Selepas kenyang, kami pergi ke makam yang ada tidak jauh dari restoran yang kami lunch tadi. Ada beberapa makam kat situ, dan kami pergi mana yang termampu sahaja.
Jom melawat makam-makam yang ada. Indah kan landskap tersebut? walaupun kita tahu ianya adalah kubur-kubur bangsawan dan di-raja.
Sebenarnya tidak ada perkara yang terlalu menarik selain kawasan makam yang terjaga rapi dan bersih ini. Kepuasan mata melihat sahaja yang kami dapat dan beberapa info melalui papan kenyataan yang didirikan bersebelahan makam.
Kami bersolat di suatu sudut tempat parkir kereta berhampiran tandas awam yang tidak jauh makam-makam tadi. Kami memilih kawasan yang agak terlindung dan di atas rumput yang baru dipotong (bukannya atas tar) berdekatan kawasan parkir.
Usai solat, kami memilih untuk meninggalkan Gyeongju yang aman damai ni dan sebelum tu, terpaksalah tunggu bas yang bakal lalu depan bas stop berhampiran makam tersebut.
Gigih aku kaji peta laluan bas (dilekatkan di bus stop) yang sepatutnya membawa kami ke terminal bas ekspress gyeongju. Aku siap hafal bas mana yang perlu di tahan kalau ianya lalu kerana bukan semua bas akan pergi ke terminal.
Hampir setengah jam menunggu, baru lah bas yang betul muncul dan kami akhirnya berjaya sampai ke terminal untuk mengambil beg pakaian dan backpack yang ditinggalkan dalam locker penyimpanan beg sebelum ini.
Kali ini, kami ambil keputusan mahu naik keretapi untuk ke Haeundae di Busan, bukannya naik bas seperti sebelum ini.
bersambung..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan