nuffnang

NUFF

Rabu, 23 November 2011

11.11.11 TRIP KE SIBU

Sowri, cerita ni agak basi. Tapi tak kisah la, blog aku kan.. hehe. Nasib baik pada tarikh yang cantik ni, ada jugak aktiviti yg berguna. Trip ke Sibu ini sebenarnya merupakan program sekolah. Lawatan bagi murid-murid tahun 6.

Program yang dirancang last minit ini, akhirnya berjaya juga. Pelbagai halangan pada peringkat awal dan nyaris-nyaris kami tak meneruskan agenda sebelum ini: lawatan ke pantai kabong di mana sudah 2 tahun berturut kami ke sana. Kalau tidak, ianya menjadi 3 tahun berturut-turut!

Meskipun sibu tidak banyak tempat-tempat yang menarik, tetapi bagi anak-anak didik-ku ianya suatu pengalaman berguna! Apa tidaknya, mereka jarang keluar dari persekitaran diorang (pedalaman). Bandar Sibu umpama sesuatu yang mempersonakan bagi mereka. Hampir semua tidak pernah menjejakkan kaki ke sana!

Bandar sibu terletak kira-kira 1jam 45min perjalanan dari pekan saratok dan tambah pula sejam perjalanan dari sekolah ke pekan saratok. Para guru & staf berkongsi 3buah kereta manakala murid-murid menaiki sebuah van. Cuma seharian je kami ke sana.

Tempat lawatan:
1) Bangunan Sanyan & Star Mega Mall - kawasan beli belah
2) Bukit Aup - kawasan rekreasi
3) Tokong Buddha (jalan sibu-bintulu) - tumpuan pelancong

Gambar ni kat Star Megamall. Lupa nak snap masa kat sanyan. Diorang tak pernah naik eskelator! jakun tak? Hehe

Bila sampai kat supermarket, diorang ni macam shock sikit. Barang murah. Baru diorang tau yang kedai kat area rumah panjang diorang cekik darah!

Eh, belek2 spek ke.. nak beli, tapi mahal la! Beli aje kat pekan saratok yang cikai-cikai je. Hehe..

Ni kat Bukit Aup, bila sampai je.. akan jumpa kolam ikan ni dulu.

Luas jugak kawasan bukit aup ni, ada jambatan gantung, tempat jogging dan lain-lain. Aku tak sempat nak explore semua. Sempat makan nasi bungkus kat sini!

Haaarr.. ni lah tokong tu. Luas kawasannya. Masuk tak perlu bayaran. free.

Tokong terbesar di malaysia terletak di sini(sibu). Mungkin kawasannya terlalu besar sampai mendapat title tu.

Tak letih ke round2?

Antara pengunjung yang datang.. ramai gak


Interior tokong



Cantik tapi mahal lilin ni. boleh melebihi seratus ringgit tau!


Kami bertolak pukul 7 pagi dan selamat pulang pada pukul 5petang. Harap-harap anak didik ku semua berpuashati dan dapat mengabadikan kenangan ini!

Sabtu, 12 November 2011

UKURAN BALAPAN 200 METER

Dah lama tak update.. Meskipun dah masuk fasa terakhir persekolahan, tapi masih banyak aktiviti sekolah yang perlu berjalan. Salah satunya adalah sukan sekolah. Seperti biasa, sekolahku selalu menganjurkan sukan sekolah pada akhir tahun. Jadi persiapannya telah dibuat. klik pada rajah untuk paparan lebih jelas.

ukuran balapan/trek 200m

Oleh kerana sekolah aku mempunyai ruang/luas padang yang terhad, jadi trek (atau balapan) bersaiz 400meter adalah mustahil untuk dibuat. Maka, tercipta la ukuran kami sendiri.. Balapan kami cuma ada 4 lorong sahaja (boleh ke sebut balapan kalau ada 4 lorong? hehe). Lebih baik sebut trek sahaja kan? Trek 4 lorong ini sesuai dengan kapasiti murid sekolah ini yang tak sampai 100 orang pun.

Ukuran;
1) Sebenarnya satu pusingan trek ini tak cukup pun 200m (cuma 146m shj), kalau ada sesiapa yang nak guna ukuran di atas, sila jadikan lorong lurus (33m) kepada 60 meter!

2) Acara balapan/trek yang dipertandingkan adalah larian 50m, larian 100m, larian 200m, larian 400m, larian 4x100m dan larian 4x200m. Anggapan jarak setiap larian 50m(~35m), larian 100m(~72m), larian 200m(~146m) dan larian 400m(~292m)

3) Acara larian 50m dan 100m menggunakan lorong lurus sahaja

4) Acara larian berganti-ganti menggunakan staggered yang telah dibuat seperti dalam rajah; sila rujuk sini sebagai tambahan maklumat.


Trek/balapan yang siap dibina, line hitam tu dibuat menggunakan minyak hitam terpakai. Ukuran trek untuk sekolah rendah memadai lah dengan satu pusingan 200m.


Padang sekolah yang tak luas. Jadi ukuran pun ke pandai-pandai adjust sendiri.

Rabu, 2 November 2011

AMBAL

Apakah itu ambal? Mungkin segelintir sudah mengetahuinya.. sebenarnya ia adalah sejenis siput. Selama ni, aku panggil siput buluh.. sebab bentuknya macam buluh versi kecik. hehehe.

Ini lah dia ambal yang aku maksudkan itu.

Ambal ini di masak dengan cara masak kicap halia. Not bad bagi tekak aku. Yang kaler hijau tu adalah sayur midin goreng belacan. hmmm, so yummy!


Selain tu, kami juga turut meng-order tomyam campur yang pekat! Dan juga sotong celup tepung..best, best!

Siapakah 'kami' itu? Sebenarnya cuma aku dan sepupu sahaja melantak semua tu. Aku dengan berbesar hati men-support sepupu aku datang ke kuching. Dia tiba di airport sibu pada hari khamis lepas (27hb okt). Sempat la bawak dia round-round bandar sibu, seterusnya ke sarikei pula. kemudian bagi dia berehat kat saratok. duk hotel bajet je.

Hari berikutnya, aku terus bawanya ke kuching. drive ke sana. Kat kuching kitorang pusing-pusing waterfront, pegi main bazaar dan ke kedai cenderamata. Pastu la baru kitorang gi menikmati hidangan seafood ni kat topspot!

Menggila mengkedarah makanan yang di-order tu. Lupa pulak nama makanan yg disajikan dalam kuali kecik tu. macam style jepun je masakannya.

Dan paling tak best, makanan yang dibalut dalam daun tu(gambar kat atas ni, sebelah kanan tu). namanya botok, dibuat daripada campuran kelapa dan isi ikan tenggiri then dibakar.. Tak sedap langsung. Reject! hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...