Ramai yang pasti kenal kuih cek mek molek ni. Kenapa pulak kuar citer kuih ni? Sebenarnya aku rasa teringin nak makan kuih ni, pastu gi la pusing-pusing pasar ramadhan tapi tak jumpa-jumpa pun. Berkali-kali (berlainan hari) aku ke pasar ramadhan kat saratok, masih juga tak pernah ku ketemu kuih ni. Pernah juga aku pegi pasar ramadhan kat sarikei dan sibu. Memang nasib tak menyebelahi kot, tak ada juga.
Akibat teringin nak makan cek mek molek ni, aku pun terfikir nak buat sendiri. Dan hasilnya, taraaaa... jadi la! Tak sangka, selama ni aku just tengok-tengok aje mak aku buat kuih ni dan aku try buat menjadi! Sebelum ni aku tak pernah buat, tapi tolong mak aku bentukkan(gentel-gentel) dan goreng pernah la.
See.. yang dua biji tu belum digoreng lagi, masih dalam bentuk bebola. Sambil goreng, sambil gentel-gentel (bentukkan) cek mek molek tuh.
Setelah aku bercakap-cakap ngan orang sarawak, rupa-rupanya kebanyakkan diorang tak tau sangat pasal kuih ni. Ada yang tak pernah makan dan jumpa! Patut la kat pasar ramadhan aku tak jumpa-jumpa. Huhu. Anyway, nak buat cek mek molek ni bukan susah sangat pun.
Cara nak buatnya mudah sesangat;
1. Memula rebuslah ubi keledek tu sampai ia empuk. (Oh ya, sewaktu rebus ubi tu, masukkan sikit garam supaya ada rasa masin sikit)
2. Kemudian lecekkan ketika ia masih panas.
3. Then, campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai sebati dan adunannya menjadi doh. Jangan keras sangat adunan tu, biar lembik sikit..
4. Pastu bentukkan ia bulat-bulat seperti bebola dan ketepikan.
5. Ambil bebola tu kemudian picit di tengah-tengahnya supaya membentuk lubang untuk diisi gula pasir.
6. Kemudian, sila gentel-gentelnya seperti yang aku buat dan terus masukkan dalam kuali.
(tips: kalau tak terus goreng, dikhuatiri gula akan mencair dan keluar sebelum sempat digoreng)
Hahaha.. jadi chef pulak aku kali ni. Kuih ni betul-betul senang nak buat. Tapi tak hengat dunia, aku makan kuih ni sampai 6 biji! Saiznya dah ler besor-besor!
Hehe.. 2minggu lepas pun saya buat kueh ni..teringin nak makan dan buat sendri..first time buat.. Ok lah hasilnya.. tap need to upgrade kemahiran mbuatnya lagi.. hihi..
BalasPadam