bermula, maka sesi persekolahan pun akan berjalan pada 4hb nanti. Bila berbicara pasal tahun baru, mesti tak boleh lari tentang azam untuk tahun tersebut! Apa-apa pun, aku pun tak nak cerita pasal azam tahun baru aku kat sini, sama ada azam yang melibatkan hal peribadi mahupun pasal kerjaya. Semestinya seorang guru ada azam tersendiri untuk kerjayanya.. bagi aku, semua guru sepatutnya meletakkan sekurang-kurangnya satu azam terhadap proses pengajaran dan pembelajaran demi pelajarnya.

Tahun 2009 telah berlalu, hmm.. jadi aku muatnaik beberapa gambar pada hari terakhir persekolahan 2009.
Berkumpul, amanat guru besar dan majlis bersalaman untuk murid-murid tahun 6


Oh, hampir terlupa, pada hari terakhir itu juga, result UPSR telah ditampal pada papan kenyataan sekolah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...