nuffnang

NUFF

Jumaat, 1 Januari 2016

[THINK] 2016 Biarkan Ianya Ringkas dan Bersederhana

Tahun 2015 penuh dengan liku, terutamanya kepada negara kita. Banyak keperitan terpaksa diharungi oleh rakyat sepanjang tahun ini.

Semoga tahun 2016 membawa lebih kemakmuran dan kesenangan kepada hidup kita semua. Kepada semua pembaca budiman, jadikan iktibar kepada perkara yang telah berlaku untuk menjadikan kita lebih kuat pada masa mendatang.

Aku berharap, tahun 2016 semuanya berjalan lancar meskipun ianya secara sederhana. Aku sebenarnya sangat risau dengan ekonomi negara kita ni. Matawang ringgit makin lemah, nak melangkah ke luar negara pun kena fikir banyak kali. Sehinggakan nak bercuti dalam negara sendiri pun sangat berkira-kira!

Seperti biasa, bila masuk sahaja tahun baru, landskap blog terutamanya header akan aku tukar. Sejajar dengan itu, pada tahun 2016 header blog aku adalah lebih simple dan sangat bersederhana. Dan ada sikit unsur malas juga sebenarnya. Hihihi..

header blog ni sepanjang 2015
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, blog yang aku bina sejak tahun 2008 ini sebenarnya untuk merakam kisah dan perjalanan hidup aku sebagai insan bergelar guru. Dan perkara ini menjadi lebih berharga apabila aku di-posting ke sebuah sekolah di pedalaman Sarawak. Kemudian, muncul suatu minat yang aku sendiri tak percaya iaitu berkembara secara sendirian/solo sejak mengajar di sana.

Aku menulis blog berdasarkan mood. Kalau aku rajin, aku tulis. Kalau malas menjelma, bersawang la blog aku sehingga berbulan-bulan lamanya! Tujuan utama aku berblogging seperti yang aku maklum sebelum ini adalah untuk merakam kisah yang aku lalui. Selain tu, aku suka berkongsi maklumat yang aku tahu sebab aku sendiri pun akan cari pelbagai maklumat dari blog-blog orang lain.

Aku sebenarnya tak gemar sangat nak tulis kisah pengembaraan aku bercuti atau melancong ke mana-mana negara. Oleh kerana, aku tak tahu nak simpan memori tu kat mana, lebih baik aku abadikan dalam blog dan sekaligus, dapat berkongsi maklumat dan info dengan orang lain. Maaf ya, aku ni bukan jenis menunjuk-nunjuk kalau bercuti atau melancong. Ada kalanya rakan sekerja aku pun tak tahu aku pergi melancong melainkan dia terbacanya di blog ini!

Itulah serba sedikit yang aku dapat tulis tentang sedikit inspirasi blog ni. Dari segi penulisan blog, aku akan cuba menulis dengan bahasa persuratan dengan betul pada tahun 2016 (serta tahun-tahun berikutnya) dan mengekalkannya. Bahasa jiwa bangsa.

Dah, malas aku nak merapu panjang-panjang. Selamat menyambut tahun baru.

p/s - kenapa header tahun 2016 aku yang aku buat ni rasa macam buruk sikit? entahlah..

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. hepi new year buat abang Meng.. tak sangka singgah di blog saya.

      Padam
  2. Selamat Tahun Baru... Cantik dah header tu...

    BalasPadam
  3. untuklah meng singgah blog mu. blog kawe langsung x penah jejak. happy new year 2016 walaupun dah 8 hari berlalu

    yup! header baru ini lebih sesuai kerana menunjukkan gambar apa yng di maksudkan teach, travel & think.

    semoga kita semua kuat dan tabah mengharungi hari - hari yg mencabar sebagai seorg insan di bumi bernama malaysia. kan...

    BalasPadam
  4. salam pak guru zulfahami zahari,
    apabila ada kerabat yang nak cuti ke toba lake,
    bulehlah baca ini lake toba tour package

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...