nuffnang

NUFF

Khamis, 26 April 2012

REVIEW: HOTEL BAHAGIA, KUAH LANGKAWI

Hotel ni bukan lah hotel mewah tapi memadailah kalu sekadar nak bermalam. Kalu untuk honeymoon, better ambik hotel lain kerana lokasi hotel ni tak beri kesan romantik langsung! Tapi kalau korang nak buat bajet honeymoon, dipersilakan..

Front desk - Bagi aku macam kurang mesra sikit hotel ni sebab akak yang jaga kaunter tu mencuka aje muka. Tak tau la kenapa macam tu, may be aku kasi muka kalut kot. Iye la, sampai aje kat kaunter aku sibuk cari kertas print-out booking tu. Tapi dia buat kerja lancar jugak la..

Kemudahan - Hotel ni ada sediakan lif. Tapi cuma satu je, apepun aku tak perlu lelah utk panjat tangga. Dobi? aku tak pasti.. tapi ada kaunter travel agen sebelah front desknya. senang la korang nak pergi pulau payar, tak perlu susah cari travel ejen luar. meeting room ada kat tingkat atas.

Hotel Bahagia Langkawi
78 Persiaran Bunga Raya
Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
04-9698899

klik peta utk lihat saiz besar


Bilik - Aku memang booking katil twin ni. Biliknya agak sempit. satu aku guna untuk tidor dan satu lagi sebagai tempat solat. Penunjuk arah kiblat memang dah diletak dlm bilik. Baca caption kat setiap gambar sebagai rujukan. Overall, katilnya tak terlalu keras, bantal empuk dan agak terhad ruangnya.

Bilik ni kecik, cepat aje aircond menyejukkannya..

nampak tak tingkap fogged tu. kalau diintai, sebelahnya tu bilik mandi.. so, seronokkah kalau nak mandi walaupun cerminnya dikaburkan sedikit?

Ada tv. tapi macam tak berapa clear aje..














Selasa, 24 April 2012

TRAVEL: SHORT TRIP TO LANGKAWI

Kerja gila! Merewang kat Langkawi dalam 24 jam aje.. korang boleh? memang boleh pun kalau tempat tu dekat utk ke sana. Aku dari sarawak hoccay.. ulang suara, s.a.r.a.w.a.k  * Travel petang sabtu, pulang petang ahad!*

Bagi kaki travel macam aku, pergi ke sesuatu tempat tu sekejap pun takpe.. asalkan gembira. * gembira la sangat, sambil menguncupkan kedua-dua jemari ke bahu..

Di pagi sabtu yang hening, aku start kereta drive ke airport sibu yang memakan masa hampir 2 jam. setibanya di airport, terus check-in dan sebelum pukul 12 tengahari, aku dah berada di LCCT. Lunch kejap. Solat. Pastu jam kul 2 lebih flite Air Asia membawa kuterbang ke Langkawi. Amik transfer ke hotel, jam ditangan dah pukul 4 petang masa tu dah landing atas katil.

kat airpot langkawi. tiada gambar aku kat atas.


Tak boleh lama-lama baring, nanti tertidur pulak. rugi. Terus jalan kaki ke pekan kuah. jauh gak dari Hotel Bahagia, dalam 20minit. Pergi shopping apa yang patut (minyak wangi, cokelat dll) & beli ole-ole utk rakan seperjuangan di sarawak sana.

Ini adalah kali ke-3 aku menjejak kaki di langkawi, jadi tiada masalah sepanjang aku di sini. Selok belok pekan kuah aku dah biasa. Mudah kerana bukan kali pertama kan?

on the way ke pekan kuah dari Hotel Bahagia. jalan kaki je

lalu & singgah kat mall ni dulu. borong cokelat kat kedai HIG

Bila aku rasa dah agak lewat, aku bergegas pulang ke hotel sambil menyeret hasil beli belah yang agak banyak, tapi kali ni cuma 15minit je. laju betul aku jalan. Sampai aje kat hotel terus mandi dan solat. Katil ada 2, satu utk aku tidor dan satu lagi aku jadikan sejadah. Ye la, bilik amat sempit. Terpaksa lah jadikan katil sebagai tempat solat.

Perut dah terasa lapar. Dan aku tak khuwatir sebab restoren ada kat sebelah hotel je. bukan satu, tapi ada la beberapa. nak makan KFC pun boleh.. *dari jauh datang, tak kan makan KFC kot?* kan...

Restoren yang dituju adalah restoren masakan thai yang agak terkenal, Wan Thai. Kebetulan ketika aku sampai, ada satu rombongan dari siam. Pelayan kedai ni memang boleh berbahasa siam. Walaupun harga di sini agak pricey, layanan diorang cukup mesra. Masakannya pun ok. sedap.

Antara menu yang ada. aku ambik tomyam

air kosong ni dihidangkan dulu. air akan ditambah setiap kali ia berkurang. percuma je. air masak ni ada sedikit perisa limau. just nice :)

Taraa.. sedia untuk di-ngappp

restoren ni bersebelahan dengan hotel aku je.. Hotel bahagia

restoren wan thai yang glamer ni..

kaunter penyambut tetamu hotel Bahagia

kalau nak amik tour ke pulau payar & beberapa tour lain, boleh ke sebelah kaunter penyambut tetamu hotel ni. 

Hotel aku menginap, 1 malam je. booking thru airasiago.com, dapat rm47.80(promo) utk twin bed-room with breakfast. Breakfastnya not bad.

Selamat tinggal Langkawi..

Ahad, 15 April 2012

TRAVEL: PHUKET, THAILAND

Okey, dah lama tak update blog. Entry pertama untuk bulan 4 (matilah.. dah masuk pertengahan bulan april oii!). Tak busy pun, cuma hujung minggu je sibuk pergi melancong..

Tak perlu mukadimah panjang-panjang, terus aje aku nak cerita pasal pengembaraan aku ke phuket hujung minggu lepas. Seperti biasa, aku akan pegi sorang-sorang..*nanges*

Apabila weekend bercantum dengan cuti umum, memang langkah aku panjang untuk pegi jalan-jalan. Hari good friday, cuti umum bagi negeri sarawak dan diikuti dengan easter monday(yg dimohon oleh pihak skolah sbg cuti) yang menjadikan cuti hujung mingguku lebih panjang!

6 April (Jumaat)
Tanpa delay, Air Asia berjaya menerbangkan aku ke pusat peranginan tersohor, Phuket tepat jam 4.15 petang waktu malaysia. Penerbangan yang memakan masa lebih kurang 1jam 20min itu aku penuhi dengan aktiviti bermain game pada tablet. Prebook meal yang ditempah adalah hotdog sebagai alas perut takut tak jumpa makanan halal kat sana nanti.

Borang ketibaan/pelepasan yang diedarkan dalam pesawat aku dah isi sebaik sahaja diberi (pen mmg dah siap-siap aku bawak), jadi bila sampai je kat airport phuket terus saje beratur kat imigresen. Panjang jugak barisan kat imigresennya, tapi banyak kaunter dibuka. Tanpa aku sedari, aku berbaris dalam satu kelompok barisan yang agak 'jammed'. Kenapa? Barisan tu ada dua tapi masing-masing fokus pada satu kaunter je.. jadi aku ambik keputusan pegi ke barisan lain. Dan kena beratur kat belakang pulak sedangkan dah sampai awal. Ternyata tak sia-sia usaha aku, aku lebih cepat siap urusan di imigresen berbanding barisan dulu!
Sebelum keluar dari balai ketibaan, aku terus mengutip beberapa pemplet & brochure sebagai panduan di phuket. Sebaik melangkah keluar dari pintu balai ketibaan, aku disambut oleh agen-agen jualan tiket transfer ke hotel. memang serabut tapi mudah la nak berurusan untuk cari pengangkutan. Aku memilih minibus sebagai transfer ke hotel. murah. hehe.. cuma 150baht.
Bila naik minibus ni, kena tunggu cukup passenger baru dia nak gerak. tapi tak lama sangat aku menunggu. Dan diingatkan bahawa, minibus akan berhenti sekejap kat pondok/opis travel agent diorang untuk mempromote pakej-pakej dan tour yang diorang tawarkan. Aku mengambil kesempatan ni mendapatkan satu one day tour ke phi phi island. Memang agak pricey tapi kena pandai tawar menawar la.. Asalnyanya pakej yg aku amik tu diorang kata 1800 baht, tapi aku minta kurang sehingga dapat 1400 baht. Masih mahal sebab aku tengok kat area Patong, banyak ada yang lagi murah. Tapi aku tak kisah pertamanya kerana, aku dah kesuntukan masa nak pergi servey pakej murah. Ye la, sampai aje kat hotel, hari dah malam. Masa itu emas! Keduanya kerana pakej ni menawarkan speedboat sebagai pengangkutan ke Phi Phi Island, bukannya feri yang agak sesak dengan orang ramai.

Minibus cuma drop aku kat jalan utama sahaja kerana laluan ke hotel aku tu ada semacam tol. Memang tak jauh aku nak menapak ke hotel tapi masalahnya aku kena melilau terlebih dulu. aku bukannya tau selok-belok jalan & lokasi sebenar hotel tu. Waktu tu dah 7.30ptg (waktu tempatan) dan aku terkial-kial mencari hotel lagi *sebenarnya aku dah lalu depan hotel 2 kali, nampak sangat rabun..haha*. Selepas tanya kat sorang makcik yang berniaga kat situ, aku ketemu jua. Argghh..lega! Hotel tersebut namanya Modern House yang mana lokasinya cuma bersebelahan dengan The Royal Paradise Hotel yang grand.

Hotel dua bintang yg dibooking menerusi booking.com ternyata berbaloi. Sila baca review yg aku tulis kat booking.com ya.. Cuma 600baht per nite, bagi aku ianya cukup selesa. Siap ada fridge lagi! Full paid kat kaunter dulu, senang je bila nak check out nanti just drop the key saja kat receptionist counter (maybe nak keluar awal-awal pagi, tapi tak pun..hehe).

Aku pergi ke Jungceylon Mall, pasaraya terbesar di area Patong dengan berjalan kaki sahaja. Tak jauh bagi orang yg suka menapak seperti aku. Masuk dalam mall, pusing-pusing dan belek-belek barangan yang dijual kat sana. Tak beli pun. Banyak fast-food restoren kat situ. tak pasti halal atau tak. Mall ni kiranya indah jugak la, mungkin aku pegi waktu malam yang disimbahi dengan lampu neon yang beraneka corak. Kat aras bawah mall ni ada bazaar. Bazaar ni jual barangan cenderamata dan aneka barangan kerjatangan tempatan. Kat sini boleh tawar menawar. Aku beli t-shirt berwarna dalam 180baht sehelai. Not bad harganya, tapi kat area luar (di street-treet area Patong) rasanya lagi murah kot. Anyway bergantung pada cara kita menawarnya la.

Dah letih berjalan dalam mall tu aku keluar untuk dinner. Makan nasi, tomyam, kerabu dan ikan. dengan perut kekenyangan, aku dengan malas-malas bergerak ke Bangla road. Orang kata tempat ni memang happening lepas midnite. Ada tarian tiang la, orang mabuk-mabuk tak sedar diri overacting la dan macam-macam lagi. Hmm, aku pegi sana jam 11.00malam tak jumpe pun semua tu.. mungkin tak start lagi aktiviti diorang ni. Melepas aku *Ya tuhan, kau dah selamatkan hamba-mu dari terjebak dengan sesuatu tak berfaedah, syukur!*. Jadi dalam 11.10 minit aku terus balik hotel langsung mandi, solat dan prepare barang-barang untuk pakej yang aku dah tempah bagi keesokan hari. Err, dalam perjalanan balik ke hotel aku cuma bertembung dengan manusia-manusia seksi yg mungkin untuk meraikan malam-malam mereka.
*bersambung lagi...letih taip daa
citer kat padang- bukit tinggi pun belum habis lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...