nuffnang

NUFF

Selasa, 27 Mac 2012

CABUT GIGI

Hari ini, aku ke klinik swasta pergi cabut gigi kat sarikei. Apa nak kecoh pasal cabut gigi ni? Sebenarnya, ini adalah pertama kali aku cabut gigi menggunakan khidmat seorang doktor gigi. Jadi selama ni aku tak pernah cabut gigi ke?? Pernah. Tapi aku akan cabut sendiri sewaktu kecik-kecik dulu. Kaedahnya --> goyang-goyangkan gigi yg nak tertanggal. pejam mata. tarik kuat-kuat sampai gigi tercabut.

Actually, aku pegi jumpa doktor gigi bukan sebab gigi aku sakit, cuma ada gigi aku macam tak stabil, selalu liuk lentok kalau diusik. Tak selesa. Lagi pun bila lagi nak rasa gigi dicabut oleh doktor kan?

Kos rawatan, rm25. Lepas gigi dicabut dapat la 'hadiah' ni.. hehe

Gigi geraham yang dicabut tu dah lama jadi tunggul dalam mulut aku ni, sehinggakan gigi geraham bongsu ni berebut ruang gusi. Dan sekali lagi aku nak war-warkan bahawa selama ini gigi aku tidak pernah dicabut ataupun ditampal oleh doktor gigi. Tidak pernah! Cuma hari ni aje ianya telah memecah tradisi..hehe.

P/s- Pertama kali gusi disuntik(inject) dengan bius, ingatkan sakit, tak pun.. Tapi kesan kebasnya paling aku tak suka. Nak berborak tak selesa. Tapi kesannya tak lama, selepas 2 jam dah rasa okey sikit. Sekejap aje proses cabut gigi, tak sampai 5 minit..

Rabu, 14 Mac 2012

RABU-MERAPU: TQ BLOGGER-DROID

Kat bilik guru. Ejan tgh study.. hehe. Gambar ini berjaya di upload pakai blogger-droid. Hooray! Kalau pakai (internet) browser yg sedia ada kat tablet ni, mmg tak dpt upload gambar bila nk update blog. Pakai opera browser pun tak boleh. So aku cuba la aplikasi blogger-droid ni. Berjaya! Walaupun setting tak seberapa andvance..hehe.

Selasa, 13 Mac 2012

SPECIAL MEAL AA: REVIEW OF PAD THAI

Air asia sekarang dah menurunkan harga bagi setiap hidangannya dlm penerbangan. Bayangkan sebelum ini, nasi lemak pak nasser harganya rm12 yg diorder secara online (prebook) kini hanya rm9.90 shj. Ya, masih mahal tapi tak terlalu overpriced sgt..

Aku tak nak review pasal nasi lemak ni, ramai orang kata rasanya sedap (lately, semakin kurang enak).

Korang perasan tak, ada satu option meal sewaktu prebook yg menawarkan 'special meal'? Harganya rm13. Mahal sikit kerana ianya disertakan skali dgn air minuman & snack.. Tiap-tiap bulan, juadah utamanya akan ditukarkn. Contohnya pada bulan mac, pad thai adalah menu specialnya..

Utk pengetahuan korang, aku belum pernah rasa pad thai. Dan rupanya, tekak aku boleh terima menu ni..

Pad thai ni seakan-akan kuey teow tapi lebih kecil kelebarannya. Ianya digoreng tidak terlalu berkuah dan sedikit pedas. Rasanya tidak jauh beza dgn mee goreng tapi ianya ditaburkan sedikit kacang. Agak crispy, aku ingatkan bawang goreng..hehe. Overall aku kasi 6.5/10 point.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...