nuffnang

NUFF

Selasa, 5 Januari 2016

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -12- Makan Tengahari Gaya Vegetarian

Lenguh kaki kami berjalan dengan agak ekstrem jauhnya sambil melalui laluan yang sebahagian besarnya boleh dikatakan sebagai country side Gyeongju. Jadi, naik teksi ke restoran pilihan kami adalah tindakan yang terbaik. Kalau naik bas, lagi lama menunggu dan membazir masa.

Tambang teksi aku dah lupa, tapi tidaklah terlalu mahal. Sukar juga mahu berkomunikasi dengan pemandu teksi. Bahasa inggerisnya agak terhad. Jadi, solusinya aku lebih banyak tunjuk peta berbanding bercakap dengannya.

Mula-mula aku bagitahu pemandu teksi itu ke sebuah restoran vegetarian yang bernama Baru. Tapi dia tak tahu pasal kewujudan restoran tu. Jadi aku menyuruh dia hantarkan sahaja ke Royal Tomb of King Taejong Muyeol merupakan landmark untuk sampai ke Baru Restaurant mengikut pembacaan aku.



Mujur dia tahu tempat tersebut. Setibanya kami di situ, terpinga-pinga juga mahu cari kedai makan atau restoran itu. Terpaksa pergi ke sebuah kedai serbaneka untuk bertanyakan arah yang betul.

Agak susah juga berkomunikasi dengan penjual di kedai serbaneka itu. Alhamdulillah, berkat usaha kami berjaya dapatkan lokasi Baru Restaurant tersebut. Dia siap tulis atas kertas nama restoren itu supaya kami tidak tersalah masuk.

Kedai makan yang kami pergi itu tiada orang sewaktu kami tiba. Agak lama juga kami tercegat depan pintu kerana hairan sama ada ianya dibuka atau tidak. Kemudian baru lah pemilik restoran itu menjemput kami masuk, mungkin kerana kami berdiri agak lama depan kedainya.

Dia tersenyum dan menyuruh kami duduk, sambil memberikan buku menu. Kami duduk bersila dengan meja ala jepun tu. Lalu kami pun mula memilih apa makanan yang bakal masuk ke dalam perut masing-masing.

Aku pilih bibimbap dengan sayur liar (wild vegetable) dan Jiji pula ambil yang sama cuma ditambah dengan sweet and sour mushroom. Sebagai pembuka selera, kami dicadangkan oleh owner tu supaya memilih potato bindaetteok.


Harga makanan seperti yang termaktub dalam buku menu. Harganya standard restoran di Korea. Menunya semua vegetarian dan lidah aku boleh menerimanya (berdasarkan makanan yang kami order).


Sementara menunggu makanan kami siap, air teh diberikan percuma dan dihidangkan kepada kami. Rasa teh tersebut terasa sedikit rasa herba dan sememangnya tersangat kurang manis. Oh, ya! Kertas putih yang kat bawah ni adalah nama restoren ini. Ba-Ru.


Hidangan pencuci mulut sampai. Rupanya potato bindaetteok ni seperti lempeng ubi. Rasanya boleh tahan. Apepun, aku sangat tertarik dengan sudu dan chopstick kayu tu. Rasa macam nak kidnap saja. hehe..



Sempat jugalah kami berasa sedikit jakun pada kipas pemanas ni. Tak sangka pula ada kipas yang dapat memanaskan persekitaran seperti gambar di bawah pada musim sejuk. Biasanya kipas digunakan untuk menyejukkan tapi ini adalah sebaliknya.


Makanan utama telah tiba. Seperti biasa, tidak sah kalau kita order makan berupa nasi akan dihidangkan sekali side dish yang berupa kimchi dan sayur mayur yang lain.



Jujurnya, Jiji memang tak berapa suka dengan makanan korea ni. Tekaknya tak dapat nak menikmatinya. Jadi aku lah yang terpaksa habiskan bahagian dia. Bibimbapnya pun tak habis juga. Tapi, sup cendawan tu penyelamatnya. Suka dia hirup sup tu.




Inilah keadaan dalam kedai makan atau restoran Baru yang berkonsepkan vegetarian tersebut. Ada partition antara ruang makan kami dengan tetamu lain. Selepas menikmati hidangan utama, baru lah muncul pelanggan lain ke kedai makan ini.



Ada sesiapa tahu kedai makan atau restoran halal di Gyeongju? Sehingga sekarang aku tidak pasti ada atau tidak di Gyeongju. Tapi, sekurang-kurangnya ada  restoran vegetarian  sebagai alternatifnya kan?


Comel je kaunter kat kedai makan atau Baru Restaurant ni. Perut dah kenyang, kami gunakan kesempatan ini untuk melawat makam-makam di sekitar dan mencari tempat untuk menunaikan solat jamak-qasar pula.

bersambung..

2 ulasan:

  1. Setakat bibimbap tu saya boleh telan tapi yang side dishes tu memang tak lalu...

    BalasPadam
  2. saya lagi la segala mcm makanan korea memang x pernah masuk tekak. kimchi pun x tau mcm mana rasanya. mungkin korea bukan destinasi utk saya. puas dah dapat tengok gambar dan baca kat blog org

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...