nuffnang
NUFF
Khamis, 6 Mac 2014
Rabu, 5 Mac 2014
[TRAVEL] Short Trip Ke Krabi (Part 4) - Hari Terakhir & Penginapan
Sambungan dari kisah - Misi Mencari Sarapan Murah Di Ao Nang
Mula-mula memang aku terfikir nak pergi ke Krabi Town naik tuk-tuk, tapi aku rasa macam buang masa pulak semata-mata nak cari cenderamata kat sana pada pagi ahad (23 Feb) tu.
Jadi aku batalkan hasrat tambahan pula aku dah servey harga beberapa cenderamata kat Ao Nang. Lagi pun aku belum habis teroka Ao Nang ni terutamanya pantai di sebelah Utara Ao Nang.
Makanya, selepas bersarapan dan mandi siap-siap, aku meneruskan langkah ke Pantai Ao Nang. Kedai-kedai masih lagi tutup. Aku melangkah menghala ke Pantai Nopparathara. Jauh aku kena menapak. Memula aku fikir nak naik tuk-tuk, tapi rugi juga kalau tak menghayati pemandangan sambil berjalan santai.
So, aku ambil keputusan brjalan kaki. Jauh memang jauh. Lagipun aku ada banyak masa. Matahari masih belum berbahang lagi.
Tapi selepas aku melepasi satu jambatan kecil (dibuat laluan pejalan kaki di sebelah jambatan tu) kaki aku terasa lenguh-lenguh. Mula-mula akan jumpa pantai yang agak tak menarik ketika air surut. Lupa pulak nama pantai tu.. Lana Beach kot?
Aku cuba berjalan di sepanjang pantai menuju ke Pantai Nopparathara tetapi sampai je sekerat jalan aku dah rasa bosan. Tak banyak benda yang menarik kat situ. Sepanjang perjalanan di penuhi hotel-hotel mewah dan kurang manusia. So, rasa happenning tu tak timbul sangat untuk membuatkan aku rasa teruja nak sambung berjalan lagi.
Then, aku patah semula ke Pantai Ao Nang dan mencari kedai cenderamata yang aku dah target semalam. Hampir semua kedai dah buka sewaktu aku sampai ke situ. Walaupun aku dah aim barang yang aku nak beli, masih lagi cuba tawar-menawar di kedai lain.
Puas belek-membelek dan bargain, akhirnya aku cuma beli keychain sahaja. Aku tak minat sangat nak beli fridge magnet. T-shirt kat sini memang susah nak cari yang murah. Paling murah aku dapat rm11. Itu pun kualiti macam ntah apa-apa..
Enatah kenapa, selepas membeli barang, aku cepat-cepat pulang ke hotel sebab masih belum packing apa-apa. *actually, nak packing apa pun tak tahu sebab aku cuma bawak beg galas kecik je.. haha bengong kan?
Sampai kat hotel aku tak tau nak buat apa. Sumbat baju dalam beg dah.. kemas barang-barang yang dibeli dah.. last-last aku buka henset, on wifi dan main internet sambil tengok tv.
Sedar-sedar dah pukul 11 pagi. Jadi aku pun check out dan pegi tapau nasi goreng nanas kat kedai makan Fareeda yang terletak disebelah hotel aku menginap.
Oh, lupa nak citer pasal hotel yang aku menginap tu. Hotel aku namanya Ruen Mayura. Letaknya tak jauh dari McDonalds dan betul-betul bertentangan dengan Siam Bank.
Hotel ini sebenarnya bercantum sekali dengan restaurant tetapi makanannya adalah tidak halal. Tapi ramai mat saleh yang suka lepak kat sini. Sedap kot bagi dorang menu kat sini?
Oleh kerana aku datang Krabi ketika peak season, maka hampir semua hotel harganya agak mahal ratenya. Aku book hotel ni melalui Booking.com ketika harga promo iaitu rm90 untuk katil twin. Not bad. Aku bayar pakai kredit kad. Bayar tunai pun boleh sebenarnya.
Lokasi hotel ini okey. Katilnya agak keras dan tekanan air kat billik mandi tak berapa kuat sangat. Bilik yang aku dapat bersih dan aircondnya tak dapat nak di-adjust. Channel tv banyak tapi boleh dikatakan semuanya berbahasa siam!
Overall, aku selesa dengan layanan yang diberikan dan sebenarnya, banyak lagi hotel yang berbaloi kalau korang pandai cari. Maksud aku, hotel yang aku diam tu takde la teruk sangat cuma masih banyak hotel yang bagus nilainya di Ao Nang ni.
Baiklah, aku tak dapat nak kasi tips banyak pasal penginapan sebab aku cuma sempat bermalam satu malam je.
Selepas makanan/lunch ditapau aku segera ke bus stand depan McDonalds tunggu bas. Kira-kira jam 11.30am, bas datang dan aku bayar 150baht untuk ke Airport.
Sampai airport dalam sejam kemudian dan aku melantak dulu nasi goreng yang ditapau tu dulu. Sedap juga rasa nasi goreng tu.
Pastu, seperti biasalah, check-in dan masuk boarding hall. Boarding hallnya agak panas jadi aku ambik port kat belakang sebab terasa hawa aircond sikit berbanding yang di depan.
Best jugak la pergi Krabi walaupun tanpa teman dan dalam waktu yang singkat ni. Ingatkan tak dapat buat Island Hopping tapi telah ditakdirkan aku masih ada peluang melakukannya. Alhamdulillah..
Semoga catatan tak seberapa memberi sedikit idea kepada pembaca yang nak ke Krabi. Mungkin boleh digunapakai semula kepada aku kalau ke Ao Nang lagi!
Mula-mula memang aku terfikir nak pergi ke Krabi Town naik tuk-tuk, tapi aku rasa macam buang masa pulak semata-mata nak cari cenderamata kat sana pada pagi ahad (23 Feb) tu.
Jadi aku batalkan hasrat tambahan pula aku dah servey harga beberapa cenderamata kat Ao Nang. Lagi pun aku belum habis teroka Ao Nang ni terutamanya pantai di sebelah Utara Ao Nang.
Lagi gambar di Pantai Ao Nang |
Bot jenis Long-tail di Pantai Ao Nang |
Speed-bot.. lain kali nak cuba naik bot ni pulak. Harap ada 'lain kali' tu.. |
So, aku ambil keputusan brjalan kaki. Jauh memang jauh. Lagipun aku ada banyak masa. Matahari masih belum berbahang lagi.
Tapi selepas aku melepasi satu jambatan kecil (dibuat laluan pejalan kaki di sebelah jambatan tu) kaki aku terasa lenguh-lenguh. Mula-mula akan jumpa pantai yang agak tak menarik ketika air surut. Lupa pulak nama pantai tu.. Lana Beach kot?
Pantai Ao Nang dan Pantai Nopparathara dipisahkan oleh bukit batu kapur dalam gambar ini. Jadi, kalau nak ke sini kena melalui jambatan kecil yang menghubungkan kedua-dua tempat ini. |
Kat sini juga boleh tunggu bot untuk ke Railay atau tempat-tempat lain. |
Bila surut, timbul batu kat pantai ni |
Panjang juga pantai ni tapi kurang pengunjung |
Kaki aku lenguh dah nak menapak. Rasanya tak jauh selepas aku jumpa Holiday Inn Resort, aku berpatah balik... kemudian terus bergerak ke Pantai Aonang. |
Puas belek-membelek dan bargain, akhirnya aku cuma beli keychain sahaja. Aku tak minat sangat nak beli fridge magnet. T-shirt kat sini memang susah nak cari yang murah. Paling murah aku dapat rm11. Itu pun kualiti macam ntah apa-apa..
Enatah kenapa, selepas membeli barang, aku cepat-cepat pulang ke hotel sebab masih belum packing apa-apa. *actually, nak packing apa pun tak tahu sebab aku cuma bawak beg galas kecik je.. haha bengong kan?
Sampai kat hotel aku tak tau nak buat apa. Sumbat baju dalam beg dah.. kemas barang-barang yang dibeli dah.. last-last aku buka henset, on wifi dan main internet sambil tengok tv.
Sedar-sedar dah pukul 11 pagi. Jadi aku pun check out dan pegi tapau nasi goreng nanas kat kedai makan Fareeda yang terletak disebelah hotel aku menginap.
Oh, lupa nak citer pasal hotel yang aku menginap tu. Hotel aku namanya Ruen Mayura. Letaknya tak jauh dari McDonalds dan betul-betul bertentangan dengan Siam Bank.
gambar ehsan mr.google |
Oleh kerana aku datang Krabi ketika peak season, maka hampir semua hotel harganya agak mahal ratenya. Aku book hotel ni melalui Booking.com ketika harga promo iaitu rm90 untuk katil twin. Not bad. Aku bayar pakai kredit kad. Bayar tunai pun boleh sebenarnya.
gambar ehsan mr.google |
Overall, aku selesa dengan layanan yang diberikan dan sebenarnya, banyak lagi hotel yang berbaloi kalau korang pandai cari. Maksud aku, hotel yang aku diam tu takde la teruk sangat cuma masih banyak hotel yang bagus nilainya di Ao Nang ni.
Baiklah, aku tak dapat nak kasi tips banyak pasal penginapan sebab aku cuma sempat bermalam satu malam je.
Selepas makanan/lunch ditapau aku segera ke bus stand depan McDonalds tunggu bas. Kira-kira jam 11.30am, bas datang dan aku bayar 150baht untuk ke Airport.
Sampai airport dalam sejam kemudian dan aku melantak dulu nasi goreng yang ditapau tu dulu. Sedap juga rasa nasi goreng tu.
Nasi goreng nanas yang ditapau dari kedai makan Fareeda agak sedap. Kat sana, mereka kasi sos ikan bercili ni sebagai pengganti kicap! |
Best jugak la pergi Krabi walaupun tanpa teman dan dalam waktu yang singkat ni. Ingatkan tak dapat buat Island Hopping tapi telah ditakdirkan aku masih ada peluang melakukannya. Alhamdulillah..
Semoga catatan tak seberapa memberi sedikit idea kepada pembaca yang nak ke Krabi. Mungkin boleh digunapakai semula kepada aku kalau ke Ao Nang lagi!
Selasa, 4 Mac 2014
[TRAVEL] Short Trip Ke Krabi (Part 3) - Misi Mencari Sarapan Murah Di Ao Nang
Sambungan dari kisah [TRAVEL] Short trip ke Krabi (Part 2) - Pakej 7 islands
p/s- kali ni mood aku tengah rajin menaip.
TIPS
Ada
beberapa lagi gerai kecil dan warung halal di sepanjang perjalanan/laluan peta
yang aku kasi tu. Antaranya adalah;
\
Ada juga beberapa gerai kecil/penjaja dari masjid hingga
ke restoren Sokada. Harganya mungkin lebih murah. Misalnya gerai yang aku beli
breakfast pagi tadi tu.
Of Koz la kena pergi ke Pantai Ao Nang sambil cuci mata.. melalui pembacaan aku di internet, kata orang kalau beli cenderamata di Ao Nang lebih mahal berbanding diKrabi
Town . Jadi aku berfikir
lagi sama ada nak ke Krabi
Town atau shopping je kat
Ao Nang..
Kalau tak silap, aku pulang dari pakej 7
pulau tu jam hampir 9malam. Berlabuh je kat Ao Nang Beach, aku terus mengorak
langkah menuju ke hotel. Baju & seluar aku masih basah dan aku tak
hirau orang pandang semacam sepanjang berjalan pulang ke hotel.
Suasana pada waktu malam
sangat meriah. Macam ramai pulak orang yang aku berselisih berbanding waktu
siang. Mungkin ramai yang keluar beraktiviti pada siang hari kot? Malam mereka
lepaking kat sekitar Ao Nang ni.
Sampai hotel, aku laju-laju
menuju ke bilik kononnya tak mahu ditegur-sapa dengan pekerja kat hotel tu. Ya
lah, baju aku masih basah berserta selipar penuh dengan pasir yang melekat,
nanti marah pulak mereka.
Tapi, salah seorang
pekerjanya yang boleh bertutur lancar bahasa melayu sempat bertanya khabar.
Mujur dia memahami.. kalau tak, mungkin makian yang aku terima!
Lepas mandi dan membilas
diri dengan air pili, baru badan terasa selesa sikit. Nak tunaikan
tanggungjawab pada Sang Pencipta pun rasa tenang. Pastu aku terpikir dan
ronda-ronda kat sekitar Ao Nang, tapi terlupa bawak kamera pulak. Henpon sedang
dicas pulak..
Kalau diikutkan perancangan
lama, malam ni aku pergi ke Pasar Malam di Krabi Town, tapi memang tak sempat
la sebab dah lewat. *harap ada kali kedua peluang melancong ke Krabi
lagi.
Menapak pelahan-lahan sambil
perhatikan gelagat orang aku ni sebenarnya. Signal lenguh-lenguh kaki mula
melanda bila aku masuk kedai 7E sebelah McDonalds, maka terus aku balik bilik
dan tidur.
23 FEB (Ahad)
Aku bangun awal pagi tu.
Usai solat subuh aku bersiap-siap dan mahu menuju ke Pantai Ao Nang. Kononnya
mahu memburu Sunrise .
Tapi, perut lebih mahu diisi dulu, makanya aku pun membatalkan hasrat mengejar
pancaran fajar. Lagi pun, Pantai Ao Nang lebih sesuai untuk Pemburu Sunset.
Kelmarin, banyak kedai makan
dan restoren aku jumpa kat area Masjid. Jadi aku bercadang mencari makanan kat
situ. Kalau restoren banyak yang tutup di awal pagi tapi gerai-gerai kecil lain
pulak ceritanya. Biasanya mengalu-alukan kehadiran pengunjung!
Selain misi mencari sarapan,
aku selitkan juga misi menyenaraikan kedai-kedai makan yang ada di sekitar
Masjid tu. Aku berjalan sambil snap beberapa buah kedai makan dan restoren
muslim/halal yang ada.
Sampai kat satu selekoh yang
agak tajam dan tak jauh dari A Hud Restaurant, ada sebuah warung yang dipenuhi
warga tempatan dan aku terus terfikir sama ada harganya murah atau rasanya
cukup umpph atau kombinasi kedua-duanya sekali.
Nampak tak makcik yang pakai baju pink tudung hitam tu? Aku tapau sarapan dari gerai tu la.. murah! |
Kat sebelah warung tu, ada
makcik bertudung dan anak-anaknya (barangkali?) menjual pelbagai jenis kuih dan
makanan berat menjaja dari gerai kecil. Pengunjungnya juga bertali arus mahu
membeli di situ. Aku pun turut serta juga. Berlagak macam orang tempatan.
Aku ambik apa yang aku nak
makan dan bila tiba saat membayarnya penjual lelaki (anak makcik bertudung tu
kot?) berdialog dalam bahasa siam
dengan aku. Sepatah haram aku tak faham, aku main angguk je pastu bagi duit
besar *sebab taktau dia sebut harganya berapa..*
Suprizingly, sangat murah
harganya. Aku kira baki yang dia kasi.. Wah, cuma 55 Baht sahaja makanan yang
aku beli! Aku tapau nasi goreng kerabu combined with mihun goreng, seketul ayam
goreng, sebekas kecil pulut manis dan 3 biji kuih bersalut gula (semacam kuih
keria tapi diperbuat dari tepung pulut; aku tak tau namanya).
Sarapan yang berbaloi dan murah, 55Baht je semua ni.. Tapi nasi goreng kerabunya tersangat la pedas berapi, tapi aku memang suka pedas. Overall rasa makanan ni sedap pada lidah aku.. |
Pastu aku balik bilik hotel
dan melantak sebelum mandi pagi. *opss.. kantoi keluar membeli sarapan dengan
bau busuk tak mandi, hahaha.. tapi I gosok gigi tau!
p/s- kali ni mood aku tengah rajin menaip.
TIPS
Senarai Kedai Makan halal /
Restoren muslim dari McD hingga sekitar Masjid
16. Ting Rest.
Okey, kat sini aku nak share
map restorean atau kedai makan halal / muslim di sekitar McD dan masjid Ao
Nang. Semua kedai ni terletak di tepi jalan utama ke Pantai Ao Nang. Landmark
aku ada catatkan juga kat map ni. Mungkin ada yang tertinggal dan terlepas
pandang. Harap dimaafkan.
Letih aku cuba buat map ni. Maaf kalau ada lokasi yang tidak tepat kerana daya ingatan aku yang terhad dan aku main agak-agak je sebenarnya bila ianya dipetakan |
Gerai jual Burger yang terletak di bertentangan (seberang
jalan) dengan restoren Charina & Food Restaurant. Waktu siang tak bukak
rasanya.
Kat area kedai serbaneka 7E bertentangannya ada gerai kecil macam kat bawah ni |
Lepas aku tapau dan
merayau-rayau dalam misi hunting kedai makan halal tu yang masih awal pagi tu,
aku makan kat bilik hotel dan aktiviti seterusnya adalah berkeliaran mencari
cenderamata untuk di bawa pulang.
Of Koz la kena pergi ke Pantai Ao Nang sambil cuci mata.. melalui pembacaan aku di internet, kata orang kalau beli cenderamata di Ao Nang lebih mahal berbanding di
Langgan:
Catatan (Atom)