Air asia sekarang dah menurunkan harga bagi setiap hidangannya dlm penerbangan. Bayangkan sebelum ini, nasi lemak pak nasser harganya rm12 yg diorder secara online (prebook) kini hanya rm9.90 shj. Ya, masih mahal tapi tak terlalu overpriced sgt..
Aku tak nak review pasal nasi lemak ni, ramai orang kata rasanya sedap (lately, semakin kurang enak).
Korang perasan tak, ada satu option meal sewaktu prebook yg menawarkan 'special meal'? Harganya rm13. Mahal sikit kerana ianya disertakan skali dgn air minuman & snack.. Tiap-tiap bulan, juadah utamanya akan ditukarkn. Contohnya pada bulan mac, pad thai adalah menu specialnya..
Utk pengetahuan korang, aku belum pernah rasa pad thai. Dan rupanya, tekak aku boleh terima menu ni..
Pad thai ni seakan-akan kuey teow tapi lebih kecil kelebarannya. Ianya digoreng tidak terlalu berkuah dan sedikit pedas. Rasanya tidak jauh beza dgn mee goreng tapi ianya ditaburkan sedikit kacang. Agak crispy, aku ingatkan bawang goreng..hehe. Overall aku kasi 6.5/10 point.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan