Malam tadi, sebelum tidur sempat kami berbual mesra dengan ahli dorm kami kalau tak silap dari Australia. Dia kata, dia kerja sebagai perangka pelan bagi penjara ketika itu. Dia pun tak sangka kami ni adalah cikgu. Dia ingat kami ni engineer! Hehehe.. perasan sekejap.
Tak banyak yang kami bualkan sebab lepas tu dia nak keluar dan kami pula dah terlajak mengantuk. Jiji lah yang banyak layan dia. Aku buat-buat sibuk search pasal tempat nak pergi esok. Itu lah antara kelebihan duduk dalam bilik ramai-ramai macam ni. Boleh dapat kawan baru dan menghilangkan rasa bosan.
Pagi esoknya, kami bangun awal bersiap-siap nak keluar ke Haeundae beach. Keluar awal, banyak masa dapat digunakan untuk pergi ke tempat lain pula.
Mula-mula kami merayau-rayau di sekitar haeundae beach. Aku siap bawak sedikit bekal sebagai sarapan pagi sambil menghayati panorama tepi laut tau. Bawak roti aje pun.
Sepanjang perjalanan ke Haeundae beach, banyak pasu bunga macam kat bawah ni menghiasi tepi jalan.
Untuk sampai ke pantai dari hotel, kami hanya perlu berjalan lurus sahaja sehingga berjumpa simpag empat yang agak besar. Mujur masih di awal pagi, jadi laluan trafik belum lagi sibuk.
Apabila berpaling ke belakang, inilah simpang empat yang kami maksudkan tadi. Sebaik sahaja kami lintas, terus jumpa pantai haeundae tersebut.
Kon-kon (seperti gambar kat bawah) diletakkan pada bahagian ini untuk mengelak kenderaan memasuki kawasan pantai kot?
Jom siasat objek menarik yang kita boleh jumpa di pantai haeundae ni melalui peta gergasi yang terdapat di situ!
Udara sejuk dan segar menerpa kami bila berada di pantai. Masih sunyi ketika itu. Adalah sorang dua yang berjogging sepanjang pantai ketika itu.
Kami bergerak ke arah kanan menuju ke Westin Chosun Hotel. Dalam perjalanan, kami berhenti seketika untuk bersarapan dan beli air kopi panas kat vending machine yang ada di sekitar Haeundae beach.
Tak jauh dari tempat pertama kami sampai ke pantai, kelihatan Busan Aquarium. Masa tu belum waktu operasinya lagi. Kami tinjau dari luar saja. Tiada apa yang menarik kalau lihat dari luar kecuali landskapnya. Kena masuk dalam baru tahu apa yang ada.
Tak jauh dari Busan Aquarium ada bangunan Tourist Information Center. Kalau ada apa-apa masalah atau tak tahu nak pergi mana, boleh pergi ke sini. Ada petugas yang akan membantu dan bagi cadangan tempat yang boleh kita lawati.
Kami bergerak semakin jauh meninggalkan tempat tadi. Orang pun semakin ramai memenuhi pantai.
Kawasan berhampiran The Westin Chosun Hotel lebih berbatu. Kami teruskan lagi perjalanan sehingga berjumpa dengan patung seakan mermaid.
Laluan dari pantai haeundae ni terus ke pantai berbatu ni ada jalan khas disediakan nampak tak laluan kayu kat gambar atas tu. Laluan ini akan membawa kami masuk ke kawasan Dongbaek Park. Kawasan ini kena lalu jambatan gantung, lalu dalam hutan pantai dan baru jumpa kawasan taman.
Kami santai-santai saja sepanjang laluan yang kami ambil. Kadang-kadang berhenti bergambar, duduk dan berborak kosong.
Kami berpatah semula ke gueshouse ikut jalan berlainan. Peta yang aku letak kat bawah ni adalah laluan kami. Sepanjang perjalanan balik, tidak ada apa yang menarik. Banyak bangunan saja. Tapi asyik juga la melayan pemandangan walaupun kiri kanan penuh dengan premis-premis dan hotel-hotel lain.
Sampai di guesthouse, kami mandi dan kemas barang/beg serta apa-apa yang patut. Sempat juga kami rehatkan sekejap badan.
Kami check-out sekitar jam 9.30 pagi. Sebelum naik metro/tren ke haluan yang tuju selepas ni, kami habiskan sedikit masa keluar masuk kedai yang ada di sekitar penginapan. Antaranya adalah Daiso. Tapi tak beli apa-apa pun.
Bersambung..
Tak banyak yang kami bualkan sebab lepas tu dia nak keluar dan kami pula dah terlajak mengantuk. Jiji lah yang banyak layan dia. Aku buat-buat sibuk search pasal tempat nak pergi esok. Itu lah antara kelebihan duduk dalam bilik ramai-ramai macam ni. Boleh dapat kawan baru dan menghilangkan rasa bosan.
Pagi esoknya, kami bangun awal bersiap-siap nak keluar ke Haeundae beach. Keluar awal, banyak masa dapat digunakan untuk pergi ke tempat lain pula.
Haeundae beach di awal pagi. langit masih berawan dan angin kuat sampai terketar-ketar kami berdua. |
Mula-mula kami merayau-rayau di sekitar haeundae beach. Aku siap bawak sedikit bekal sebagai sarapan pagi sambil menghayati panorama tepi laut tau. Bawak roti aje pun.
Ini lah satu-satunya gambar penginapan yang aku berjaya ambil. Itupun pintu masuk ke guesthouse :( |
Untuk sampai ke pantai dari hotel, kami hanya perlu berjalan lurus sahaja sehingga berjumpa simpag empat yang agak besar. Mujur masih di awal pagi, jadi laluan trafik belum lagi sibuk.
Apabila berpaling ke belakang, inilah simpang empat yang kami maksudkan tadi. Sebaik sahaja kami lintas, terus jumpa pantai haeundae tersebut.
Kon-kon (seperti gambar kat bawah) diletakkan pada bahagian ini untuk mengelak kenderaan memasuki kawasan pantai kot?
Jom siasat objek menarik yang kita boleh jumpa di pantai haeundae ni melalui peta gergasi yang terdapat di situ!
Udara sejuk dan segar menerpa kami bila berada di pantai. Masih sunyi ketika itu. Adalah sorang dua yang berjogging sepanjang pantai ketika itu.
Kami bergerak ke arah kanan menuju ke Westin Chosun Hotel. Dalam perjalanan, kami berhenti seketika untuk bersarapan dan beli air kopi panas kat vending machine yang ada di sekitar Haeundae beach.
Tak jauh dari tempat pertama kami sampai ke pantai, kelihatan Busan Aquarium. Masa tu belum waktu operasinya lagi. Kami tinjau dari luar saja. Tiada apa yang menarik kalau lihat dari luar kecuali landskapnya. Kena masuk dalam baru tahu apa yang ada.
Tak jauh dari Busan Aquarium ada bangunan Tourist Information Center. Kalau ada apa-apa masalah atau tak tahu nak pergi mana, boleh pergi ke sini. Ada petugas yang akan membantu dan bagi cadangan tempat yang boleh kita lawati.
Kami bergerak semakin jauh meninggalkan tempat tadi. Orang pun semakin ramai memenuhi pantai.
Kawasan berhampiran The Westin Chosun Hotel lebih berbatu. Kami teruskan lagi perjalanan sehingga berjumpa dengan patung seakan mermaid.
Laluan dari pantai haeundae ni terus ke pantai berbatu ni ada jalan khas disediakan nampak tak laluan kayu kat gambar atas tu. Laluan ini akan membawa kami masuk ke kawasan Dongbaek Park. Kawasan ini kena lalu jambatan gantung, lalu dalam hutan pantai dan baru jumpa kawasan taman.
Kami santai-santai saja sepanjang laluan yang kami ambil. Kadang-kadang berhenti bergambar, duduk dan berborak kosong.
Kami berpatah semula ke gueshouse ikut jalan berlainan. Peta yang aku letak kat bawah ni adalah laluan kami. Sepanjang perjalanan balik, tidak ada apa yang menarik. Banyak bangunan saja. Tapi asyik juga la melayan pemandangan walaupun kiri kanan penuh dengan premis-premis dan hotel-hotel lain.
Sampai di guesthouse, kami mandi dan kemas barang/beg serta apa-apa yang patut. Sempat juga kami rehatkan sekejap badan.
Kami check-out sekitar jam 9.30 pagi. Sebelum naik metro/tren ke haluan yang tuju selepas ni, kami habiskan sedikit masa keluar masuk kedai yang ada di sekitar penginapan. Antaranya adalah Daiso. Tapi tak beli apa-apa pun.
Bersambung..
salam encik
BalasPadamada baca komen encik berkenaan trip ke sumut di blog saya..actually date dah berubah ke 12-16 mac 2016. ada 2 lagi tempat, kalau berminat boleh singgah di blog saya.
terima kasih
salam. terima kasih diatas semua info yg telah diberikan. insyaallah hujung tahun ni saya akan ke seoul & Busan. kali kedua ke seoul & kali pertama akan ke busan. saya ambil semua info daripada blog ni
BalasPadam