nuffnang

NUFF

Sabtu, 18 April 2015

[TEACH] Terima Kasih SKNG Setelah Setahun Berlalu..

Setelah hampir setahun berlalu, ramai (pembaca blog ini) yang masih tidak menyedari bahawa aku tidak lagi mengajar di Sarawak!

Bulan April tahun lepas, tanpa diduga aku telah mendapat perkhabaran gembira iaitu pertukaran aku ke Terengganu diluluskan. Dalam kegembiraan itu, sebenarnya terselit rasa hiba untuk meninggalkan tempat bertugasku.

Lebih 5 tahun aku menyemai bakti di bumi kenyalang. Sekolah Kebangsaan Nanga Grenjang (SKNG) merupakan destinasi pertama aku mengajar setelah bergelar guru. 

Mula-mula aku jejak kaki ke SKNG, betapa peritnya kuterasa. Dilihat dari segi infrastrukturnya, jauh berbeza dengan sekolah-sekolah yang aku pernah pergi. Bukan untuk mencaci atau merendah-rendahkan mana-mana pihak. Hakikatnya, bangunan usang dan ruang kelas yang tidak menepati standard masih digunakan sehingga kini.

Hari-hari aku terpaksa mandi hari hujan yang ditadah dan sekali sekala terpaksa mandi sungai. Air hujan ditadah dalam tong biru yang besar melalui atap rumah. Kalau burung berak atau kotoran yang melekat pada atap rumah, bila hujan, maka semua itu akan sama-sama mengalir masuk ke dalam tangki biru tu.

Alah bisa tegal biasa! Kesukaran yang aku tempuh ni lama-lama dah jadi lali. Dari kesusahan mendapatkan air bersih, eletrik dari generator (jenset) yang boleh terputus bila-bila masa je 
(dan pernah kena catu bahan bakar jenset), siaran tv pun tak dapat (kecuali pakai astro), coverage telefon pun tiada, kena lalu jalan tak berturap hampir 30km untuk pergi dan balik ke sekolah, pekan terdekat kira-kira 50km. Ada lagi.. tapi letih nak senaraikan semuanya.

Ringkasnya, aku kena hadap semua tu hari-hari. Hujung minggu baru keluar ke pekan Saratok. Walaupun kuaters guru ada dalam sekolah, aku juga kena menyewa rumah di pekan. Rumah sewa di pekan Saratok sebagai tempat persinggahan pada hujung minggu dan tempat lepak/bermalam kalau kena hadiri kursus di pekan.

TAPI, di sebalik kesukaran ini, secara tak sengaja membentuk satu minat baru dalam hidup aku.. aku terjebak dengan hobi melancong/mengembara! Paling seronok, mengembara atau melancong sorang diri..

Kalau aku tak ditakdirkan bertugas di Sarawak, aku masih jakun dengan kapal terbang. Mungkin sampai bila-bila aku tak merasa naik kapal terbang. Mungkin. 

Bila dah selalu naik kapal terbang ulang-alik dari tanah semenanjung ke borneo akibat terperangkap dengan tiket promo Tony Fernandes, aku mula berjinak melangkah keluar negara dan tercetus hobi kembara sorang diri ni. See!

Passport biru (dokumen perjalanan terhad) yang selalu aku guna tu, kalau tak silap aku sudah ada lebih kurang 60 lebih cop imigresen keluar dan masuk ke Sarawak selama 5 tahun aku berkhidmat di sana! Gila kan?

Aku ingat, lepas aku pindah tempat bertugas ke Terengganu, nak kuburkan hobi aku tu.. tapi tak boleh uoll! Tangan masih gatal nak search/cari tempat menarik sebagai destinasi travel ku! Pantang ada tiket flight promo, mesti tengok! Cuma sekarang ni aku berjaya sekat daripada membelinya (walaupun ada juga yg bolos!) hahahaha..

Bosan kan entry kali ni? Mood aku nak berblogging akhir-akhir ni macam dah tak menyala seperti dulu. Bila agaknya roh kerajinan  nak menyerap dalam badan aku ni.

Hari terakhir..  di Airport Sibu. Terima kasih kepada rakan sekerja dan murid-muridku sekalian yg sudi hantar. Malas nak tengok gambar ni.. sayu pulak hati!

3 ulasan:

  1. Memang tak sedar dah pindah...tak habaq pun...

    Dah duduk semenanjung ni senanglah nak menyambung hobi tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sengaja x nak habaq. Konon-kononnya nak buat surprise, tapi hambar rupanya..

      Entah la, sejak pindah ke semanjung rasa berat nak sambung hobi tu. *dalam hati kata mau, tapi tak nak terima kenyataan..

      Padam
  2. ya! saya juga menantikan apa kesudahan perjalanan cikgu ZZ di bumi sarawak.Dan akhirnya.... menanti catatan tentang kesudahan di sekolah SKNG dan pengalaman di sekolah baru. harap dapat kongsikan

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...