klik sini
Maganda Boracay! (Part 1)
Dalam tempoh 4 hari bercuti, aku kena planning betul-betul; kat mana nak pergi, apa aktiviti yang paling sesuai, sela masa perjalanan dan macam-macam lagi.
Tu lah, tamak sangat.. mujur aku tak masukkan itinerari jalan-jalan kat Manila sekali! Cebu dan Boracay pun rasa macam tak cukup hari!
Macam biasa, dari tempat aku bertugas aku kena ke kuching dulu baru la sampai ke lcct. Kat situ dah makan banyak masa! dan kena tidur kat airport untuk menunggu flight keesokkan harinya.
Aku harapkan pagi tu semuanya berjalan lancar tapi ada juga dramaking sewaktu nak check-in. Aku memang jenis travel lite je, cuma bawak backpack jadi tak payah la nak check-in/drop luggagge bagai..
Tapi, bila nak check-in kat mesin kiosk tu tak lepas-lepas. Terpaksa lah pegi ke kaunter juga. Mujur penerbangan international ni tak ada fee/caj check-in kat kaunter.
Barisan tak panjang mana, alhamdulillah, tapi yang jadi masalahnya bila sampai kat kaunter;
"Saya nak check-in flight ke Cebu,"sambil aku senyum
"Encik nak check-in untuk pergi-balik ke?" bersungguh-sungguh muka dia bertanya
dengan jujur aku pun jawab..
"Tak, saya nak check-in pergi sahaja, Flight (pulang) dari Cebu ke KL saya nak cancel, kira burn lah"
"Encik, dah ada tiket pulang ke?"
"Ada, tapi flight Cebu Pacific"
"Orang imigresen kat sana (filipina) nak tengok tiket pulang ni. Encik ada salinanmya?"
Arghh sudah.. aku tak print pun tiket atau itinerari flite Cebu Pacific lagi. Aku ingat sampai sana baru nak settlekan semua tu.
"Err, kalu macam tu saya nak check-in la tiket pulang"
"Tak boleh encik, tadi kata nak cancel. Saya tak berani la nak tanggung tiket yang dah check-in tu sedangkan dah pasti encik tak naik"
"Tolong la, nanti saya tunjuk apa bila kat kaunter imigresen Cebu.. saya belum print out lagi"
"Macam ni la, encik pergi kat kaunter check-in Cebu Pacific dan mintak dia buat satu salinan tiket"
Okey.. lega bila aku dengar cadangan tu. Lepas settle di kaunter AirAsia, aku cepat-cepat cari kaunter Cebu Pacific tu. Hurray..jumpa!
Drama belum habis lagi! Sampai je kat kaunter, batang hidung manusia pun tarak. Sunyi sepi. Belum bukak lagi kah?
Aku tunggu dulu kerana jam baru pukul 8.45 pagi. Mungkin pukul 9 baru bukak kot. Tapi lepas pukul 9 masih tak bukak-bukak jugak. Aku tunggu dah hampir setengah jam. Flight aku ke Cebu dijangka berlepas jam 10.50 pagi.
Berlama-lama menunggu tak guna, aku pergi isi perut dulu. Makan pun laju-laju sebab nak pergi balik ke kaunter tadi dan aku nampak makcik cleaner tengah membersihkan kawasan kaunter tu.
Aku segera pergi tanya makcik tu, Makcik tu jawab lebih kurang macam ni.
"Kaunter ni buka bila ada flight yang akan berlepas ke Filipina"
Rupa-rupanya kaunter Cebu Pacific ni akan dibuka jam 11pagi sebab flight paling awal hari tu adalah lebih kurang 1 tengahari nanti.
Aku hilang pedoman sekejap. Hendak berlari ke kaunter AirAsia macam panjang sangat dan kesuntukan masa. Macam mana ni? Aku nak tunjuk tiket pulang kat imigresen Cebu nanti macam mana?
Jam dah dekat pukul 10 pagi. Masih buntu. Pastu dalam keadaan masih blur macam tu aku masuk je ke balai pelepasan. Ketakutan menyelubungi bila fikir pasal imigresen Cebu. Kalau tak lepas kat imigresen macamana? Nak kasi rasuah kat diorang ke supaya lepas? atau kena maki dari diorang?
Hati memang tak tenteram masa dalam pesawat. Perjalanan yang memakan masa kira-kira 3 jam itu aku banyak melihat keluar tingkap je sambil berfikir-fikir.
Sampai je kat Cebu, cuaca agak mendung dan sedikit gerimis sewaktu landing di Mactan Cebu International Airport. Maka, keluarlah beramai-ramai melalui aerobridge yang disediakan.
Saat yang mendebar-debarkan muncul sebaik sahaja aku berada di kaunter imigresen. Aku serahkan passport dan kemudian dia minta tiket/itinerary flight pulang. Ingat dia tak minta.
Semasa dalam pesawat, aku dah fikirkan pasal ni semua; aku akan tunjukkan itinerary flight yang aku book melalui tab (softcopy file.pdf)! sebab aku ada simpan dalam tablet untuk rujukan no.booking tu semua..
Aku berdoa supaya dia terima dan...... mujurlah lepas! fuhh..lega sangat.
Semangat nak berlibur kembali semula! Sekarang aku kena fikir macam mana nak pergi ke hotel yang aku dah siap book awal-awal lagi.
Kalau sampai Cebu, kita ada pilihan sama ada nak stay kat pulau Lapu-lapu (area airport), Mandaue City atau Cebu City. Bagi aku, lebih baik duduk kat Cebu City sebab ada lebih banyak attraction venue atau tempat menarik untuk dilawat berbanding yang lain
Dalam terminal, aku tak terus cari pengangkutan untuk ke hotel tapi pergi ke tandas dulu. Aku pegi berak uolss! Gara-gara perasaan gusar itu lah!
Kemudian aku ikut je signboard ke arah teksi. Asalnya aku nak try naik jeepney tapi untuk ke hotel tapi nampak macam berserabut pulak sebab kena turun naik tukar jeepney. Memang murah tapi agak hassle.
Jadi aku pergi ambik teksi kat area domestik (murah sikit - melalui pembacaan), tambangnya PHP200. Dalam setengah jam macam tu aku dah sampai hotel.
Sampai hotel terus pergi mandi dan solat siap-siap. Hari pun dah semakin petang. Aku turun ke meja receptionist dan minta peta Cebu City, tapi nan-hado. Terpaksa la aku mintak password wifi dan cari map secara online kat lobby hotel.
**bersambung.. part 3