Sebenarnya, aku takde idea nak tulis kat blog ni..*rupa-rupanya, aku pun dah hilang tumpuan jugak..sigh*
_________________________________________
okey, layan ajer lawak/joke kat bawah ni:
Seorang guru telah bersemuka dengan seorang ibu untuk membincangkan anaknya yang mudah terganggu ketika belajar di dalam kelas. Guru itu mula menyelidik;
"Pernahkah anak puan menunjukkan tingkahlaku yang aneh ketika di rumah?"
Ibu muda itu menunduk mukanya ke lantai dan seolah-olah cuba mengimbas kembali tingkahlaku anaknya di rumah. Tidak lama kemudian, dia segera menjawab;
"Lantai marmar kat bilik ini macam baru sahaja dipasang, bukan?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan