nuffnang

NUFF

Ahad, 3 Mei 2015

[THINK] Nightlife.. Apa Terjemahannya dalam Bahasa Melayu?

Aku selalu tertanya-tanya apakah maksud yang paling tepat untuk terjemahan kata Nightlife? Bukan saja ini, ada beberapa perkataan Bahasa Inggeris yang aku tak pandai nak terjemahkannya sedangkan selalu guna.

Salah satu Nightlife di Thailand
Kalau kat Boracay, nightlife yang happening adalah tarikan utama kepada para pelancong barat terutamanya.

Di mana-mana tempat pelancongan yang terkenal pasti, nightlife nya hidup.. Aku kadang-kadang rengsa juga dengan semua ni. Bunyi dentuman dari corong pembesar suara dengan lagu-lagu berentak dance membuatkan telinga aku rasa bingit.

Ada juga pemabuk yang muncul dari bar dan kelab malam yang jelik perangainya. Bersesak sana sini menyukarkan pergerakan aku dan ini lah beberapa contoh yang menyebalkan aku dengan nightlife yang dikatakan happening tu.

Tapi, aku tak boleh pandang terlalu pesimis terhadap itu semua, kerana nightlife sebegitu memberi ruang kepada aku untuk menjelajah tempat pelancongan tersebut pada waktu malam. Kedai pun masih dibuka dan penjual berebut mencari pelanggan.

video
Antara penghidup nightlife di Boracay; Tarian Api.

Ringkasnya, yang buruk belum tentu tiada kebaikan di sebaliknya. Tetapi usahlah kita turutkan yang buruk, ambillah peluang mencedok kebaikan itu.


2 ulasan:

  1. Nightlife yg menarik selalunya bermula after 12. Walaupun sebenarnya dah pagi

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. hampir semua entry di blog cikgu ini saya dah baca. teruskan menulis dan blogging

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...