nuffnang

NUFF

Selasa, 27 Mac 2012

CABUT GIGI

Hari ini, aku ke klinik swasta pergi cabut gigi kat sarikei. Apa nak kecoh pasal cabut gigi ni? Sebenarnya, ini adalah pertama kali aku cabut gigi menggunakan khidmat seorang doktor gigi. Jadi selama ni aku tak pernah cabut gigi ke?? Pernah. Tapi aku akan cabut sendiri sewaktu kecik-kecik dulu. Kaedahnya --> goyang-goyangkan gigi yg nak tertanggal. pejam mata. tarik kuat-kuat sampai gigi tercabut.

Actually, aku pegi jumpa doktor gigi bukan sebab gigi aku sakit, cuma ada gigi aku macam tak stabil, selalu liuk lentok kalau diusik. Tak selesa. Lagi pun bila lagi nak rasa gigi dicabut oleh doktor kan?

Kos rawatan, rm25. Lepas gigi dicabut dapat la 'hadiah' ni.. hehe

Gigi geraham yang dicabut tu dah lama jadi tunggul dalam mulut aku ni, sehinggakan gigi geraham bongsu ni berebut ruang gusi. Dan sekali lagi aku nak war-warkan bahawa selama ini gigi aku tidak pernah dicabut ataupun ditampal oleh doktor gigi. Tidak pernah! Cuma hari ni aje ianya telah memecah tradisi..hehe.

P/s- Pertama kali gusi disuntik(inject) dengan bius, ingatkan sakit, tak pun.. Tapi kesan kebasnya paling aku tak suka. Nak berborak tak selesa. Tapi kesannya tak lama, selepas 2 jam dah rasa okey sikit. Sekejap aje proses cabut gigi, tak sampai 5 minit..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...