nuffnang

NUFF

Rabu, 2 November 2011

AMBAL

Apakah itu ambal? Mungkin segelintir sudah mengetahuinya.. sebenarnya ia adalah sejenis siput. Selama ni, aku panggil siput buluh.. sebab bentuknya macam buluh versi kecik. hehehe.

Ini lah dia ambal yang aku maksudkan itu.

Ambal ini di masak dengan cara masak kicap halia. Not bad bagi tekak aku. Yang kaler hijau tu adalah sayur midin goreng belacan. hmmm, so yummy!


Selain tu, kami juga turut meng-order tomyam campur yang pekat! Dan juga sotong celup tepung..best, best!

Siapakah 'kami' itu? Sebenarnya cuma aku dan sepupu sahaja melantak semua tu. Aku dengan berbesar hati men-support sepupu aku datang ke kuching. Dia tiba di airport sibu pada hari khamis lepas (27hb okt). Sempat la bawak dia round-round bandar sibu, seterusnya ke sarikei pula. kemudian bagi dia berehat kat saratok. duk hotel bajet je.

Hari berikutnya, aku terus bawanya ke kuching. drive ke sana. Kat kuching kitorang pusing-pusing waterfront, pegi main bazaar dan ke kedai cenderamata. Pastu la baru kitorang gi menikmati hidangan seafood ni kat topspot!

Menggila mengkedarah makanan yang di-order tu. Lupa pulak nama makanan yg disajikan dalam kuali kecik tu. macam style jepun je masakannya.

Dan paling tak best, makanan yang dibalut dalam daun tu(gambar kat atas ni, sebelah kanan tu). namanya botok, dibuat daripada campuran kelapa dan isi ikan tenggiri then dibakar.. Tak sedap langsung. Reject! hahaha

2 ulasan:

  1. ambal masak cili kering lagi sedap :) adik badik kepah ni. hehe.

    BalasPadam
  2. oh ya satu lagi, botok original style Sarawak bukan mcm tu. isi ikan tengiri akan dicarik dan dicampur gaul dgn cili, kelapa, daun bebuas, daun mengkudu, daun kunyit, rempah ratus pastu balut semula dengan daun mengkudu. botok salu di kukus kalau yg originalnya.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...