Dari teminal bas ekspress Gyeongju, kami bergerak ke bus stop yang letaknya di seberang jalan atau setentang dengannya. Di situ kami tunggu bas untuk ke stesen keretapi Gyeongju. Jangan tersalah stesen keretapi, kerana terdapat satu lagi stesen keretapi jarak jauh di kawasan gyeongju ni. Stesen itu agak terkeluar sedikit dari bandar gyeongju. Kalau dari seoul, boleh guna perkhidmatan ini.
Stesen keretapi yang kami tuju itu masih berada dalam kawasan kota gyeongju lagi. Kalau rajin dan banyak kudrat, berjalan kaki dari terminal bas masih dianggap tidak terlalu jauh.
Seperti biasa, aku aku mencongak-congak laluan bas yang tertera di bus stop tadi, maka bas sepatutnya lalu depan stesen keretapi aku dapat tahu dengan mudah.
Jom naik keretapi! Sampai ke stesen keretapi kami terus mencari kaunter dan membeli tiket ke Haeundae Station. Tidak mahu berlengah kerana takut lambat tiba di Busan nanti.
Tak sempat kami nak jelajah stesen keretapi gyeongju kerana keretapi kami akan sampai dalam beberapa minit sahaja lagi.
harga tiket adalah 5,600 won sehala, dari gyeongju ke Haeundae Station. Dapatlah aku merasa beberapa transportasi awam di korea ni. Keretapi Mugunghwa ini tidak lah selaju yang aku sangka, Lebih laju sedikit dari komuter sahaja rasanya bila naik.
Bagi aku, naik keretapi lagi best sedikit viewnya berbanding naik bas. Aku memang tidak akan tidur bila ada peluang naik keretapi atau mana-mana pengangkutan awam kerana hendak melihat fizikal luaran di sesuatu kawasan. Penangan suka subjek geografi masa sekolah dulu kot?
Bersambung..

Kerusinya boleh diubah kedudukannya dan perjalanan kami mengambil masa sekitar 1 jam setengah. Pemandangan dari dalam keretapi ke arah luar tidak banyak bezanya dengan menaiki bas, cuma sekali sekali akan lalu dalam bandar dan di pinggir laut.
Bagi aku, naik keretapi lagi best sedikit viewnya berbanding naik bas. Aku memang tidak akan tidur bila ada peluang naik keretapi atau mana-mana pengangkutan awam kerana hendak melihat fizikal luaran di sesuatu kawasan. Penangan suka subjek geografi masa sekolah dulu kot?
Bersambung..
transportasi ? bahasa melayu ke indonesia ni cikgu? he he he
BalasPadamserapan bahasa indonesia.. hihihi.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padam