nuffnang

NUFF

Selasa, 12 Januari 2016

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -18- Check-in di Seomyeon, Cappadocia di Dusil

Dari Haeundae, kami naik tren ke Seomyeon. Rencana awal sepatutnya hari ini mahu ke Taejongdae tetapi kami batalkan kerana mahu lebih santai. Kalau ke sana terpaksa berjalan jauh tambahan pula pada hujung minggu, dikatakan tempat tersebut sangat sesak.

Jadi, aku tukar plan last minit. Dah 2 hari berturut-turut kami memerah kudrat untuk memaksimakan tempat menarik yang ada di Busan dan Gyeongju. Hari ini, lebih santai. Free and Easy gitu. Hihihi.. Kalau kaki nak berjalan, ikut kan saja.

Oleh kerana backpack masih di belakang dan beg pakaian masih di badan, masing-masing bersetuju mahu check-in lebih awal di hotel. Kami tahu, semestinya masih awal untuk check-in dan sekurang-kurangnya kami mencuba. Paling kurang, dapat tinggalkan bagasi di kaunter hotel pun tak mengapa.

Hotel kami seterusnya ini letaknya di Seomyeon. Bandar Seomyeon ni agak besar dan sibuk. Dalam jam 10 pagi kami sudah tiba di Seomyeon Station. Oh, ya! Kami beli daily pass untuk tiket metro pada hari tersebut. Mudah lah nak ke mana-mana naik tren nanti. Kalau tak silap krw 4,500.

Nak cari lokasi hotel agak tricky, jadi aku gunakan google map je untuk sampai ke sana. Alhamdulillah jumpa dan dapat check-in terus, cuma kena tunggu agak lama sikit untuk diorang kemaskan bilik. Nanti aku tulis entry pasal bilik di hotel ini.


Hotel yang kami tempah dan menginap pada 20 Apr ialah IU Motel Seomyeon (booking.com) dengan harga krw50,000/room.

Lepas check-in, kami naik tren ke Dusil dari stesen Seomyeon. Waktu itu hampir tengahari dah. Kali ini kami hendak makan tengahari di sebuah restoran halal yang ada di sekitar Masjid Busan tu. Sebelum kami dah cuba restoran Morocco Casablanca, kali ni kami nak cuba pula di restoran Cappadocia.


Restoran halal Cappadocia ini kalau nak cari mudah, sebelum jumpa Masjid Busan akan jumpa premis kedai makan ni dahulu sekira kita dari Dusil Station.

Konsep kedai adalah makanan turki dan menyediakan kebab yang lazat. Jiji kata, kat sini lah antara kedai yang paling sedap dia makan sepanjang kat Korea Selatan ni.

Aku order seperti yang kat bawah ni. Ini adalah dalam set yang tersedia dalam buku. Gambar yang kat bawah makanan aku order adalah Jiji punya. Sori geng. Lupa dah nama set-set yang kami order semua tu.



Setiap set ini sudah termasuk dengan air teh dan appetizer  yang berupa chicken/mushroom cream soup. Sup dia sedap. Kami cicah dengan roti.


Dekorasi kedai juga menarik dan selesa. Pengunjung ramai juga datang ketika kami sedang bersantap. Kalau tengok dari luar macam sunyi saja, tapi bila masuk baru tahu ramai juga dalam tu.





Harga makanan agak mahal (pricey) bagi kami yang mahu berbelanja ciput ni. hihihi. Tapi keseluruhannya sangat puashati dengan rasa makanan, portionnya dan servis di Cappadocia Halal Restaurant ni.

Kami banyak habiskan masa di sini. Lebih kepada lepak dan santai, lagipun kami menunggu masuk waktu solat zohor. Masjid pun tak jauh dari situ kan.. Kami solat jamak qasar siap-siap sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

Bersambung..

4 ulasan:

  1. Ingatkan apa cappadocia tu tadik..rupanya resto..haha.. ingt terbang ke tuurki dari busan td...;) presentation makanannya menarik... rasa sedaap la tu...tp bila dah lapar, semua pon sedap kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tajuk entri memang tak menahan.. haha. masih kat busan lagi.

      saya ni perut jenis boleh terima makanan apa-apa pun, kalau lapar lagi lah, yang tak sedap pun licin! hiks

      Padam
  2. Harga makanan memang agak terangkat sikit la... tapi memang susah pun nak dapat makanan kat Busan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sblm gi busan, ada gak buat sikit research.. memang betul lah, tak banyak kedai makan halal kat sana. susah sikit nak mencari. sampaikan saya terpaksa cari alternatif kedai makan vege kat sana (kat busan tak pergi pun sbb kawan saya, jiji kata tak boleh nak terima mana vegetarian food ni)

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...