Hai, Salam ramadhan! Untuk mengisi masa lapang, aku nak tulis sikit pasal tempat-tempat menarik kat kuching yang pernah aku lawat. Antaranya adalah Fairy cave ini, atau lebih dikenali sebagai gua pari-pari. Terletak agak jauh dari bandar kuching tetapi sangat dekat dengan pasar serikin (sempadan indonesia-malaysia).
Untuk ke sana dari kuching, sila tuju ke arah pekan bau dan ambillah simpang menuju ke pasar serikin (pasar ni yang hanya dibuka pada hari sabtu & ahad shj). InsyaAllah, ada signboard bila dah jumpa simpang tersebut.
Pasar serikin yang terletak berbelas-belas kilometer dari pekan Bau.
Apa yang menarik kat sini? Bagi peminat alam/nature, pastinya akan mengagumi ciptaan Ilahi ini kerana struktur guanya serta kedudukan gua yang terletak agak tinggi dari tapak parkir kenderaan. Setiap gua ada kelebihan tersendiri. Walaupun ianya tidak se-besar dan se-gah gua-gua lain di sarawak seperti gua niah atau mulu, tapi keunikannya tetap ada untuk menarik pengunjung datang ke sini.
Kena naik tangga untuk ke gua pari-pari ni. tinggi juga tangga ni lebih kurang 3 tingkat bangunan..letih naik tangga ni, boleh berpeluh-peluh jugak tau!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan