nuffnang

NUFF

Khamis, 24 Disember 2015

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -4- Penginapan ala Traditional Korean Style

Dari Dusil ke Jagalchi station agak jauh juga. Sekitar 45 minit baru sampai ke destinasi kami. Sepanjang perjalanan, aku ambil kesempatan untuk merehatkan badan. Ya lah.. Pesawat berlepas tengah malam tadi, setibanya di busan terus bawa backpack menjelajah sehingga masuk ke waktu petang. Jet lag dan letih badan masih terasa.

pintu utama Sam Won Jang Motel
Penginapan yang kami pilih ni sebenarnya tempat tidurnya bercirikan tradisonal korea atau dikenali sebagai ondol. Kami tidur di atas lantai beralaskan tilam empuk. Tiada katil, cuma tilam sahaja. Lantainya telah diubahsuai di mana alat pemanas diletakkan dibawahnya.

Ketika zaman dahulu, orang korea menyalurkan wap/haba panas pada bahagian bawah lantai agar terasa lebih hangat ketika musim sejuk.

ini contoh bilik ondol yang sangat tradisional. Gambar ni bukan kat motel yang kami inap, gambar ni aku kidnap dari google. hehehe
Penginapan kami pada hari pertama hingga hari terakhir adalah berlainan jenis dan lokasi. Aku sengaja merancang sedemikian rupa supaya dapat merasai kepelbagaian variasi dalam menginap. Sebenarnya tindakan ni agak leceh sebab kami kena berpindah-randah dan mengusung beg banyak kali dalam siri jelajah kami!

Hari pertama - Menginap di area Jagalchi Market. Penginapan jenis ondol (tradistional korean style). Nama penginapan kami ialah Sam Won Jang Motel. OK. Penginapan jenis motel ni  korang boleh bayangkan sendirikan. Kelebihannya, lokasinya sangat dekat dengan Jagalchi (fish) market yang terkenal tu.

Hari kedua - Kami memilih penginapan asrama. Pilihan kami adalah 24Guesthouse Hauendae yang letaknya sepelaung sahaja dari pantai Haeundae. Hostel ni bersih dan agak baru. Lokasinya agak strategik kerana ianya juga tidak jauh dari stesen metro/subway Haeundae.

Hari ketiga - Yang ini adalah penginapan jenis biasa. Standard hotel biasa. Ada TV, aircond, coffee table, katil dan lain-lain lagi. IU Hotel yang terletak di Soemyeon kami pilih kerana lokasi yang berada tengah-tengah Busan dan jaraknya yang agak dekat dengan laluan ke Airport. Untuk ke airport Gimhae hanya perlu transit di Sasang (stesen pertukaran) sahaja sebelum tukar tren ke aiport.

Bagaimana kami boleh jejak kaki ke Sam Won Jang Motel untuk check-in? Senang saja, korang kena pandai baca peta yang kat bawah ni.

peta/map ke Sam Won Jang Motel
Part yang agak tricky untuk sampai ke penginapan ni adalah kami terasa macam was-was sikit bila masuk lorong yang agak sempit. Rupanya, memang betul lokasinya dalam lorong tu.

Proses check-in boleh dikatakan agak cepat juga. mungkin dia sudah menanti kedatangan kami. Penginapan ini ditempah awal melalui booking.com dengan harga 35,000 won per malam untuk bilik jenis ondol. Bila berkongsi berdua, terasa agak murah kan?

bilik kami kat tingkat atas..
Usai letak beg, kami mandi dahulu. Dari malam di malaysia hingga petang di Busan, kami belum mandi. Dah macam backpacker busuk kami berdua! Lepas ni, kami bersiap-siap mahu ke destinasi yang tidak patut dilepaskan bila berkunjung ke Busan.

tilam yang kami beradau di malam harinya.. tiada katil. selesa jugak..
antara kemudahan yang tersedia. bilik air letaknya kat sebelah tv tu..
Baiklah, entri ke destinasi seterusnya akan aku sambung dalam entri seterusnya. Terlalu banyak gambar yang aku snap kat sana.

Bersambung..

1 ulasan:

  1. Saya tinggal dua malam di Sam Wong Jang hotel ni... Lokasi memang berdekatan dengan banyak tempat tarikan cuma kedudukannya kat lorong...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...