nuffnang

NUFF

Selasa, 31 Disember 2013

AZAM TAHUN BARU YANG LUAR BIASA?

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014!

Selamat tinggal 2013..
Tiap kali tahun baru, ada sahaja azam yang muncul:

Nak kumpul duit untuk melancong,
Nak kurus, jelita, menawan dan seangkatan dengannya
Nak memajukan perniagaan
Nak berjaya dalam peperiksaan
Nak target sesuatu yang "wow" dalam kerjaya
Nak beli rumah, kereta or sebagainya
Nak tambah anak lagi
Nak simpan duit secara ekstrim
Nak cari kerja yang lagi best
Nak hidup lebih tenteram
Nak kejayaan setiap usaha/kerja yang dibuat
Nak lebih gembira dan sihat
dan Nak macam-macam lagi dalam dunia ni!

Tapi cuba kita buat lain sikit dari kebiasaan di atas.
Kita tanamkan azam & tekad mengejar akhirat pulak
Duniawi memang perlu, tapi ukhrawi lagi penting!
Sama-sama kita bentukkan azam tahun baru,
dalam bab ibadah kita terhadap Allah!

Ada yang kata, "aku dah ada azam masa awal muharram dulu"
Tak mengapa, kita memperbaharui & memperteguhnya lagi

Jadi azam tahun baru aku tahun ni (kategori rohaniah), tak banyak
cuma satu je, tapi harap berjaya diusahakannya..

Kalau boleh aku nak solat di awal waktu
Tak elok melewat-lewatkan solat bila dah masuk waktu
Nampak mudah, tapi berat nak buat kan?

Wallahualam..

Isnin, 30 Disember 2013

TRIP LIST 2013, TAPI BANYAK YANG TAK DIDOKUMENTASIKAN

Senarai Trip & Kembara Sepanjang 2013

Tak sangka, kita dah berada di penghujung tahun 2013. Lagi tak sangka, rupanya tahun ni banyak juga aku dah menjejak tempat-tempat pelancongan terutamanya luar negara.

Tapi sifat malas aku ni yang terlalu bermaharajalela ni, membuatkan terbantut aku nak tulis dalam blog ni. Ada sebahagian je yang aku abadaikan dalam blog ni.

Jom kita tengok ke mana aku dah pergi sepanjang tahun ni:

1. Singapore - Universal Studio Singapore (Januari)
Trip ni aku pergi sensorang. Tukar duit pun tak banyak. Trip ni adalah rewards kepada besday aku lah kiranya. Dah tua-tua cenggini, mana ada orang nak sambut besday aku. So, raikan sendiri la yerr.. hehe

2. Vietnam - Ho Chi Minh (Cuti Maulud Nabi -Januari) 
Trip ni juga aku pergi sendiri. Aku tak tulis pun dalam blog ni. Taktau bila lagi nak taip kisah aku ke sana. Yang pasti, aku pergi bukan untuk shopping. Highlight aku kat sana adalah menjelajah peninggalan perang vietnam dan menjelajah lembangan Mekong.

3. Semarang - Demak - Dieng Plataeu (Awal Februari)
Trip ni pun aku pergi sorang-sorang, asalnya aku nak gi Pulau Karimunjawa, tapi ombak tersangat la kuat jadi semua kapal tak dapat berlayar & berlabuh. Makanya aku tukar planning pergi lawat tempat menarik di Semarang, Demak dan Dieng Plateau. Yang ni ada aku tulis dalam blog ni.

4. Balikpapan - Makassar (Mac)
Oleh kerana Maswing telah membuka route baru pergi balik Kuching-Balikpapan, aku telah mengambil peluang ini. Selanjutnya menggunakan pesawat CitiLink ke Makassar dan pulang ke balikpapan menggunakan pesawat AirAsia.  Balikpapan agak kurang tempat menarik dan tujuan utama trip ini sebenarnya aku mahu ke Tanah Toraja di Makassar. Trip ni juga aku pergi sendirian dan belum tahu bila nak start mengarang ceritanya.

5. JB- Legoland (April)
Trip ni aku pergi dengan dua orang rakan sekerja. Yang lucunya, kitorang salah pilih tarikh sewaktu membeli tiket flite. Sepatutnya kami pergi pada cuti umum Good friday, tapi tersalah tengok kalendar lah tu..hehe

6. Hadyai (April)
Nyaris aku lupa pasal trip singkat ni. Rasanya aku kat sana tak sampai 48 jam pun. Tapi puashati jugak sebab berjaya ke Khlonghe Market atau Pasar terapung Hatyai. seronok menikmati makanan kat sana.

Pasar Terapung di Hadyai
7. Pekanbaru - Bandung (Mei)
Cuti hari buruh digunakan sepenuhnay untuk aku travel solo ke Bandung. Aku jadikan Pekanbaru sebagai transit sebelum ke Bandung. Tak sampai 24jam pun kat Pekanbaru. Di Bandung, aku bukannya datang shopping tapi pergi ke kawasan volkanik yang agak jauh dari Bandung iaitu Papandayan. Kisah ni pun aku elum tulis lagi dalam blog. Biasanya sesiapa yang ke Bandung akan ke Tangkuban Perahu atau Kawah Putih.

8. Korea Selatan - Seoul & Jeju (Jun)
Kisah ni memang aku buat entry sampai 26 episod tau. Excited menaip sebab ni merupakan trip pertama aku keluar dari asia tenggara. Sila baca kalau berminat. Ke dah baca?

9. Labuan (September)
Dah lama aku teringin nak pergi labuan ni. Tapi selalu terbengkalai. Kat sini aku borong banyak cokelat. Apepun, coklat kat sini tak semurah di langkawi.

10. Kota Kinabalu (Oktober)
Day trip sahaja. Tiba di KK awal pagi pastu lewat petang dah bertolak pulang. Akak Imigresen pun terkejut bila cop passport aku time berangkat pulang. Hehhehe.. *memang kaki jalan!

11. Jepara - Jogjakarta - Jakarta (November)
Okeh, yang ni trip overland di jawa tengah. Asalnya aku nak ke karimunjawa. Tapi tak jadi jugak. Ni bermakna sudah dua kali aku batalkan trip ke pulau Karimunjawa. Takpe, tahun depan aku cuba lagi. Trip ni merupakan trip paling panjang tempoh travel berbanding trip-trip lain; 9 hari tau! Oh, yang ini pun aku patut tulis catatannya sebelum aku lupa.

Candi Borobudur dapat di akses dari Jogjakarta. Kemudian aku ke Candi Prambanan
Dalam banyak-banyak trip tu, cuma 2 sahaja yang aku tulis dalam blog ni iaitu trip Semarang-Dieng Plateau dan Kembara ke Seoul-Jeju.

Korang kena tau, betapa gigihnya aku kalau nak keluar melancong. Aku ke ambil flight dari sarawak dulu (kuching or sibu) sebelum ke Lcct tau. Jadi tiket flite aku kena bukan dari Lcct/Klia  je tau! Gigih kan?

Ahad, 29 Disember 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 26 (SEOUL - SEHARI SUNTUK BERSAMA CITY BUS TOUR)

Day 4 - Memaksimumkan kudrat dalam satu hari [8 Jun]

Okey, dah lama aku tak menaip. Jadi aku nak settle citer yang tergendala, tergendala, dan sangat tergendala ni.. Dah nak masuk tahun baru.. walaupun aku takde mood, paksa diri jugak. *still malas*


**Entry kali ni aku tak mau letak gambar lagi. Lenkali aku taruk okey..

Hari keempat aku di Seoul boleh dikatakan sebagai hari terakhir di korea. Esoknya, awal-awal pagi lagi aku dah kena check-out dan bergerak ke airport. Jadi hari kelima memang tak dapat nak jalan-jalan.

Bermula sejak subuh, aku dah mempersiapkan diri dan tak sambung tidur (walaupun mata nak sangat tido!). Lepas solat dalam bilik yang kecik dan mandi serta bersiap-siap, aku keluar ke bilik untuk breakfast. Kat Kimchee Dongdaemun ada sediakan breakfast. Kat tingkat paling atas sekali. Menunya toast dan fresh oren serta sebiji pisang (ada pilihan lain rasanya). Tapi bagitau, taknak roti (sebab aku dah ada bekal roti gardenia yg sah-sah halal - bebas bahan berunsur haram) jadi aku mintak dua biji pisang dan air oren tu je.

Dalam pukul 7.15 pagi aku dah gerak ke Namdaemun Market, guna subway. Sampai je kat Namdaemun market, ada lagi beberapa kedai yang belum bukak. Masa ni rasa kurang happening lagi sebab tak ramai orang. Aku tawaf pasar Namdaemun tu sepuasnya. Masuk bangunan-bangunan kedai. Banyak jual pakaian kat sini berbanding barangan lain. Gerai-gerai jual brooch bersepah dalam bangunan apa-ntah. lupa namanya. Aku tak ambil tau. Tak minat.

Di Namdaemun market, aku just cari buah tangan untuk di bawa pulang. Dalam sejam jugak kot aku kat sana. Pastu, aku bukak map sebab nak cari laluan berjalan kaki ke Donghwa duty-free building. Aku nak ambil bas Seoul City Tour kat situ. Dalam perjalanan ke sana, aku aku akan melalui City Hall punya bangunan. Bergambar depan City hall dulu.

Sebenarnya boleh je aku tunggu bas tu kat bus stop Seoul city tour di Namdaemun market. Tapi, perasaan nak explore tu sangat memuncak ketika tu. Mungkin energy level awal pagi masih tinggi kot. Excited terlebih kot..

Bagus jugak menapak jauh-jauh ni. Meningkatkan skill membaca peta. Aku tak sesat pun. Seronok berjalan kaki sebenarnya di tempat asing tau.. tak jemu mata memandang.

Dah sampai kat tempat yang dituju, terus je aku naik bas seoul city tour tu. Bayar 10,000won pada driver je. Ok la. Tak ramai sangat masa aku naik. Kekerapan bas yang berhenti di setiap hentian yang ditetapkan adalah 20min. Boleh turun dan naik sesuka hati kalau mahu di setiap hentian yang bas lalu tu.

Perkhidmatan bas ni sangat berbaloi bagi aku. Bas ni akan lalu hampir semua tempat menarik di sekitar Seoul. Tapi korang kena pandai manage masa la..

Bila dah naik bas, tempat pertama aku tuju adalah National Museum of Korea. Muzium ni sangatlah besar, Aku memang tak puas sebenarnya pusing-pusing dalam muzium ni. Aku suka je baca & lihat info-info kat situ. Walaupun aku tak minat mana sejarah, tapi aku sangat suka menghadam maklumat terutamanya sesuatu yang menarik perhatian aku.

Ada juga tempat/ruangan yang aku skip kat muzium tu. Pastu aku singgah jap kat Korean War Memorial Park. Kat sini aku tak lama. Macam touch and go je. Pergi, pusing-pusing dan patah semula. Bagi aku tak menarik mana. Bukan sasaran aku actually.

Next, tempat yang aku nak sangat pergi iaitu Itaewon. Tapi masih awal lagi untuk lunch atau nak bersolat kat masjid di situ. Jadi aku ambil keputusan ambil lunch agak awal dan akan kembali semula untuk dinner dan solat maghrib di sana. Lunch yang aku yang jadi pilihan aku adalah kebab. Mahal tau. Kalau tak silap 11,500won untuk satu set ditambah dengan kentang goreng. Sangat kenyang ok!

Aku rasa waktu tu, baru pukul 11 lebih. Tapi dah lunch siap-siap. Pastu, aku tunggu bas dan menuju ke Changdokgung Palace. Bayaran masuk kalau tak silap 3,000won. Cantik tempat ni. Tapi aku tak masuk secret garden nya. Mahal sikit bayarannya. Cukup la aku tengok kat blog orang-orang yang dah pergi. *kedekut kan?*

Next, aku turun kat Insadong. Sinonim dengan culture korea kekdahnya.. tapi aku tak terasa sangat kot. Biasa-biasa je. Aku tak beli apa-apa pun kat sini. Just cuci mata jer. Tapi street kat insadong memang attractive la untuk pelancong.

Kemudian sekali lagi aku naik bas dan turun kat Gyeongbokgung palace pulak. Tapi bas tak berenti kat hentian seperti dalam map. Memula aku dah risau. Sebenarnya bas tu berhenti kat hentian lain, bukan depan pintu depan Gyeongbokgung palace tapi kat  sebelah sisi istananya. Anyway, hentian tu sebenarnya memudahkan aku ke National Folk Museum.

Maka, aku mengeksplorasi Muzium tu dulu. Menarik bagi aku sebab aku tau macam mana background masyarakat korea dari dulu sampailah sekarang.

Seterusnya aku melangkah ke Gyeongbokgung palace yang teramat lah luas kawasannya. Jenuh wei nak tawaf! Sebaik saja aku sampai jer kat depan Pintu gerbang Gyengbokgung, upacara changing ceremony baru nak bermula. Jadi terpaksalah lepak lelama kat situ.

Letih sangat-sangat bila dah sampai sini. Baru aku terasa sangat perit di kaki bila naik bas selepas round-round di gyeongbokgung palace tu.

Kali ni aku naik bas turun kat donghwa duty-free dan naik semula untuk ke Myeongdang. Kat Myeongdang aku just jalan-jalan je. Tak singgah langsung mana-mana kedai kat situ. Dari myeongdang, aku ke itaewon dan sterusnya naik cable-car ke Namsam tower.

Namsan tower aku lihat malam tadi, tapi dari jauh.. kali ni aku benar-benar berada sangat dekat. Next aku turun semula ke Itaewon untuk menikmati dinner, tapi sebelum tu aku ke Masjid Itaewon untuk solat Maghrib. Usai menunaikan kewajipan kepada Ilahi, aku ke Restoren Muree. Restoren yang menyediakan masakan korea yang halal.

Hari mulai gelap. Perut sudah diisi. Masa untuk kembali ke GH. Oleh kerana perkhidmatan bas seoul city tour itu sehingga jam 7.40 malam (last bas) jadi aku kena pulang menaiki tren.

Ok. done! hari keempat diakhiri dengan rasa perit di bahagian tapak kaki. Esoknya aku ambil limosin bas tak jauh dari GH menuju ke airport Incheon.

Tamat sudah citer seoul-jeju-seoul ni. Alhamdulillah, selamat semuanya. Tak ada perkara buruk yang berlaku..

TQ kepada yang sudi membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...