Dari muzium, kami tengok peta dan bercadang mahu cover banyak tempat dengan satu laluan sahaja. Jadi terciptalah trek yang kami buat sendiri. Jauh sebenarnya kami menapak, waktu itu adalah tengahari!
Lihat peta berikut. Jalur berwarna biru yang aku lukis pada peta tu adalah laluan kami. Ketika ini, kamera aku dah kehabisan bateri. Guna kamera henfon saja, dan seingat aku, sewaktu itu juga kami dah malas nak ambil gambar. Banyak masa digunakan untuk menghayatinya keindahan persekitaran.
Tambahan pula, perut mula berkeroncong!
Di awal laluan kami, tidak banyak perkara menarik yang dapat dilihat. Agak kekampungan sikit jalannya, kenderaan pun jarang sangat berselisih dengan kami. Dalam fikiran aku, mahu saja ajak Jiji patah semula tapi dengan rasa yakin yang tinggi, aku teruskan jua.
Dari kawasan yang sengaja ditanam pokok-pokok bunga ini, sudah kelihatan satu bangunan seakan cerombong asap ni. Tapak bersejarah ini namanya Cheomseongdae Astronomical Observatory. Untuk tahu lebih lanjut, pandai-pandai lah korang search ya! hehehe..
Penamat perjalanan laluan kami adalah melalui Timuli Park. Kami tak masuk pun di kawasan tersebut. Sepanjang perjalanan laluan kami banyak makam-makam bertaburan. Jadi rasa macam malas pulak nak perhatikan dekat-dekat. Tambahan pula, perut sudah lapar.
Makam di sini memang unik. Bentuk seperti bukit kecil dan sesetengahnya ada pintu masuk. Kawasan makam sangat dijaga rapi. Sebut banyak kali pasal makam, kami juga perlu makan. Hehe.
Rancangan awal kami mahu naik bas dari tempat terakhir laluan kami, tapi macam lambat pula kena menunggu. Jadi, kami berpakat naik sahaja teksi. memang agak mahal sedikit tetapi lebih cepat sampai.
Gambar kat bawah ni, adalah pit stop terakhir kami. Kawasan ini senang nak tahan teksi atau nak tunggu bas kerana ada pondok menunggu teksi/bas.
Setakat pencarian aku melalui internet, di Gyeongju tiada kedai makan atau restoran halal. Jadi apakah alternatif kami buat untuk makan tengahari. Ikuti kisah seterusnya.
Bersambung..

Longkang besar atau alur seperti gambar di atas adalah pemandangan biasa pada awal laluan yang kami ambil. Sehinggalah kami sampai di sebuah jambatan baru (masih dalam pembinaan), kami melintasi parit/anak sungai yang agak luas itu dan baru lah kelihatan bangunan dengan lebih ramai manusia.
Ada beberapa bangunan yang kami tak tahu semacam bangunan sekolah rendah dan pejabat-pejabat rasanya. Kami berjalan ikut sedap kaki saja. Terasa mahu sesat pun ada.
Akhirnya selepas melalui jalan-jalan yang asing dan tiada dalam peta, akhirnya sampai juga kami di Gyerim Forest. Kawasan tersebut agak besar juga dan agak redup kerana banyak pohon-pohon di kiri kanan laluan.
Dari jauh sudah nampak Cheomseongdae Astronomical Observatory dari laluan Gyerim Forest ni. Kami ikut sahaja laluan tersebut sehingga membawa kami ke kawasan yang dipenuhi bungan kuning yang menawan seperti gambar di bawah ini.
Dari kawasan yang sengaja ditanam pokok-pokok bunga ini, sudah kelihatan satu bangunan seakan cerombong asap ni. Tapak bersejarah ini namanya Cheomseongdae Astronomical Observatory. Untuk tahu lebih lanjut, pandai-pandai lah korang search ya! hehehe..
Penamat perjalanan laluan kami adalah melalui Timuli Park. Kami tak masuk pun di kawasan tersebut. Sepanjang perjalanan laluan kami banyak makam-makam bertaburan. Jadi rasa macam malas pulak nak perhatikan dekat-dekat. Tambahan pula, perut sudah lapar.
Makam di sini memang unik. Bentuk seperti bukit kecil dan sesetengahnya ada pintu masuk. Kawasan makam sangat dijaga rapi. Sebut banyak kali pasal makam, kami juga perlu makan. Hehe.
Rancangan awal kami mahu naik bas dari tempat terakhir laluan kami, tapi macam lambat pula kena menunggu. Jadi, kami berpakat naik sahaja teksi. memang agak mahal sedikit tetapi lebih cepat sampai.
Gambar kat bawah ni, adalah pit stop terakhir kami. Kawasan ini senang nak tahan teksi atau nak tunggu bas kerana ada pondok menunggu teksi/bas.
Setakat pencarian aku melalui internet, di Gyeongju tiada kedai makan atau restoran halal. Jadi apakah alternatif kami buat untuk makan tengahari. Ikuti kisah seterusnya.
Bersambung..
Banyak juga tempat menarik kat Gyeongju ni...
BalasPadam